03 November 2009

Jangan Percaya Kepada Internet

Dek kerana promosi Ustaz Nazrul Nasir dalam kuliahnya, maka titipansuara menjadi popular. Di sana-sini membincangkan perihal titipansuara. Sedangkan bukan pertama kali pertembungan PMRAM-ISMA muncul. Tapi kali ini bukan setakat sembang belakang, status Yahoo Messenger, entry blog dan segalanya menulis tentang titipansuara. Oh, mungkin ini pertama kali ada blog menulis secara jelas ke-anti-PMRAM-an mereka. Mungkin.

Blog yang kononnya diceritakan adalah akhawat, berdasarkan sekeping gambar. Juga seorang ahli ISMA berdasarkan logo ISMA yang tertera. Tapi maklumat lain adalah tidak diketahui. Saya syak ini adalah blog Sazana Safiah berdasarkan gambar tapi mungkin juga ianya blog Fathiyyah Ibrahim yang anti-PMRAM, ataupun sebenarnya ia blog Radin Rahmah yang pro-PERUBATAN, cuba melagakan PMRAM-ISMA seterusnya menangguk di air keruh. Siapa tahu?


Dunia internet tiada siapa tahu kebenarannya. Entry-entry di blog Ustaz Nazrul Nasir mungkin nampak serius dan keji tapi jika anda ke kuliah beliau, anda akan mati sakit perut kerana gelak ketawa. Madsha mungkin berani menulis entry-entry serius berkaitan politik tapi kalau kita semua suruh beliau berceramah politik saya rasa beliau akan mati terlebih dahulu ketakutan. Pemenang mungkin menyebarkan ideologi songsang, tapi beliau masih lagi seorang yang normal. Post-post saya di iLuvIslam mungkin keji, garang dan sebagainya tapi I sebenarnya seorang yang lembut maknyah taw~

Kesimpulannya, Sila Jangan Percaya Kepada Internet.

Kalau tak dihuraikan, orang akan marah. Mereka akan kata, saya larang mereka mengambil fakta-fakta dari internet. Tipu. Tidak betul. Fitnah dan sebagainya. Kemudian kutuk saya dalam blog. Manusia begini sangat menarik. Tapi saya gembira, kerana penulisan saya membawa impak pada mereka. Mungkin juga penulisan saya telah naik taraf "wajib buat", maka dikeji dan dikutuk kalau bersalahan dengan mereka. Haha. Padahal berbeza tafsiran ayat je pun. Saya sampaikan lain, mereka faham lain.

Kalau saya katakan saya tak percaya pada Allah, adakah saya murtad? Tidak. Lihatlah cuaca ketika ini, aman damai angin lembut sepoi bahasa, tiba-tiba je boleh jadi ribut pasir panas terik. Sebab tuh saya tak percaya dengan Allah. Atau mudahnya, "Saya tak percaya dengan jangkaan saya terhadap Allah". Beliau boleh buat apa sahaja. Mana kita tahu, kan? Susah kalau saya membakukan loghat.

Mungkin contoh tersebut terlalu extreme. Contoh lain, saya tidak percaya dengan komputer saya. Sekarang mungkin masih lancar menggunakan FireFox tapi tiba-tiba boleh kuar End Task. Tapi di lain masa saya guna FireFox, OK plak. Saya juga tidak percaya dengan Kelantan. Sekarang mungkin maju menewaskan lawan yang kuat, tapi esok mungkin kecundang dengan pasukan lemah. Maka, Jangan sekali-kali percaya dengan perkara yang kita tidak pasti.

Mereka yang menulis entry kemudian delete, mungkin tidak sedar entry mereka telah direkod di internet. Contohnya entry ini yang telah didelete, tapi saya masih boleh baca dan ambil screenshot (rujuk gambar di atas sekali). (Sewaktu entry ini ditulis, mungkin unpublish tapi selepas ini mungkin dipublish balik. Saya tak percaya dengan pemilik blog tersebut, Ayu Amiza. Haha) Maka jangan sekali-kali percaya dengan internet. Di situ mungkin ada perkataan Delete, Unpublish dan sebagainya, tapi siapa tahu samada ia benar-benar hilang atau tidak? Haha~


Dek kerana ini juga, muncul satu lagi blog parodi suaratitipan. Sangat kelakar. Memang mati kalau baca entry-entry dalam tuh. Segalanya hampir serupa. Yalah, namanya parodi kan? Sekali lagi, pemiliknya adalah unknown. Mungkin saya, mungkin dia, mungkin anda. Mungkin juga individu lain yang bertujuan mengeruhkan lagi keadaan, atau hanya seorang blogger yang suka membuat lawak. Siapa kita untuk tahu semua perkara tersebut di sebalik dunia internet?

Lebih baik anda membaca entry-entry sewaktu blog saya belum popular dulu, lebih bermanfaat. Ataupun membaca koleksi-koleksi iklan di YMSpammer, banyak yang agak bermanfaat. Pelajar perubatan pula, baiklah kita bergosip di forumPERUBATAN. Lagi bagus dan tidak mengaibkan nama persatuan. Tapi sekali sekala layan Drama OK gak kan?

Drama perpecahan umat.

Kenapa ustaz-ustaz ini bergaduh, berbalah kutuk mengutuk saya tidak tahu dan tak nak ulas. Mungkin secara peribadi, kita tidak setuju berdasarkan keilmuan dan kefahaman kita, tapi mereka mempunyai hujah berdasarkan keilmuan, dan kefahaman mereka. Mereka yng berdiam diri apabila diserang juga ada hujah berdasarkan keilmuan dan kefahaman mereka. Maka kita yang TIDAK termasuk dalam perbalahan ini, layan je sambil makan Shibsi dan minum Fanta serta gelak-gelak dengan kerenah mereka.

Dan Madsha menulis sesuatu yang menarik di blognya. Do take a look. Dan fikirkan siapakah punca ASAL semua ini berlaku. Kadang-kadang bila kita letak anak kambing dalam sangkar harimau, kita akan salahkan harimau kerana membaham anak kambing, tapi kita tak sedar kitalah yang salah dan bodoh kerana meletak anak kambing dalam sangkar harimau.

Cheers, and enjoy the show. =)

p/s: nama-nama yang disebutkan hanyalah untuk promosi. sila jangan percaya!

10 penghinaan diterima:

fathiyyah on November 3, 2009 at 7:24 PM said...

ish,tuduh org lagi.langsung takde kaitan la bro.

Sabar sabar (erk,tadi tercekik tulang, ada org tulis nama fathiyyah di sini rupanya)

HafizAdam on November 3, 2009 at 7:32 PM said...

orang tolong promosi blog pun takleh. aih~
bukan senang tau. orang tersayang je dapat. haha

madsha_88 on November 3, 2009 at 7:37 PM said...

haha..betul tu denmat!

jangan percaya interenet!

dunia internet ini penuh dengan tipu daya!..haha

eh, bukan jgn percaya tp berhati2 utk percaya yakni selidik lah dulu..pertimbangkan dengan ilmu yg ada didada tu..

[amiza a.malik] on November 3, 2009 at 7:47 PM said...

hafiz adam.mula2 kalau kau menjatuhkan maruah aku dulu-dulu (mcm yang kau buat fitnah psl aku dulu) aku sure rasa nak melatah dan mengamuk. tapi Jackster yang baikhati telah menasihatkan aku supaya banyak2 bersabar dan tidak melayan drama komedi kau. maka, nasihat Jackster yang baikhati aku ambil.

hari ini, nyaris jugak kesabaran aku tergugat. tapi mengenangkan mungkin kau perlu sedikit ruang untuk melepaskan kebosanan dek kelas kita habis awal hari ini, aku ulang berkali2 nasihat jakster yang baikhati.

cuma, ada terfikir juga untuk menjalankan gerakan conquer mikroskop sewaktu lab parasit terhadap golongan resesif dalam group kita. supaya korang berasa hampa dan bermain-main di sekitar almari2 jar sahaja.

pelik dgn cara kau mengekspresikan kasih sayang kau terhadap nama2 yg disebutkan di atas. kalau aku yg kau sempat screen shot dan kau perangkap dalam entri ini, apa pula tujuannya?

bergurau senda??

[amiza a.malik] on November 3, 2009 at 7:48 PM said...

marilah kembali ke jalan yang lurus.dan janganlah percaya pada internet.

HafizAdam on November 3, 2009 at 7:53 PM said...

tolong! ayu da marah!
*lariii*

haha entry tuh je boleh capture gune sistem trace balik sebab perlu ade URL. kalau xde URL, takleh bukak dah. kebetulan URL tuh muncul dalam Feed kat tepi nih, silalah bergembira.
=)

meh2 len kali saya belanja sume nama-nama di atas. tapi bile elaun masuklah ye. akaun masih USD 2 hari ini. =(

[amiza a.malik] on November 3, 2009 at 8:09 PM said...

aku rasa, elaun hanya masuk untuk mereka yang tidak lancang sahaja.

dan juga mereka yang tidak pro pmram,konsis, isma.

tp anda?

HafizAdam on November 3, 2009 at 8:12 PM said...

ye la ye la, saya yang salah.
sila tembak sepus-puasnya~
isk3

eh, bile plak entry "hafiz adam.mula2 kalau kau menjatuhkan maruah aku dulu-dulu (mcm yang kau buat fitnah psl aku dulu)"

meh nak bace balik. mesti seronok.
XD

[amiza a.malik] on November 3, 2009 at 8:42 PM said...

=)

tak mahu ingatkan.haha.bagus Tuhan bagi kau lupa.

oh insan pro jpa, katakan pada mereka kita mahu duit segera!

PEMENANG on November 3, 2009 at 10:14 PM said...

sebenarnya dalam banyak keadaan ..maklumat yang ada tak cukup malah mungkin seleweng dan
keliru....

jangan anggap hidup seperti exam yang mana jawapan semua dah ada dalam buku

kebanyakan persoalan hidup, untuk menemukan jawapan amat lama dan memerlukan kajian .dan kajian pula kadangkala silap disebabkan pancaindera manusia yang lemah...

...

oleh itu jangan cepat melenting....atau melompat tak tentu pasal....bila mendapat sesuatu maklumat

suaratitipan tu hanyelah ujian

nampaknye ade jugak orang percaye....

len kali kita putar lagi maklumat seputar2nya


kih2....

xpe2 ..kita belajar dari kesilapan

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template