28 November 2009

Action Movie

Anda semua pernah tengok filem Inggeris?
Mesti pernah. Terutama yang banyak aksi. Letupan di sana sini. Terbakar dengan sound effect yang menggegarkan suasana. Kemalangan kereta terbang-terbang remuk hancur. Semua itu pasti mengujakan anda.

Tapi pernahkah anda menyaksikan kemalangan berlaku di depan mata anda secara dekat? Ia pasti menjadi satu pengalaman yang lebih mengujakan.



Sejujurnya saya memang kaku walaupun dalam fikiran saya pada waktu itu ada 2 perkara:
1. Tahan kereta yang lalu lalang.
2. Bawak makcik itu ke tepi.

Tapi dengan keadaan trafik yang tidak mengizinkan, dan sebenarnya Arab yang lain sudah mula berkerumun, saya batalkan keterujaan itu. (Kononnya)

Padahal saya tergamam tak tahu nak buat apa pada masa tersebut, ditambah dengan bas nombor 136 ke Kasr EL Ainy cuma beberapa saat sahaja tiba selepas kawannya memapah makcik ke tepi, maka saya sebenarnya meletakkan kepentingan peribadi di depan. Sedangkan dalam masa 10 saat terawal, saya mungkin boleh melakukan sesuatu untuk membantu.

Ataupun sebenarnya saya masih lagi shocked dengan peristiwa tersebut. Melihat filem aksi yang ganas-ganas mungkin biasa, tapi jika seorang makcik dilanggar di hadapan anda, melambung 10 meter ke hadapan dengan cermin yang pecah dan bunyi yang real theatre, mungkin anda juga seperti saya. Kaku dan kelu. SIlap-silap menjerit histeria. Tambahan lagi, ianya kali pertama.

Kesimpulannya, kemalangan sangat mengujakan. Boleh berlaku bila-bila masa, pada siapa-siapa, di mana-mana. Maka bersedialah dengan kemalangan. Samada bersedia untuk melanggar, bersedia untuk dilanggar, ataupun bersedia untuk melihat pelanggaran.

Pengalaman hari ini membuatkan saya terasa ingin berada di tempat kejadian. Sepertimana satu quote daripada Code Blue: Tempat kejadian adalah di mana anda mencari erti sebenar menjadi Emergency Doctor.

p/s: takleh tido apabila teringat. haha. =P padahal xleh tdo kalu x tulis lam blog.

7 penghinaan diterima:

Anonymous said...

mmg normal tapi agak kejam

Ami Farhani MNA on November 28, 2009 at 11:12 PM said...

memang tindakan yg tak patut dicontohi.
tapi, kalau saya berhadapan dgn kejadian seumpama ini pun, tak taulah apa sy akan buat. kalau tengok drama atau filem, nampak mcm senang2 je org bertindak..tp realitinya tidak begitu sgt rupanya..
kdg2 berangan jgk jadi hero klu jadi benda2 macam ni depan mata..

"Maka bersedialah dengan kemalangan."
-peringatan yg cukup baik utk semua orang.

anis.samihah said...

memang.. 1st impression saya slps tngok ilustrasi cerita dan komen dlm vid tu ialah.. sila jgn contohi bakal-bakal doktor itu.. especially sbb bakal2 doktor itu punya tanggungjwb yg lebih berat di bahu mereka berbanding dgn org2 awam lain yg mungkin tiada kepakaran atau pengetahuan dlm bab2 kecederaan spt seorang doktor atau at least, bakal doktor.. bak kata org, 'with power, comes great responsibility' ~ dan power/kuasa tidak dtg dlm bentuk kekuatan fizikal sahaja, malah mereka yg punya ilmu, kepakaran dan pengaruh are the most powerful people..

tapi, 2nd impression.. memang betul juga, sesuatu yg sgt mengujakan, memeranjatkan dan menakutkan spt kemalangan di depan mata kepala sendiri akan 'mengkakukan' sesiapa sahaja.. justeru, sgt relevanlah saranan anda utk kita semua 'bersedia untuk melanggar, dilanggar ataupun melihat pelanggaran'..

p/s moga-moga Allah memelihara dan menyelamatkan makcik yg malang itu sebagaimana Dia menjaga ibu kita nun jauh di kampung halaman..

ku tertekan said...

mudah berkata,
tapi perlaksanaannya x semudah yg dijangka...

A lesson to learn =)

relax on November 30, 2009 at 12:10 PM said...

teringat mase form 2 kawan saya akak lemas.. akak nak gi selamatkan tapi ingat pesanan abah kalau "orang lemas jangan selamatkan ..selamatkan diri yang penting" lalu aku tercengang (kononyer hehe) tapi di sebabkan tak sanggup tengok 4 mayat, akak pi tarik rambut diorang sorang . tarik rambut baling ke darat.. hurmm alhjamdulilah selamat 4 orang. (sebenarnyer 3je sorang tu naik sendiri sb paut kat kayu) lalala

cikgu_eya on November 30, 2009 at 2:46 PM said...

salam....

aduh, bakal dokter... Tapi akk menganggap adik2 terlalu terkezut. Macam pernah jugak adik akak si A, dilanggar depan mata adik lagi ia diam tergamam, tak buat apa. Sehinggakan si A tu balik sendiri, tanpa pertolongan. Mungkin masih dalam mood terkejut... huhu


Masa akk accident kat Ganu hari tuh pn, langgar lari gak. Tapi, seb baik lah bukan semua org yang terkejut. Ada yang 'tak terlalu terkejut' bertindak mengejar kereta itu untuk dibelasah... ^^


Ambil pengjarannya.. jangan diulang lagik... ^^

Nway... video buatan tuh sangat comelll... ^^

Anonymous said...

bro........
bile nk upload cite..
nenek kebaya kt tv3...


best citer 2....

tip top

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template