Mungkin update kali ini berguna untuk sesetengah biro.
Tunggu hingga page ini berhenti loading dan Left-Click pada gambar utk melihat dengan lebih jelas bersama caption.
Wayar Oh Wayar..
Berkenaan wayar. Saya telah sebut dalam entry yang lepas. Tapi kali ini terasa ingin merepek-repek lebih panjang.
Wayar AV, atau bahasa rasminya S-Video Cable. Kenapa saya beria-ria mencari menatang alah ni? Saje suka suki. Hehe. Kegunaan wayar ini adalah untuk menyambung Handycam ke TV, atau Handycam ke Projektor, atau menjerut manusia hingga mati.
Antara projek PERUBATANonline masa akan datang ialah LIVE TV. Ala-ala MyMKKK. Tapi beberapa alatan perlu dibeli seperti TV Card. Juga ianya memerlukan connection internet yang tinggi. Maka saya tangguh dulu hingga cuti Musim Panas untuk ujian dan beta release.
Maka apa gunanya wayar ini di masa sekarang? Saya bercadang menggunakan wayar ini sewaktu kelas agama supaya tidak berlaku kesesakan lalulintas dan ketidakselesaan. Sebuah TV boleh diletakkan di rumah lain, dan anda boleh ke situ jika tidak muat. Alpha Testing pertama: Video and Sound berjaya dilakukan, Alpha Testing kedua: Sound Ceramah insyaAllah akan dibuat dalam masa terdekat.
Tahun lepas, PERUBATAN pernah membuat daurah kitab dengan dua biji rumah. Tingkat atas, tingkat bawah. Tingkat bawah menggunakan TV, dan tingkat atas di mana kuliah sedang berlangsung. Saya sangkakan wayar AV ketika itu dipinjam, maka saya telah beli 2 pek wayar 3.6 meter menjadikan ianya 7.2 meter. LE150 melayang~
Rupa-rupanya wayar tersebut dibeli PERUBATAN, tapi entah di mana. Dalam senarai inventori PERUBATAN juga tiada. Adakah wayar belian Biro Pembangunan Insan tidak dikira inventori PERUBATAN? Haih~ AmanZulkifli memaklumkan wayar tersebut lebih dari 15 meter. Pasti memudahkan kerja saya jika wayar tersebut ditemui.
Ketika Cinta Bertasbih the Movie
Setelah Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih pula bakal keluar. Saya belum membaca novel KCB maka saya tiada komen tentang cerita ini.
Kang Abik turun padang memilih pelakon lantaran filem pertama (AAC) tidak memuaskan hati beliau. 4 pelakon baru, rata-ratanya pernah belajar pengajian agama diharapkan untuk membintangi filem ini dengan lebih berjiwa Islami.
OST KCB, Tuhan Beri Aku Cinta juga menarik, tapi video klipnya sangat kelakar. Tonton sendiri.
__^*Ayushita - Tuhan Beri Aku Cinta*^__
4Shared
Internet Yang Membosankan
Sekarang saya tidak tahu menggunakan internet secara optimum. Sekadar duduk di depan komputer sambil merenung keyboard yang sudah usang. Untuk tidak mensiakan masa, maka mula belajar membaca kembali. Tapi apabila pembacaan bermula, 10 minit kemudian pasti akan tertidur! WTF?!
YouTube dan Wiki juga tidak lagi menarik minat saya kecuali jika ada Trailer atau Lagu baru. Hehe. Apa lagi yang boleh dibuat dengan komputer ini ha?
Sekarang sudah bulan Mac, Final dah makin dekat. Kempen 3 Jam Komputer untuk diri sendiri. Huhu~
infoPERUBATAN
infoPERUBATAN kelihatan sangat buruk. Tapi saya abaikan penglihatan itu, hoho. Maklumat-maklumat yang diterima saya kumpulkan dulu, dan perancangan sedang dibuat di atas kertas untuk kemaskini rupa infoPERUBATAN. Maaf jika ianya memang kelihatan buruk.
Biro Perumahan dalam proses key-in data perumahan pelajar PERUBATAN. AJK BHome, Hakimi dalam proses menaip maklumat untuk K-Data. Saya masih mencari module yang sesuai untuk K-Data. Entah jumpa, entahkan tidak.
Biro Ekonomi telah menghantar senarai pengedar dan buku jualan mereka, tapi saya belum menemui kaedah yang sesuai untuk mempersembahkan maklumat itu. Salah satu module yang saya jumpa tidak compatible untuk Joomla 1.5, plugin Legacy juga tidak dapat membantu.
Carta Organisasi PERUBATAN telah diterima. Saya harap Carta Organisasi Muhafazah juga dibuat dengan format yang sama. Lebih kemas dan tersusun. Doakan semua kerja ini siap SEBELUM final. Saya tidak ingin membebankan manusia di saat mereka ingin exam.
Apa itu infoPERUBATAN? Laman ini diwujudkan supaya maklumat mengenai PERUBATAN dapat disebarkan kepada dunia luar. Masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan PERUBATAN di Mesir, menyebabkan mereka gagal menerima khidmat nasihat dan panduan yang betul. Malah ada ahli PERUBATAN di Muhafazah langsung tidak mengenali Presiden PERUBATAN. Diharapkan kewujudan laman ini memberi manfaat kepada mereka.
Sayuran Bergaul Kacang
Ini adalah definisi bagi Rojak Sayuran. Dulu selalu makan. Ada kacang panjang, sengkuang, lobak, kentang dll dsb direbus sedikit. Toskan dan gaul bersama kuah kacang. Sesuai dijadikan ulam atau diratah sambil tengok movie. Haih~ Saya mula merindui masakan Ma. Haha.
Sekian~~ pergi dulu (ayat kakRem)
0 penghinaan diterima:
Post a Comment