09 October 2007

27 Ramadhan

Hari nie aku penat giler. Ingatkan nak tidur lepas Subuh straight sampai kelas kul9. Tapi mata takleh pejam plak. Guling-guling tepi Hafzi, akhirnya aku sambung anime Ouran High School Club sampai kul8 baru laa rase ngantuk. Pastu tertido la. Akhirnya, melepas kelas Anatomy buat kali ke-4 (ak x penah pegi lg klas anat sblom nie.haha).

Bile bangun jam dah kul10, aku tengok planner baru teringat visa tak renew lagi. Expired 23 September so ari nie ari last aku WAJIB buat sebelum kena penalti LE150 kerana lewat 15 hari. Pastu macam biasa laa, memacam ragam makcik Tahrir tuh. Pegi kaunter nie, suh pegi kaunter lain. Sampai kaunter lain, kne fotostat benda lain plak. Penin aku. Nano aku cari kedai taswir. Yang ade kat tingkat bawah penuh ngan manusia. Jumpa jugak kat luar mugamma3' tapi cekik darah. Sekeping 15 qirsy. Ingat ke die nak tipu aku tapi rupenye sume orang kena camtu. Haha.

Dah laa bebudak tahun satu bawak 100++ borang nak bagi kat makcik tuh. Nasib baik laa pujuk rayu diorang diterima maka 100++ borang tue diproses jugak walaupun mulanya hanya 15 je yang dia bagi. Tapi timbul plak masalah bangang yang lain. Visa dorang juz extend 2 bulan jer. Tamat 30 November. Heran-heran. Arab tue dah pening giler kot. Tapi mende nie kitorang sedar masa balik. So kepada Amir ngan Ayu, berjuang lagi laa korang nanti. Haha.


Sampai kat Qasr El Ainy, berlari balik umah amik buku pastu berlari pegi kuliah. Takkan nak ponteng kot. Huhu (ayat macam baik jer). Marathon lagi. Balik kuliah, terus tidur pas solat Zuhur. Straight sampai 1830. Tak caye? Betul, sampai 1830.

Makna nye, orang dah berbuka. Maghrib 1745. Asar pun dah terlepas - 1515. So, macam mana tue? Aku bangun pun sebab Husaini balik ajak pegi Gami3' 3Amru. Dalam mamai-mamai tengah bengong bengang baru bangun tido, aku pun ikut je laa. Solat Maghrib sekali ngan Asar. Bukannye Jama3' Ta'khir laa. Solat tunai cam biasa.

Tunai? Eh, bukan dah terlepas ker? Hak3 memang laa. Tapi syarat wajib solat nombo 3 - berakal alias sedar diri tu sape. Kalu tengah tidur, tak sedar paper. So tak wajib solat mase kiter tidur. Sebab tu takde orang solat dalam tidur. Hak3. Same laa kalau kiter terlepas Subuh. Tapi kalau bangun tidur balik lain citer. Berdosa, kne qada'. So selesai semayang tue, pegi laa Gami3' 3Amru.(tp korg wjb kjut member solat. kang ade je pnyalahtafsirgunaan ayt ak nie).

Sampai sana baru laa sedar diri sikit. Malam 27 Ramadhan - Sheikh Muhammad Jibril datang. Penuh manusia. Bertolak-tolak. Bercampur laki pompuan. Macam tengah haji plak. Bercampur tue sebab kitorang kena cross kawasan pompuan untuk pegi kawasan laki dekat ngan masjid. So gune Mazhab Hanafi laa.(sbnrnye tgn ak tlindung ngn sjadah tp ntah cmne pompuan keji tu tetibe cross tgn ye tolak muke ak plak.clake tol).

Tapi bukan nak cite pasal laki pompuan sebenarnye. Nak bagitau yang ramai manusia pegi masa tue. Macam konsert jer. Kalu ulama' pegi Malaysia camne? Kosong padang. Kalu konsert, penuh. Heran kan? Padahal ulama' adalah kebanggaan umat Islam. Artis simbol barat. Heran kan pemikiran manusia?

Sheikh Jibril nie orang kate, qunut die sejam. Masa tue aku ingat ke dalam setengah jam je laa. Biase laa manusia, citer biasenye lelebih. Nah, aku merasai sendiri qunut sejam. Atmosphere mase tue memang lain semacam. Rasa cam nak nangis. Arab lain da stat sebak nangis gile. (dorg bukan nangis sbb bdiri lame). Aku lak yang tak paham base Arab, part yang aku tak paham tue dah rasa sebak, inikan plak part yg aku paham. Kuar gak selai dua. Padahal ayat senang je. "Jadikan kubur kami, salah satu dari taman-taman syurga". Kalau tok imam baca ayat nie, konfem aku gelak gile. Tapi time tu leh rase sdih lak. Power kan influence wali Allah nih.

Tapi memang insaf. Aku ter-reflect balik kekate Husaini "Malam-malam terakhir nih usaha laa sikit." ngan Sakuragi Kenji "Now you have platinum ticket". Allah dah bagi aku pegi Mesir, perlu usaha je sikit untuk dekat ngan ulama'. Kan? Tapi pesal laa rase malas nak wat sume mende-mende nie.

Ok-ok dah banyak aku mengarut nih. Saksikan 7 Ikrar Pengamal Perubatan Muslim. Tak paham maksud bukak kamus.

Get one from PERUBATANonline

Sekarang tengah tensen kehilangan Adobe Photoshop dari komputer aku. Sedih giler babeng. Rase nak mati. Photoshop, pulanglah.

Now you have a Platinum ticket in your hand. It's up to you to board the train or not
[Sakuragi Kenji, Dragon Zakura]


Continue Reading

23 September 2007

Ulangtahun Fly2Egypt

Semalam genap setahun aku menjejakkan kaki di bumi anbiya' nie. Pejam celik pejam celik dah setahun aku meninggalkan Malaysia, meninggalkan insan tersayang demi bergelumang debu kat sini. Haha.

Semalam juga menyaksikan kuliah tahun dua bermula, maka bermulalah hari-hari untuk aku belajar mendaki tangga ke syurga sanah tani. Sekaligus menyaksikan aku bergelar senpai. Bebudak tue pun rasanya dah OK kot kat Madinah Fustat tue. So tak perlulah aku menjadi sebahagian daripada isu terbaru - Junior Dimanjakan/Senior Memanjakan/Senior Penyayang yang hangat disembangkan bila bercakap mengenai bebudak baru.


Semalam juga rasanya dah seminggu lebih pose. Ramadhan kedua aku kat Mesir nih. Benda yang sama tapi kali ini dengan rasa yang berbeza. Tahun lepas pose kat Asrama Rumah Malaysia Abbasiah (ARMA), tahun nie pose kat Mounira plak. Dulu berbuka makan free kat masjid ARMA, sekarang berbuka di rumah berbayar. Haha. Kalau dulu Maidah Rahman dengan 3isy, sekarang Maidah Rahman dengan nasi daging. Kalau dulu tolong angkat barang sebab nak blah dari ARMA, sekarang angkat barang sebab nak blah dari rumah lama.

Dalam kehangatan memulakan kuliah, sempat lagi aku meneruskan [To Do] yang tertangguh - beli Desktop. Berbekalkan LE3600, maka aku pun pergi laa ke Roxy bersama Aman Mazian. Dalam bajet, desktop yang bakal dibeli berharga LE3300 namun AlhamduliLLAH dapat LE3200. Credit kepada Aman Mazian sebab tolong aku beli. Huhu



  • Intel(R) Core(TM)2 Duo 2.0GHz 2.0MB Cache
  • HDD 320GB
  • 1.0GB of RAM
  • Motherboard Gigabyte S-Series
  • DVD-RW 18x NEC
  • Monitor LCD WideScreen 17'
  • Multimedia Speaker 2.1
  • Sony Optical Mouse
  • Creative HeadPhone


Kuang3 kuliah stat baru nak beli. Makin lagho laa aku camni. Sekarang dalam misi mengutip kembali file-file aku yang bertebaran di seluruh Cairo dalam laptop manusia lain. Haha. Juga seterusnya mungkin mengutip drama-drama yang best. Hua3 makin lagho.

Dalam kegumbiraan komputer baru, internet lak lembap. Tak pernah ku mengalami direct download 500b/sec. Nak sampai 1kB/sec bukan main payah. So tak mendownload laa camnie. Isk3. Nak tukar ADSL512kB bukan senang. LE190 nak cari kat mane? Dah laa elaun tak naik. Huh dasar kerajaan. Kerenah birokrasi tol. Takpe2 fokus lebih kali nih pada stadi. Tahun nie mesti lebih baik dari tahun lepas. (Tapi tak yakin je, sbb asyik main game je dua tiga hari ini)

So Selamat Berpuasa buat mereka yang dapat berpuasa. Mereka yang diberi cuti sakit, jangan asyik cuti jer. Dah laa solat tak cukup, puase pun tak cukup jugak. Pastu tahun depan, mule laa nampak alim di bulan Syaaban berpuasa tetiap hari - padahal ganti puasa. Haha. Semoga kita semua bertemu Lailatul Qadar InsyaALLAH.



Buat mereka yang fly ke Egypt pada 23hb September 2006 bersama aku tahun lepas, Selamat Menyambut Ulangtahun. Sama-sama kita fikirkan, setahun berada di Mesir nie - apa yang kita perolehi. Berbaloi ke setahun kita meninggalkan awek tersayang, dengan apa yang kita perolehi, untuk membimbing dia, keluarganya dan keluarga kita, bersama-sama meniti tangga ke syurga.

Dont say "we have ONLY one year", but "we STILL have one year", to step our foot in Todai
[Sakuragi Kenji, Dragon Zakura]


Continue Reading

10 September 2007

Bajet 2008: Elaun sara hidup siswa naik hingga 84 peratus

90,000 pelajar IPT semua peringkat kursus dapat manfaat

KUALA LUMPUR: Lebih 90,000 pelajar tajaan kerajaan di pusat pengajian tinggi tempatan akan menikmati kenaikan elaun sara hidup antara 23 peratus hingga 84 peratus, berkuat kuasa mulai semester pertama sesi 2007.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kadar baru itu membabitkan pelajar semua peringkat, termasuk yang mengikuti kursus persediaan dan kursus bahasa.




Elaun sara hidup bagi pelajar di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada pula dinaikkan sehingga 97 peratus, iaitu hampir dua kali ganda, berkuat kuasa bulan ini.

Pada masa ini, kerajaan menaja 17,000 pelajar di universiti luar negara dan elaun sara hidup pelajar di Australia, New Zealand, Mesir dan Korea Selatan sudah dinaikkan tahun lalu.

Abdullah juga mengumumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meningkatkan jumlah pelajar Ijazah Pertama tajaannya di universiti tempatan daripada 5,000 setahun kepada 10,000 orang mulai tahun depan.

Selain itu, kerajaan memperuntukkan RM12 bilion untuk melaksanakan pelbagai projek dan program pengajian tinggi termasuk meningkatkan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan di empat Universiti Penyelidikan.


Kerajaan juga akan meningkatkan peruntukan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi mencapai sasaran 200,000 pelajar menjelang 2010, manakala Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Darul Iman dan Universiti Pertahanan akan dinaik taraf.

Perdana Menteri berkata, kolej komuniti pula akan dijenamakan semula melalui penyediaan kursus pada peringkat diploma dan menggiatkan kerjasama dengan syarikat swasta.

Abdullah turut mengumumkan mulai tahun depan, skim pinjaman buku teks akan diperluas kepada semua pelajar tanpa mengira jumlah pendapatan ibu bapa atau penjaga mereka.

“Peluasan skim ini akan memberi manfaat kepada 5.7 juta pelajar berbanding 4.5 juta pelajar pada masa ini,” katanya.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan pendidikan percuma bagi semua, beliau juga mengumumkan pemansuhan yuran bagi sekolah rendah dan menengah mulai sesi persekolahan tahun depan.

Selain itu, kerajaan akan memansuhkan yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia selepas yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dimansuhkan dalam Bajet 2007.

“Bagi memastikan setiap pelajar mendapat peluang menyertai aktiviti kokurikulum beruniform, kerajaan akan memberi sepasang pakaian seragam percuma bagi satu kegiatan kepada pelajar sekolah daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM1,000 sebulan dan ke bawah,” katanya.

Abdullah berkata, kerajaan juga akan mewujudkan 60 sekolah kluster sepanjang tahun depan dan setiap sekolah berkenaan masing-masing akan menerima peruntukan RM500,000 untuk membiayai aktiviti kokurikulum, latihan dan pembelian peralatan pembelajaran.

Bagi memartabatkan profesion keguruan pula, kerajaan mengumumkan peningkatan elaun guru pendidikan khas daripada RM100 kepada RM250 sebulan, manakala kadar elaun guru ganti berkelulusan ijazah dinaikkan daripada RM85 sehari kepada RM150 sehari.

Selain itu, kerajaan akan memberi elaun RM60 sejam bagi guru lepasan ijazah dan RM50 sejam bagi lulusan diploma yang mengajar bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan.

Perdana Menteri berkata, khidmat guru bersara tetapi masih boleh menyumbang juga akan dimanfaatkan dengan mengambil mereka berkhidmat sebagai guru ganti dan tenaga pengajar untuk guru pelatih.

Bagi menghargai usaha badan amanah dan pertubuhan amal yang membiayai dan mengurus dengan baik sebilangan sekolah rendah dan menengah pula, kerajaan mencadangkan sekolah berkenaan diberi pengecualian cukai pendapatan.

“Pengecualian ini akan memberi manfaat khususnya kepada sekolah Cina dan Tamil serta sekolah agama,” katanya.

Secara keseluruhan, RM30 bilion disediakan untuk Kementerian Pelajaran dalam Bajet kali ini yang turut merangkumi peruntukan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, termasuk Program Sekolah Cemerlang, memartabatkan profesion keguruan dan merapatkan jurang pendidikan di antara bandar dan luar bandar.

Sumber: Berita Hairan

-=-=-=-=-=

Pelajar Perubatan kesal kenyataan Perdana Menteri

KAHERAH: Pelajar-pelajar di negara Mesir khususnya pelajar perubatan tajaan JPA amat kesal dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyatakan elaun pelajar tajaan kerajaan di Mesir telah dinaikkan tahun lepas.

Ini berikutan elaun sara hidup di Mesir tidak pernah naik malah berkurangan sedikit demi sedikit ditambah pula dengan kejatuhan nilai USD di pasaran antarabangsa. Menikut kajian yang dijalankan salah seorang pelajar, elaun pelajar perubatan Mesir berkurang daripada RM840 kepada RM790 mulai awal tahun ini. Ini menimbulkan kehairanan kerana mengikut perjanjian, kerajaan WAJIB menyediakan elaun sara hidup sebanyak RM840 sebulan malah jumlah yang diterima dalam USD akan ditukar mengikut nilai tukaran antarabangsa.



Tertulis di status YM, salah seorang senior menyifatkan perkara ini sebagai 'bull****'. Ada juga yang menyatakan isu ini sebagai 'permainan politik semata-mata' berikutan kehangatan pilihanraya umum yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Menyentuh perkara ini, pelajar-pelajar perubatan di Mesir telah lama memohon kenaikan elaun sejak 165 tahun yang lalu namun masih belum diluluskan kerajaan. Malah lebih memburukkan keadaan, mereka dihentam balik dengan slogan 'kena manage' elaun sara hidup yang diberikan. Pegawai wakil kerajaan tersebut memberi contoh yang langsung tidak berasas dengan menyeru pelajar-pelajar makan Maggi separuh pada waktu pagi dan separuh lagi pada waktu petang.

Bercakap di perjumpaan pegawai JPA bersama pelajar baru-baru ini di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, pegawai JPA tersebut memberitahu bahawa permohonan telah dibuat oleh JPA namun kementerian belum meluluskannya. Sedikit sebanyak melegakan pelajar kerana keprihatinan JPA dalam masalah ini. Namun segalanya jelas kini bahawa usaha menaikkan elaun tersekat di kementerian.

Andaian juga dibuat jika kenyataan Perdana Menteri tersebut benar, ke manakah perginya duit pelajar-pelajar selama ini yang bernilai jutaan ringgit? Adakah dimakan kroni-kroni kerajaan seperti yang biasa dilakukan dengan projek kerajaan yang lain atau dicuri di pertengahan jalan?

Pendapat salah seorang pelajar pula, jika kenyataan tidak berasas dan bersifat menipu ini terus dikeluarkan Perdana Menteri, tidak mustahil pelajar luar negara khususnya Mesir tidak akan mengundi Barisan Nasional buat selama-lamanya apabila pulang ke tanah air.

Permohonan kenaikan elaun sara hidup dibuat berikutan kenaikan harga barang dan sewa rumah sebanyak dua kali ganda malah kebanyakan rumah berharga LE1000 ke atas dan tidak mafrusyah* berbanding zaman dahulu kala di mana harga sewa rumah hanya LE100. Ketidakbolehan JPA membayar private tuition pelajar juga mendorong mereka memohon kenaikan elaun demi mendapatkan secebis kecemerlangan dalam pelajaran. - TANPANAMA

*mafrusyah - fully furnished

Continue Reading

27 August 2007

Kemerdekaan dan Realiti Kehidupan

Salam buat mereka yang terbaca post nie. Dah lama ku tidak meng-update blog nie - terbengkalai begitu sahaja. Saja meng-offine-kan diri buat sementara. Guna internet hanya pada mende yang perlu je. Kemalasan menulis ditambah ngan kesibukan melukis membuatkan diri ini tak semangat.



Hari Kemerdekaan ke-50 hampir menjelang tiba. Duduk kat Mesir pun terasa sambutan perayaan tersebut sebab PMRAM menganjurkan beberapa program. Tak masuk pun, just jadi sebahagian dari pelaksana - hakim Pidato BI. Akhirnya Bai yang jadi juara. Wakaka macam ter-bias pulak. Tapi takpe laa, ade jugak pengalaman jadi hakim.



Semua orang tahu suasana dan keadaan di Malaysia sekarang nie. Di samping kemajuan yang ada, kerosakan turut berlaku. Dulu dalam PSI ada belajar Istidraj - nikmat yang ALLAH bagi untuk menyesatkan lagi manusia, contoh Firaun. So kekadang aku terfikir gak, nikmat kemerdekaan yang kita ada sekarang nie Istidraj atau tak. Na3udzubillah.



Pada nama, bunyinya sedap - Kemerdekaan ke-50. Ataupun bagi mereka yang intelektual sikit, Jubli Perak (eh ke Emas?). Tapi realitinya kita masih dikongkong barat. Penjajahan minda. Kemerdekaan sebenar adalah apabila Islam ditegakkan, diamalkan dalam kehidupan. Tapi pengaruh barat meletakkan Islam sebagai kongkongan. Sedangkan Islamlah yang menjamin kemerdekaan manusia. Agar tidak melampaui batas.



Nak wat camne, dari kecik lagi diasuh mengikut barat. Dunia diutamakan, akhirat dipinggirkan. Kekadang aku bersyukur sebab melalui jalan SMKA - walaupun aku rasa ini adalah jalan wajib seluruh pelajar yang mengaku Islam. Tolak ke tepi jalan SMK. Itu hanya jalan manusia yang tidak ingin kepada agama. Tapi sekarang SMKA seolah-olah Henry Gurney. Pelajar bermasalah dpindah ke SMKA. Tindakan yang tepat. Tapi bila mereka buat masalah di situ, kerajaan campur tangan. Silibus ditukar. Akta digubal. Semuanya mencemarkan jalan agama. Akhirnya yang diharapkan berubah, kekal dalam kejahilan, yang melalui jalan lurus mula meyimpang.



Segalanya hanya pada nama. Sambutan kemerdekaan dibumi anbiya' kali ini bakal disambut dengan kehadiran 278 muka baru (awek baru??). Menjadi tanggungjawab kami, untuk mendidik mereka. Agar kekal dalam jalan Nabi Musa, dan tidak sekali-kali tergelincir ke jalan Firaun.





22hb meeting AJK Pelaksana (ditukar dari AJK Induk sbb JPMK mrampas name tue dari kitorg - isk3) yang menyaksikan sume Pengarah Unit kena bagi laporan. Aku tak prepare pape so main bantai je sampai beberapa point penting tak tersebut. Tapi ade pulak manusia yang bermulut laser - "ape die cakap entah, tak paham". Berpuput suara itu di cuping telinga aku, berlalu di bawa bahang saifi. Bahasa aku tak OK ke? Tak formal sangat kot - biasa laa bile tak prepare memang keluar sume point mengarut.



Pastu dalam meeting tue jugak dapat banyak kerja sampingan - video klip lagu tema, presentation flash PERUBATAN, presentation Persatuan di Mesir dll dsb ditambah ngan kerja sedia ada, tak tahu laa sempat ke tak siap sebelum 31hb nie. InsyaALLAH sempat. ALLAH sentiasa bersama ku. Tapi pelik jugak, dikala sume unit diringankan beban oleh JPMK, unit aku lak jadi bertambah beban. Haha



Habis meeting petang, pas mahrib bertolak ke Alex untuk daurah kitab Ayyuhal Walad (sesetengah dicetak Ayyuhal Walad Muhibbu) karangan Imam Ghazali. Sebenarnya kitab nie merupakan surat Imam Ghazali kepada salah seorang anak muridnya. Nipis je tapi banyak point kehidupan yang boleh diambik. Lagipun Ustat Fuad tue agak best. Tapi macam Imam Ghazali sebut di awal kitab, baca dan belajar memang senang tapi nak amal tue memang payah. InsyaALLAH slow2 kite amalkan.



Takkan pergi Alex duduk sesaje jer. Tak berbaloi laa. So pergi laa jenjalan sikit-sikit. Tapi tak ambik gambar sebab takde spot menarik. Sesape yang nak honeymoon kat Miami bleh laa datang sini. Pantai nama Miami. Murah pun murah. Lawak giler. Tapi overall bleh nampak beza Alex ngan Cairo. Tapi biar betapa jauh, hatiku tetap di Cairo. Huhu



Sedap betul aku mencarut. Langsung takde kena mengena ngan tajuk. Haha. Ha, sekarang nie aku rasa suke giler. Sebab aku dapat melihat wajah dia sekali lagi. Wajah yang menyejukkan mata.Hmm sukenye. Eh memiangkan diri lak aku nie. Ok, till next time. Seminggu lagi kot, sbb klimaks SPB 2007 dah dekat. Update terbaru SPB:

  • Cairo 128 - JPA 100, MARA 28
  • Alex 150 - MARA 150
  • ETD - 1000, Friday 31081007
  • ETA - 1800, Friday 31082007


Ok sebelum aku blah, renungkan ayat nie buat mereka yang terasa keseorangan.



Di mana saja kau berada, apa saja yang kau lakukan, kita tetap berada di bawah langit yang sama

[lupelaadarimaneakuamik]
Continue Reading

08 August 2007

Dulu Disambut, Sekarang Menyambut~

Masih ingat lagi sewaktu kita masih lagi kecil? Sebesar telapak kaki ibu (Eh tu kecik sangat) - sebesar lengan bapa? Masa tu kita baru je keluar dari alam rahim. Siapa yang menyambut kita masa tue? Doktor? Atau bidan kampung? Atau moden lagi bapa kita sendiri yang menyambut kita.



Kalau anak sulung, mesti masa tue bapa kita ada bermacam-macam perasaan - gembira (da jadi bapa aku nie), sedih (alamak, bertambah beban sorang lagi), bimbang (bini ngan anak aku selamat ke tak) atau selamba je (kontrol laa). Kalau anak bongsu - lebih-lebih lagi anak nombor empat belas, nie payah sikit nak cerita. Kalau dah berpuluh tahun tak dapat anak, feeling tue datang balik. Kalau dah selalu - wat macam biasa je laa. Tapi anak bongsu laa yang paling dimanjakan. Anak sulung lak didera secukup rasa. Tak setuju? Mampus korang laa - nie pengalaman aku jer.



Apa kaitan aku mencarut nie dengan tajuk post? Haa cuba teka. Walaupun aku belum kawin tapi akhirnya dapat juga aku merasa pengalaman menyambut pelajar baru. (PEMBACA: apa kaitan pelajar baru ngan kawin? nak kena bunuh budak nie) Disebabkan oleh bebudak first year yang ramai balik maka aku pun dilantik laa (kenyataan ini kurang tepat kerana aku memang selalu dipaksarela jadi AJK).



Pada mulanya aku dengar cerita dari Copuk - nama aku takde dalam senarai AJK maka dia (dan manusia lain) tak puas hati. Sebab ape? Biasanya nama aku secara auto akan ada dalam AJK memana program - jangan tanya sebab aku pun tak tahu kenapa. Masa tue sedih gila babeng ar (padahal dalam hati suke gile sebab akhirnya aku bebas), kesedihan tue membuatkan aku nak menangis (air mata gembira laa). Tapi last seminit aku dapat kol dari Abg Kadir suruh datang Meeting AJK Induk.



Mampus - masa tue baru di tahap satu. Sebab sebelum nie just jadi AJK bawahan je so perasaan tue macam biasa la. Maka bertolaklah aku dengan Copuk. Lepak-lepak, makan-makan, sembang-sembang maka start meeting. Buka kertas kerja - PENGARAH UNIT TEKNIKAL DAN AUDIOVISUAL: Muhammad Hafiz Adam



Mampus - level dua. Tak-bleh-blah. Woi aku mana pernah jadi pengarah. Jadi kuli pernah la. terima arahan, buat. Senang dan tak pening. Tak biasa laa jadi pengarah nie. Bidang tugas apa, apa kena buat, sume tue bermain dalam kepala hotak aku. Sebelum tue dah tahu jadi Unit Teknikal & AudioVisual. Macam biasa la - muka Teknikal. Takde orang lain agaknya. Ok aku pun merilekskan diri buak lagi kertas kerja tue.



Mampus - tahap tiga. Pengerusi majlis? Wat meeting? Wat laporan? Lantik ahli? Ha baru aku ingat, jadi pengarah memang laa kne wat meeting sendiri - camne laa aku bleh rileks tadi. Adeh bodoh bodoh bodoh. Satu lagi mende yang aku tak pernah buat. Pengerusi mesyuarat. Memang aku tak biasa so macam blank ar. Rileks Dinmat, ko kan power (Ceh nie ayat membajetkan diri untuk meraih segenggam kekuatan - ayat pun da poyo da). So rileks laa.



Abis cite pasal tue. Cerita ceriti di atas telah ditokok tambah dengan izin penulis sendiri sebagai ajinomoto untuk mempersedapkan lagi cerita yang diceritikan. Kesimpulan dari cerita di atas - macam biasa aku bercerita pasti ada kesimpulan di akhirnya, err entah laa apa kesimpulan dia ekk. Hehe



Waa sebelum nie aku just jadi AJK kecik yang menerima arahan pastu buat je. Dulu aku rasa "ler, aku lagi yang wat mnde nie. pengarah wat bodo je" - tak le sampai rasa pengarah tak wat pape tp cam die wat keje senang je. Last2 kau jadi pengarah baru kau tau. Bab-bab wat decision nie yang aku lemah nie. Wawawa aku rela jadi kuli dari jadi tuan. Senang hidup aku.



Tapi yang heran, memula rasa cam malas nak jadi AJK tapi macam biasa naluri seorang AJK (bajet gile) rase best plak. Bukan best nama AJK tue tapi best sebab ade jugak keje untuk aku. Huhu. Mula laa timbul idea-idea lucah sampai macam nak take over Unit lain plak. Padahal Unit sendiri tak terurus. Wakaka. Takpe idea lucah tue boleh diusulkan kepada mereka. No hal la.



Sedikit maklumat mengenai pelajar baru. Info nie bukannya confidential. Mana laa tau kekalau ada bebudak baru TERjumpa post nie - seperti Yuci yang dikacau sorang makcik sebab anak dia bebudak baru (atau makcik tue sebenarnya adalah bebudak baru yang menyamar) maka mungkin akan ada pembetulan. Hehe.

  • Cairo 128 manusia
  • Alex 178 manusia
  • Flight pertama 1hb 9 2007
  • Flight kedua 6hb 9 2007


So, apa pengajaran post kali nie? Takde pe. kekadang manusia kena berfikir untuk mempertajamkan minda. Check quote kat kanan nie. Maybe ada sedikit kaitan. Hehe. Ok sebelum blah dan aku wat kerja lain, baca dan fikir makna quote nie -



Words are the coins making up the currency of sentences, and there are always too many small coins.

[answers.com]
Continue Reading
 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template