29 June 2009

Sony Vegas Pro 8a

Uploaded for my sister so I thought I'll share with everyone. =)



SONY VEGAS PRO 8a


Official Website: Sony Vegas Pro
Size: 110MB
Download: RapidShare Part01 | Part02


Precise editing tool for video and audio. Suitable for Beginner User who has experience with Windows Movie Maker to make an advanced video with captions and watermark
OR
for those who wants to remix songs to make a better audio for your movie's soundtrack.

Make sure you download both parts, put them in the same folder and extract as usual. Read the Notepad first for Installation Instruction, it's a bit complicated.

Lastly, DONT PUT THE DOWNLOAD LINK IN ANOTHER WEBSITE. LINK THEM TO THIS BLOG INSTEAD.
Continue Reading

25 June 2009

PERUBATAN-Today

Post simple mimple. Sekadar pemberitahuan sahaja.

Semalam telah dilancarkan PERUBATAN-Today sebagai bahan fitnah terbaru, hehe.



Tujuan saya membuat blog tersebut hanya untuk bacaan santai dan latihan menulis sambil gelak-gelak seorang diri kemudian membaiki apa yang patut. Bukannya untuk menimbulkan isu ek. Sebarang berita PERUBATANonline yang saya rasa isunya ada tapi sensitif untuk dimasukkan, saya akan update di situ dengan tokok tambah yang keterlaluan. Hehe sape suruh PERUBATANonline di bawah kerajaan kan?

Semalam promosi public dengan berita Remy Istikharah Sebelum Pulang hanya sebagai teaser sahaja, supaya korang frust takleh baca update seterusnya (konon-kononnya). Haha. Maka sila jangan buzz saya suruh invite sebagai reader blog tersebut.

Setakat ini hanya seorang gadis comel sahaja yang saya invite sebab saya sayang beliau. Wakaka. Dan saya tak bercadang untuk public-kan balik kerana manusia punyai hati dan mulut. Yang disebut dalam entry terasa hati, manakala yang membaca pula pot-pet pot-pet bersembang seolah-olah berita dalam tu benar. Tak membaca Disclaimer langsung. Haih sia-sia saya tulis.

Mereka yang menunggu hapdet blog ini, sori. Saya terasa sangat malas + kering idea untuk menulis. Sila tunggu hingga 4hb Julai, mungkin saya akan kongsikan video best sepanjang keluarga Aman di sini (kalau ada).

Dan dalam proses untuk satu penulisan kreatif. Haha kalau best, saya publishkan. Lama tak menulis. Saya rindukan Cikgu Raina atau Teacher Salmi untuk mengutuk penulisan saya. Asyik menulis Function of Growth Hormone je, kekadang menulis berita atau cerita pun best gak. Haha.

SNSD bakal mengeluarkan second mini-album. Tak sabar rasanya. Wakaka. Teaser Tell Me Your Wish (Genie) sahaja menampilkan konsep lebih matang berbanding Gee yang lebih bersifat kecomelan. Full song is out, dan menunggu MV plak. Kwang3 takde kaitan. Abaikan.

Download Khabar Pemergian mencapai 95 download, manakala view di YouTube mencapai 3,250+. Saya harap satu hari nanti YouTube membuat sistem Pay-to-View, boleh kaya seyh. Al-Fatihah untuk Ammar. Akhir-akhir ini saya belum boleh menonton balik video tersebut. Kalau tidak, saya tak boleh menyengal seperti ini.

Hidup terasa boring, kering gersang tanpa arah tujuan. Mungkin tiba masanya saya pulang ke sisi-Nya. Mungkin.

=)
Continue Reading

21 June 2009

Ketika Cinta Bertasbih - Novel & Filem

Novel lama, tapi kehangatannya kembali dirasai. Ada manusia inginkan link download, maka buat je laa satu post khas. Kenapa laa korang malas Google? Haih~

=)

KETIKA CINTA BERTASBIH - NOVEL

<


Format: PDF
Size: 4.38MB
Download: MediaFire


Episod 1 bagi saya lebih menarik kerana berlatarbelakangkan Mesir. Jalan ceritanya juga dihurai dengan baik dan tidak nampak seperti terlalu rushing. Berlainan dengan Episod 2 yang berlatarbelakangkan Indonesia dan kadang-kadang jalan ceritanya tidak lengkap dihurai, sekadar menyampaikan sesuatu babak sahaja. Tapi ini boleh diabaikan kerana tidak mencacatkan jalan cerita.

Namun begitu, membaca Episod 1 tidak cukup tanpa Episod 2, yang akan menjadi pelengkap kisah cinta watak utamanya. =)

Beberapa persoalan yang tidak pernah terlintas di fikiran juga dihurai dengan baik. Sebagai contoh, sekiranya perkahwinan itu adalah ibadah, maka perlukah kita memperjuangkan cinta tersebut? Kalau dipisahkan, keduanya menderita. Maka haruskah dibiarkan mereka berdua bersama? Tema ini sering digunakan dalam drama Korea, dan anda pasti menginsafi diri kerana ianya diolah dengan cara yang berlainan. Cubalah, dan anda pasti memahami serba sedikit tentang cinta, dari sudut pembangunan jiwa. Haha.


KETIKA CINTA BERTASBIH - MOVIE 1



Official Website: FilmKetikaCintaBertasbih Dot Com
Format: AVI
Size: 899MB
Download Filem: MultiUpload


Tarikh tayangan 11 Jun tapi belum ada link download disebabkan DVD pun belum keluar, hehe. Kalau ada pun, mungkin Cam-Rip. Maka ruang ini Reserved sehingga ianya available. Download untuk KCB 1 dah keluar. Menunggu KCB 2 pulak. =)

Di official website ada ruang download wallpaper, dan Anna pun ada! Yay~ Haha kenapa disediakan download? Bukankah perempuan itu aurat. Kwang3. Dunia oh dunia.


KETIKA CINTA BERTASBIH - OST

Album Info:
Artist: Various Artist
Popular Through: Ketika Cinta Bertasbih the Movie
No of Tracks: 12
Size: 58.79MB


Track List:
01-Melly Ft. Amee-Ketika Cinta Bertasbih (4Shared)
02-Melly-Ya Habibi
03-Score-Menanti Cinta
04-Score-Tbac
05-Score-Menanti Cinta Shuffle
06-Score-KCB Guitar
07-Ayushita-Tuhan Beri Aku Cinta (4Shared)
08-Score-Habibi
09-Krisdayanti-Menanti Cinta
10-Score-KCB
11-Score-Arabian
12-Score-Tbac Guitar


Download: MediaFire

Kalau dulu Track 07 menjadi pilihan, sekarang Track 01 diulang-ulang sampai nak muntah. Haha. Jarang melihat filem selain Korea/Jepun mengeluarkan OST lengkap dengan instrumental. Sememangnya MegaFilm. Huhu.


KETIKA CINTA BERTASBIH - MOVIE 2



Official Website: FilmKetikaCintaBertasbih Dot Com
Format: AVI
Size: 1.2GB
Download Filem (MultiUpload):
Part 1 | Part 2 | part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6 | Part 7
(password: www.downloadbox.org)
Download SEMUA part, kemudian Extract menggunakan WinRAR


Credit file ini kepada salah seorang pengunjung blog. Saya tak download dari sumber ini jadi taktau kualitinya sama atau tidak dengan version saya. Tapi untuk memudahkan korang semua, saya letakkan jugak sekali dengan password.

Seperti biasa, DONT PUT THE DOWNLOAD LINK IN ANOTHER WEBSITE. LINK THEM TO THIS BLOG INSTEAD. Kerjasama korang saya dahulukan dengan Terima Qaseh.

Continue Reading

19 June 2009

Book of Dream

"Saya tahu Tuan Puteri cintakan saya, dan Tuan Puteri tahu saya juga cintakan Tuan Puteri. Tapi bercinta tidak semestinya bersama, menyintai bukan bererti memiliki. Kita tak mungkin bersama, apatah lagi untuk saling melengkapi."

Ini bukan cerita Korea atau Hindustan. Seringkali hero dan heroin menderita kerana tidak dapat bersama. Malah orang di sekeliling juga turut sama menerima tempias kerana kesedihan mereka. Selalunya kita pasti berkata biarkanlah mereka bersama, tiada siapa bakal menderita.

Namun benarkah cinta bererti bahagia?

Satu lagi cerpen karutan di kala boring disulami pengaruh cerita korea, kungfu dan teater klasik Melayu. Belum bertajuk maka kalau ada cadangan, sila kemukakan. Haha.

Tapi untuk memberi cadangan tajuk, kenalah baca sampai habis dulu kan?

Update seterusnya HANYA di A Dream And Myth.

Jangan expect sangat cerpen ini siap, atau di-publish. Kerana ditulis hanya sekadar imaginasi saya digabung dengan karutan-karutan kanak-kanak di sekeliling. Kemudian disimpan dalam komputer dalam bentuk idea sahaja. Editing perlu dibuat sebelum disiarkan untuk mengelakkan unsur lawak mengarut yang melampau.
Continue Reading

15 June 2009

A Tribute For Ammar

Lain orang lain cara dia menyampaikan rasa kesedihan. Di saat orang lain menulis blog, Aphique menyampaikan rasa kesedihan beliau melalui muzik, dan terhasillah lagu ini yang dinyanyikan oleh Copuk sekaligus menjadikan lagu ini sebagai Single Pertama beliau.

Mungkin selepas ini akan ada keji makian kami membuat perkara bidaah kerana Rasulullah SAW tidak ajar menghadiahkan lagu buat si mati, tapi bacaan al-Fatihah. Apa yang saya peduli? Wakaka. Blog ini memang blog bidaah, jangan risau. Hanya orang bodoh je yang mengikut perbuatan bidaah dalam blog ini.

Lagu ini tidak membawa sebarang manfaat kepada si mati atau si hidup, tapi lagu ini menggambarkan kehilangan seorang rakan tersayang yang disanjung tinggi, dimuliakan manusia di bumi, dan dimuliakan Allah di langit tertinggi. Lagu ini mungkin video terakhir buat Ammar, tapi bukan hadiah terakhir untuk beliau. Kerana al-Fatihah akan sentiasa menyusul.

Kami di Gen6-MD-Cairo Entertainment tidak mampu untuk mengadakan Konsert Amal. Maka sekiranya anda mendownload lagu ini, sudikanlah menderma LE10 kepada Tabung Derma PERUBATAN. Saya tahu anda telah menderma LE500 sebelum ini, tapi anggaplah LE10 kali ini sebagai konon-konon tiket Konsert Amal. Maklumat mengenai Tabung Derma PERUBATAN boleh didapati di sini. Bagi yang berada di Malaysia, bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun HSBC Mohamad Saif b Jamaluddin (No Akaun: 311 133 524 025).

Terimalah, KHABAR PEMERGIAN.

__^*COPUK - KHABAR PEMERGIAN*^__



Tajuk: Khabar Pemergian
Artis: Copuk
Lirik & Lagu: Aphique
Gambar & Video: Jackster & HafizAdam
Editor, Karaoke, Encoder: HafizAdam
Penerbit: Gen6-MD-Cairo Entertainment

Stream:


Download:
MP3 | Music Video


Music Video File Info:

General
Complete name : MV.Khabar.Pemergian.Copuk.XviD40-HafizAdam.avi
Format : AVI
Format/Info : Audio Video Interleave
File size : 34.7 MiB
Duration : 4mn 49s
Overall bit rate : 1 007 Kbps
Director : Muhammad Hafiz Adam
Encoded by : Muhammad Hafiz Adam
Writing application : VirtualDubMod 1.5.10.2 (build 2540/release)
Writing library : VirtualDubMod build 2540/release
Copyright : Creative Designer
Comment : http://akudarahanakmalaysia.blogspot.com

Video
Format : MPEG-4 Visual
Format profile : Streaming Video@L1
Format settings, BVOP : Yes
Format settings, QPel : No
Format settings, GMC : No warppoints
Format settings, Matrix : Default (MPEG)
Codec ID : XVID
Codec ID/Hint : XviD
Duration : 4mn 49s
Bit rate : 869 Kbps
Width : 720 pixels
Height : 406 pixels
Display aspect ratio : 16/9
Frame rate : 25.000 fps
Resolution : 24 bits
Colorimetry : 4:2:0
Scan type : Progressive
Bits/(Pixel*Frame) : 0.119
Stream size : 29.9 MiB (86%)
Writing library : XviD 1.2.1 (UTC 2008-12-04)

Audio
Format : MPEG Audio
Format version : Version 1
Format profile : Layer 3
Codec ID : 55
Codec ID/Hint : MP3
Duration : 4mn 48s
Bit rate mode : Constant
Bit rate : 128 Kbps
Channel(s) : 2 channels
Sampling rate : 44.1 KHz
Resolution : 16 bits
Stream size : 4.41 MiB (13%)
Alignment : Split accross interleaves
Interleave, duration : 38 ms (0.94 video frame)
Interleave, preload duration : 500 ms
Continue Reading

13 June 2009

Kita Adalah Keluarga

Setelah sekian lama melaungkan slogan ukhuwah, akhirnya Allah uji kita. Pemergian Ammar meninggalkan kesan yang mendalam, manakala situasi dua lagi rakan kita memerlukan sokongan.

Kita, warga Gen6 adalah adik beradik berlainan ibubapa. Betapa erat hubungan kita sekalipun tiada pertalian darah atau ikatan kekeluargaan. Betapa kuat ukhuwah kita hingga kita menitiskan airmata demi mereka. Di saat orang lain bersedih simpati, kita bersedih kerana menangisi.



Sungguh gembira melihat ramai sahabat datang berziarah. Tapi, menyahut seruan abgIsraq, eloklah kiranya kita tidak terlalu kerap melawat mereka. Berikan peluang kepada ahli keluarga untuk terus bersama. Terutamanya keluarga primary iaitu keluarga kandung, dan keluarga secondary iaitu ahli beyt. Kadang-kadang barisan menunggu terlalu panjang, hingga menyulitkan mereka yang lebih perlu bersama.

Lebih-lebih lagi kepada akhawat, tidak manis rasanya terlalu kerap melawat pesakit berlainan jantina. Dengan keadaan mereka yang tidak berupaya, mungkin ternampak sisi gelap mereka, atau terbuka aurat, yang akan menyebabkan mereka terasa segan. Lebih-lebih lagi Aman yang telah sedarkan diri. Kalau Eckm pula sedar dan mengetahui kamu semua melihat aib sewaktu dia tidak sedar, apa agaknya perasaan beliau?

Cukuplah melawat sekali dua. Selebihnya, serahkan pada ikhwah dan ahli keluarga untuk bersama. Menyokong bukan bererti di sisi. Menyintai bukan bererti memiliki. Masih banyak ruang dan peluang untuk membantu.

Pujian buat akhawat Gen6 yang telah menyusun jadual demi melayan ibubapa Eckm dan memudahkan mereka. Sangat besar pahala kamu semua.

ISMA telah melancarkan tabung derma. PERUBATAN juga bakal melancarkan tabung derma. Sebanyak LE25k ingin dikutip untuk membantu mereka. Maka siapakah yang lebih layak untuk membantu mereka? Ahli ISMA yang cuma berapa kerat daripada kita? Ahli PERUBATAN yang berada di Tahun Satu? Atau ahli Gen6 yang mengaku keluarga?

Apalah sangat LE500 bagi seorang ahli keluarga. Lebih-lebih lagi mereka yang mampu. Jangan biarkan orang lain menanggung kesusahan kita. Biarlah kita berhutang, tapi tidak sesekali kita akan menyusahkan mereka yang bukan keluarga.

Bayangkan sekiranya 50 akhawat Gen6 mengeluarkan LE500 seorang, genap LE25k dikutip. Sungguh besar pahala kamu, tidak dapat diukur dengan lawatan kamu yang sekadar melihat dan menangis sewaktu melawat. Malah kalau haid, tidak dekat Malaikat Rahmat dengan mereka.

Selama ini kita asyik dengan laungan ukhuwah, laungan cinta akhirat, bencikan dunia dan duit bukan segalanya. Tapi sekarang adalah masa untuk dibuktikan. Mungkin bukan sahaja untuk sekarang, tapi di masa akan datang, hingga penghujung waktu.

=)
Continue Reading

Kami Perlukan Kredit.

Tengah hari semalam, buat pertama kalinya saya melawat sahabat-sahabat di hospital setelah 2 hari kemalangan berlaku. Maaf, saya memang tidak berkesempatan atau lebih tepat lagi; sengaja tidak menyempatkan diri. Khamis saya tertidur petang itu setelah solat jenazah Ammar.


Tiada apa yang perlu diceritakankerana saya yakin ramai yang melawat semalam.

Sewaktu melangkah masuk ke wad ICU tersebut, paling awal saya nampak adalah Eckm. zAlee terlebih dahulu menuju ke arah Aman, maka saya cuma mengikut.

Hanya memegang tangan Aman dan bertanya khabar, tidak tahu apa perlu dibicarakan. zAlee seperti biasa, dengan celotehnya. Mengeluarkan Al-Quran untuk Aman, seperti yang dipinta beliau, dan menerangkan beberapa barang lain di dalam beg.

Saya beralih ke arah Eckm. Tangan kiri beliau menggeliat, atau dalam bahasa mediknya; melakukan pergerakan supine-prone secara berulang, dan tangan beliau seperti Acchocheur's Hand. Kaki beliau dalam kedudukan mengangkang sambil menendang kecil. Sungguh, saya tidak sanggup melihat beliau.

Saya pegang hujung tangan beliau, tiba-tiba beliau seolah-olah ingin menggenggam tangan saya. Saya sambut dan balas genggaman beliau, genggaman beliau sangat kuat. Seolah-olah tidak mahu melepaskan. Saya pasti ada yang menyangka bahawa ini adalah refleks biasa, seumpama seorang bayi yang menggenggam tangan ibunya lantaran pyramidal tract belum terbentuk. Tapi saya tetap tersentuh.

"Eckm, cepatlah sedar, aku tahu kau kuat Eckm. Kita ada banyak lagi projek video nih. Mak kau dah sampai. Bangun eyh, aku tunggu kau," saya berbisik di telinga beliau. Pergerakan beliau terhenti. Genggaman kuat tadi hilang. Seolah ingin memberitahu dia mendengar, dia tahu saya di situ, tahu kita bersama dia.

Saya usap kepala beliau sebelum pergi. Tidak lama bersama Aman kerana tidak tahu apa ingin dikata. Ingin bertanya keadaan, serba salah. Bayangkan 100 manusia beratur di luar bilik anda, kemudian masuk seorang-seorang melihat dan bertanya "Apa khabar?", "Sakit tak?", "Kat mana sakit?" Saya tak rasa anda akan bersabar. Saya yang sihat pun boleh bengang, inikan pula mereka yang tengah sakit. Cukuplah sekadar mereka terasa kita bersama dan menitipkan kata semangat.

Usah ditambah penderitaan mereka. Usah ditanya lagi kisah lama. Biarlah cerita asal dan sebenar terus berkubur dalam memori mereka. Tidak perlu dan tidak penting. Sudah cukuplah cerita-cerita angin untuk menggambarkan kejadian tersebut. Those who has gone has gone, and we need to move on.

=)

Sementara itu saya sempat melihat beberapa blog bercerita mengenai Ammar. Kebaikan beliau dan banyak lagi cerita. Dan ada juga yang menyelitkan video saya. Lagu dan Berita. Sedikit terkilan apabila ada antara blog, malah perutusan rasmi sekolah dan persatuan tidak menyertakan Credit atau Sumber video.

Saya tidak kisah jika anda tidak mengambil video tersebut dari blog saya sekalipun. Sekurangnya Matan bersambung. Kerana itu saya tidak marah sangat BERNAMA hanya menyebut nama BKPPPM, kerana BKPPPM meletak Kredit kepada PERUBATANonline.

Lebih menjengkelkan, ID YM rasmi Biro Penerangan dan Penerbitan memforward mesej, tapi tidak disertakan sumber. Sungguh membengangkan. Langsung tidak tahu siapa yang mengkhabarkan berita untuk dipastikan kesahihan, ataupun sekurang-kurangnya menguatkan kesahihan sebaran. Menjengkelkan. Akhirnya saya membebel kepada Bawab ID YM tersebut hingga Timb Exco jeles. Sori ekk Radin Rahmah. Jangan jeles, nanti saya belanja eskrem.

Saya bukannya gilakan nama. Bukannya nama saya pun. Tapi sekurang-kurangnya hargai jasa orang lain. Video berita itu bukan saya yang pergi melapor, tapi saya download dan upload balik untuk kemudahan korang. Video lagu itu pun saya yang render dan masukkan lagu walaupun tak best sangat, biasa je. Tapi kalau saya boleh bersusah payah render, edit, potong, upload, kenapa anda tidak boleh memberi sedikit Kredit untuk Sumber asal. Lagipun saya upload video tersebut untuk kegunaan saya, khasnya. Tiba-tiba anda suka suki letak seolah-olah milik sendiri. Ini adalah adab sopan dalam menggunakan hakmilik orang lain. Sedikit kecewa dengan gejala ini.

Hari menangis telah berlalu pergi. Moga hari seterusnya terus ceria.
=)

Continue Reading

12 June 2009

Koleksi Berita Tragedi

Akhirnya beberapa berita telah disiarkan mengenai tragedi malang kami. Saya senaraikan mengikut ke-latest-an.

PERUBATANonline (PO)
- Paling latest. Berita dikeluarkan dalam masa 12 jam selepas kemalangan, hehe. Maka siapakah anak buah saya yang membantu menggerakkan Jabatan Berita, saya amat hargai. Mari memajukan lagi sistem penyebaran maklumat mediaPERUBATAN @ PERUBATANonline. Gunakan medium yang ada sebaiknya untuk sebaran yang lebih tepat dan berkesan.

Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM)
- Berita di sini diambil dari PERUBATANonline.

Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
- Sebahagian diambil dari BKPPPM, terutama cerita bagaimana kemalangan berlaku, dan kisah 2 rakan yang lain. Jika diambil dari BKPPPM, bukankah itu bermakna diambil dari PO?

BHarian - credit Paeid.
- Diambil dari BERNAMA.

HMetro
- Terdapat temuramah dengan ayah Ammar, serta beberapa petikan dari BERNAMA.

TV3:

- No komen. Gabungan beberapa sumber di atas. Mujur mereka tidak mengambil video saya.

Harian Metro 13 Jun 2009 - credit Umar.
- Setakat ini hanya keratan akhbar ini mempunyai nama Gen6.

BHarian
- Wah, Gen6 diterjemah kepada Generasi Keenam.

Kesemua berita diatas menggunakan kisah rasmi dari PERUBATANonline. Sungguh membanggakan. Sedikit menceriakan. Walaupun kisah tersebut 25% tidak begitu tepat.
Kenderaan yang dinaiki mereka diceritakan terbabas sewaktu memotong sebuah lori akibat hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik. 3 mangsa yang berada di bahagian belakang cedera parah.

(Sepatutnya bukan memotong kerana itu jalan 2 lane. Mereka beriringan dengan sebuah lori. Samada lori melintasi mereka, atau mereka melintasi lori, saya tidak pasti. Maklumlah, lori 24 tayar bukan calang-calang lori. Lori treler yang besar. Mereka yang biasa memandu pasti tahu mudahnya hilang kawalan. Tapi, 'memotong' masih tidak menjejaskan maksud asal, kan?)

Ammar, kamu kembali dimuliakan sahabat-sahabat, dan juga dimuliakan seluruh Malaysia.

Ada lagi? Kongsi-kongsikan.

p/s: Saya bercadang cuba mengambil shot di wad ICU tentang 2 lagi rakan kita, tapi belum tahu boleh atau tidak. =)

Continue Reading

11 June 2009

Night of Tragedy [Update 0600 12.06.2009]

Tiada siapa menyangka malam itu malam tragedi.

jam 2100.
Saya masih lagi bergelak ketawa bersama Sunny. Baru sahaja membuka buku Anatomy, Zalee muncul seraya bertanya, "Weh korang dapat tak mesej Yus, bebudak yang pergi ke Ain Sokhna accident?"

Muka kami berubah. Sunny bergegas cuba menghubungi Aman. Saya pula memeriksa status di Yahoo Messenger. Beberapa teman telah meletak "doakan mereka."

Status Najib MARA, "otai kol aku, dia selamat tapi 3 masih tidak sedarkan diri. diorang sedang tunggu ambulan."

Siapa hairan kalau diberitakan kemalangan? Otai pernah kemalangan. AbgKadir pernah kemalangan. Ini umpama rutin harian. AbgEffy sendiri turut menyoal, "Ini betul-betul atau main-main?" Menunjukkan bahawa sangkaan kami hanyalah kemalangan biasa.

Sungguh, langsung tidak menyangka kemalangan mereka tragedi menyayat hati.

Sunny sudah naik ke rumah atas, rumah abgHamdan.
Sedikit kisah telah diketahui - mereka terbabas. Allah, selamatkan sahabat kami.

jam 2120.
Update dari otai - Ambulan tiba dan mereka dibawa ke Hospital Suez el-Am.

Suasana kelam kabut. Saya masih mundar-mandir, tidak tahu apa perlu dibuat. Hanya menanti update seterusnya.

jam 2200.
Sunny, abgMdan, abgHaikal dan abgWafi telah bertolak ke hospital. ziFaH pula entah ke mana, fikiran saya tidak ambil kisah. Terlalu bercelaru. Tidak tahu apa perlu dibuat. Tiba-tiba mass mesej dari krulez mengejutkan. Ya, saya masih belum terasa apa-apa waktu itu. Cuma terkejut. Kelu. zifaH yang baru pulang bertanyakan Update terkini.

Saat saya membuka suara "Ammar telah pergi," hati terasa sebak. Air mata ingin mengalir. Namun digagahkan kembali. Ditambah pula dengan pesanan beberapa rakan bahawa berita tersebut belum diconfirmkan. Air mata dikesat kembali.

jam 2230.
Berita Ammar disahkan.
Cause Of Death: Base skull fracture. Saya menangis kembali. Terasa seolah semalam baru berjumpa Ammar.
Rakan-rakan yang lain sedang diuruskan pemindahan ke Hospital Kasr El Ainy kerana Hospital Suez el-Am tersebut dhaif dan tidak mempunyai kemudahan yang cukup.

jam 0200.
Eckm dan Aman tiba di Hospital Kasr El Ainy. zifaH keluar ke hospital. Beberapa senior yang lain turut di sana. Otai yang mengalami kecederaan ringan di lengan kanan dan kepala turut di sana.

Dan saya? Di rumah mengemas rumah, hajatnya ingin diadakan bacaan Yasin buat mereka berdua yang masih kritikal pagi nanti.

jam0400.
zifaH pulang dengan berita. Aman telah sedar tapi masih meracau. Bahu kanan patah bersama punggung kiri. Eckm belum sedarkan diri, tapi sentiasa menunjukkan pergerakan contract-relax berulang-ulang. Betapa lemah jika tiada buku, tiada istilah untuk dilabelkan pergerakan itu. Gambaran kami semua, otak Eckm mempunyai masalah.

jam0830.
Sunny tiba di rumah dengan update terkini. Bacaan yasin berjalan lancar. Jenazah Ammar tiba di Hospital Zahra Abbasiah. Damak sendiri menemani arwah. Saif masih di Suez. Ditahan untuk soalsiasat kerana dikhabarkan hanya beliau yang sedar dari awal tragedi hingga akhir.

And 75% story's here.

The untold story (from abgBobby):
- Acetabulum kiri Aman patah menyebabkan berlaku simptom seperti ingin kencing tapi keluarnya sedikit. Ini disebabkan ureter telah ditekan oleh darah. Setelah masuk ke bilik pembedahan, kira-kira pada jam 1000, beliau kehilangan darah yang banyak menyebabkan hypovolumic shock dan terpaksa diresuscitate semula.
- Lengan kanan Aman patah zigzag atau seperti tebu (multiple fracture).
- Pergerakan Akram menunjukkan tanda-tanda seizure, salah satu simptom terdapat brain laceration (Diagnosis terbaru menunjukkan brain edema sahaja). Sewaktu ingin dijalankan pembedahan itu juga berlaku seizure yang lebih kuat, dan neurosurgeon berpendapat adanya lebih banyak brain laceration yang tersembunyi dari CT Scan yang asal.
- Keduanya dimasukkan kembali ke wad ICU untuk distabilkan dan diagnos lebih lanjut.
- Sistem Mesir sangat menjengkelkan. Sewaktu tiba di Kaherah, CT Scan mereka berdua tertinggal di Suez. Terpaksa dibuat CT Scan kembali. Kasr El Ainy telah ditutup bahagian tersebut. Mereka dipindah ke hospital swasta, mesinnya ada tapi radiologist tiada. Menunggu lagi, sehingga jam 0400, sehingga jam 0830. Ketentuan Allah. Kita terima dengan redha.

Akram akan menjalani pembedahan kerana mengalami laceration of the brain MALAM INI (Akram tidak perlukan operation), manakala Aman akan menjalani pembedahan pada ESOK hari. Jenazah Ammar akan dihantar pulang ke Malaysia pada hari Sabtu dengan EgyptAir kerana keengganan SIA menempatkan jenazah di ruang kargo lantaran tidak cukup ruang. Jenazah akan dikebumikan pada hari Ahad.

Semoga ketiganya berjalan lancar. Doa dan harapan buat mereka. Keadaan mereka berdua sangat pantas berubah sehinggakan terdapat banyak versi cerita. Doakan perjuangan mereka mencapai kemenangan.

Terdapat beebrapa cerita tidak enak terbit seperti kenapa mereka bersukaria di Ain Sokhna pada waktu peperiksaan. Ini adalah tidak benar. Mereka merupakan AJK Rehlah Gen6 28 Jun nanti, dan ke sana untuk meninjau tempat. Dan ini juga menyebabkan kesedihan tambah dirasai, kerana Rehlah ini idea Ammar, demi ukhuwah sesama Gen6. Ya Allah, moga kita tidak siakan pengorbanan beliau. Mari mantapkan ukhuwah kita, selamanya, hingga mati. Berjaga-jagalah, mereka yang berani menimbulkan fitnah dan spekulasi serta menghina sahabat saya, akan saya musnahkan dengan tangan dosa ini sendiri.

Situasi yang sama ketika 2005 dahulu. Masih lagi berlima menjadi mangsa. Masih lagi anak buah saya yang pergi bertemu Tuhannya. Hanya sipi sahaja diri ini. Allah, betapa dekat kematian dengan diri ini.

Tragedi ini juga menunjukkan betapa lemah ukhuwah saya dan rakan serumah. Langsung tidak tahu nombor telefon ibubapa di Malaysia. Bersusah payah mencari dan menyelongkar barangan Aman, akhirnya Izamil menjadi penyelamat. Selepas ini, tampal nombor untuk dihubungi ketika kecemasan di pintu locker masing-masing.

Kali ini juga pengalaman pertama, betapa tidak tersusun sistem penyampaian maklumat. Maklumlah, semuanya panik ditambah ingin menyampaikan kepada orang lain. Hinggakan saya menerima mesej forward dari Malaysia "5 orang pelajar Malaysia cedera parah dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kaherah, Mesir." Sepatutnya sebarang berita buruk disampaikan kepada pihak berautoriti terlebih dahulu untuk disahkan.

Kehilangan Ammar cukup terkesan bagi saya, bukan ahli keluarga, bukan ahl beyt. Saya tak boleh menyebut nama Ammar, atau melihat SLR, pasti menitis air mata. Bayangkan perasaan mereka yang menjadi ahl beyt beliau, atau ahli keluarga beliau, atau rakan karib beliau sejak kecil, pasti lebih galau. Sama-sama kita kuatkan diri dan hati. Sesungguhnya tangisan hari ini, bayaran kepada ketawa semalam. Duka semalam, adalah harga riang hari esok. Semoga titis air mata hari ini, akan lebih menguatkan semangat kita hari-hari seterusnya.

10062009. Pasti tetap tersemat di hati. Perginya seorang ketua (batch gen6), anak buah saya PERUBATANonline(Jabatan Galeri), kameraman dan seorang sahabat. Tiada lagi senyuman ikhlas beliau, tiada lagi kusyari atau makrunah, tiada lagi tazkirah beliau, tiada lagi kedengaran ayat "melihat dari jendela akhirat."

Semoga tenang menggapai cita-citamu wahai Ammar, kembali ke sisi Tuhan Semesta Alam.

Al-Fatihah~

As usual, pix is NOT my specialty, so here's a video. Nothing's special. Just like other blog, except that it is a video:

:Versi Penuh:
__^*HIJJAZ - KAU SAHABAT KAU TEMAN*^__
4Shared


Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat... melihat dunia dari jendela akhirat.
[Ammar Zul, kalam_puncak]


[Update 0600 12.06.2009]
Husaini:
Alhamdulillah, semalam sempat bersama sec terus dengan doktor yang menyelia eckm.
beliau telah melaksanakan ct scan di bhgn kepala dan spinal cord dan beberapa lagi ujian di bhgn lower limb.
setakat ini, didapati ada brain edema di bhgn left frontal lobe yang mengakibatkan seizure (normal sign untuk brain edema) di peringkat awal. perginya seizure tersebut mrupkan tanda positif terhadap berkurangnya edema tersebut dan doktor akan memberi pengawasan rapi untuk next 48 hours dan dijangka eckm akan get concious level within thios range of time.

spinal cord semuanya intact dan result untuk bhgn lower limb setakat petang smlm masih dlm siasatan.
ditanaya tentang coimplication lain yg dihadapai, doktor mengesahkan tiada berlaku sebarang pendarahan dalaman mahupun di otak. seorang doktor pakar bedah juga telah dipanggil untuk turut sama check eckm juga berpendapat tidak perlu dilakukan sebrang operation untuk masa ini. jadi, konklusi yang disebut doktor adlah positif dan ImsyaAllah akan kembali sihat seperti normal.

untuk masa ini, eckm diberikan diuretic mannitol untuk menghurangkan edema yang dihadapinya bersama satu lg terapi yg saya x ingat namanya. satu lg jenis theraphy yg sepatutnya diberikan bersama belum lgi dilakukan iaitu hyperventilation memandangkan ia tidak perlu.

Parents Eckm dijangka tiba pagi ini. Keduanya masih di ICU, waktu melawat kalau tak silap 11-1pm, 6-7pm.

BHarian pun dah keluarkan berita. Sedikit ceria kerana BHarian ambil dari BKPPM, BKPPM ambil dari PERUBATANonline. Huhu. Koleksi berita-berita di sini.

Continue Reading

10 June 2009

Merentas Neraka, Untuk ke Syurga

Kisah ini hanya rekaan untuk hiburan, sambungan entry sebelum ini: Kekejian Demi Kebaikan.

Maka tersebutlah satu kisah di sebuah pulau bernama Pulau Malizia. Berpegang teguh dengan agama turun temurun, agama Intelek. Letaknya di tengah lautan, pantai memutih bersih. Malah cukup kaya dengan hasil galian dan tanaman. Dihubungkan pula pulau tersebut dengan Semenanjung Kuasa oleh Jambatan Raja-raja.

Jambatan Raja-raja merupakan penghubung utama Pulau Malizia dan Semenanjung Kuasa. Uniknya, Jambatan Raja-raja umpama sebuah laluan berdindingkan kota. Lengkap dengan pengawal dan segala macam polis.

Ingin dijadikan cerita, lantaran banyaknya sumber bumi dan mineral galian, datanglah segerombolan manusia berkulit putih, berjambang perang, dan berbangsa Omputih menyerang Pulau Malizia.

Diruntuhkan Jambatan Raja-raja. Bertempiaran lari manusia Jambatan Raja-raja ke Pulau Malizia. Yang hanyut ke Semenanjung Kuasa ditawan bangsa Omputih. Seberang sudah dikuasai, giliran pulau pula ditakluki.



Armada Omputih dikuasai Alphonse de Fullmetalkaki siap siaga merancang segala. Diserang rakyat Pulau Malizia. Tanpa sokongan dari Semenanjung Kuasa, Pulau Malizia jatuh lemah. Akhirnya tewas dirampas bangsa Omputih.

Habis mineral galian dan tanaman dirampas diangkut ke atas kapal besar bernama Jah Jahan. Diulang-alik dari Pulau ke Semenanjung Kuasa. Alphonse de Fullmetalkaki hanya ketawa melihat kejayaan merampas Pulau Malizia.

Lama kelamaan bekalan makanan semakin habis. Galian dan mineral habis dikaut. Pulau Malizia jatuh miskin. Kebuluran berleluasa. Pemberontakan di mana-mana. Rakyat Pulau malizia berpecah dua. Yang belot, pergi mengangkut galian untuk bangsa Omputih. Yang masih setia, bersabar memakan ubi batotis.

Lautnya indah tapi dikelilingi Jerung Putih dan Harimau Laut. Tiadalah mampu rakyat Pulau Malizia ke Semenanjung Kuasa mendapatkan sumber makanan dari seberang dengan bot atau berenang, semuanya bakal mati lemas atau dimakan pemangsa.

Akhirnya armada Omputih pulang bersama galian di dalam kapal besar Jah Jahan. Lantaran kesian kerana kebuluran, Alphonse bertindak kononnya baik. Beliau bina jambatan baru. Jambatan Sikramode.

Uniknya masih sama, dindingnya umpama kota. Cumanya kota itu diduduki penzina seksi. Rangka dari tulang anjing. Bertarkan daging babi. Pelacur murahan berkeliaran sana-sini. Lampu dari botol arak, signboard berlabelkan judi.

Diserahkan Jambatan Sikramode pada rakyat yang berjasa mengangkut mineral. Bergembiralah golongan pembelot Pulau Malizia. Dikawal ketat satu-satunya laluan Semenanjung Kuasa dan Pulau Malizia. Tapi kecewa kerana makanan asasi nasi sahaja dibenarkan masuk. Vitamin Akhlak disekat. Yang berbaki di sisi rakyat Pulau Malizia hanya Vitamin Budaya dan Vitamin Kahwin. Vitamin Cinta diimport tapi telah berubah komposisi kimia, Vitamin Couple. Rakyat semakin kebuluran, sesak keracunan kevitaminan.

Maka bangkit seorang pemuda dari golongan agama. "Kami golongan Pejuang Intelek Malizia akan pergi meredah Jambatan Sikramode ke Semenanjung Kuasa," laung mereka. Sebilangan alim-alim yang lain menggeleng kepala.

"Tuhan! Apakah itu kamu yang berkata-kata? Kamu dari Pejuang Intelek Malizia? Pemimpin tinggi lagi ilmuwan Pejuang Intelek Malizia? Kamu tahukan Jambatan Sikramode penuh maksiat! Menyentuhnya sahaja sudah haram! Udaranya tercemar najis babi dan anjing, suasananya penuh pelacuran!" laung satu suara dari belakang. Alim-alim yang tadi menggeleng-geleng kini mengangguk-angguk.

"Maka adakah kamu ingin terus hidup begini? Jika kita ke Semenanjung Kuasa, kita boleh mendapatkan bantuan," hujah pemuda pertama.

"Tuhan, Tuhan! Ingat Tuhan ya Akhi! Memijak jambatan itu sahaja umpama menjejak neraka! Apa Akhi tidak takut ke neraka?"

"Kami tidak sanggup melihat rakyat Pulau Malizia terus begini. Kita kekurangan Vitamin A! Malah muda-mudi diracun Vitamin C palsu. Sampai bila kita harus begini?"

"Bagaimana kalau Akhi kecundang di tengah jalan? Jambatan itu penuh dengan godaan nafsu yang mampu menggoncang iman kamu semua, wahai golongan Pejuang Intelek Malizia!" Lelaki di belakang masih cuba melarang.

Lelaki pertama terdiam. Tangannya digenggam, gigi digertap. Rasa pedih dengan kebenaran dan hakikat.

"Kita mesti hancurkan Jambatan Sikramode! Kita bina kembali Jambatan Raja-raja... Tidak, kita bina jambatan yang lebih agung, Jambatan Syawamurah sebagaimana zaman kegemilangan agama kita dahulu!" Lantang lelaki di belakang berkata-kata. Seperti yang dijangka dari seorang pemimpin Pejuang Pembebasan.

"Kamu benar, tapi bagaimana kita ingin membina Jambatan Syawamurah mulia itu? Semua bahannya berada di seberang, kita tidak punyai apa-apa di sini." Balas Pejuang Intelek Malizia.

"Kita wajiblah mengikut cara Pengasas agama Intelek kita, meminta izin ke Semenanjung Kuasa daripada pengawal Jambatan Sikramode. Aku yakin, jika kita ikhlas kerana Tuhan, maka Tuhan pasti membantu. Tapi bukan sekali-kali melalui Jambatan Sikramode yang bernoda itu."

"Adakah pengawal Jambatan Sikramode akan membantu kamu? Jika kamu tidak ingin melalui Jambatan Sikramode, maka bagaimana kamu ingin ke Semenanjung Kuasa?"

"Kita minta mereka sediakan kapal untuk kita berangkat, kita minta mereka sediakan kapal terbang untuk menyeberang."

Pemimpin Pejuang Intelek Malizia menggeleng-geleng. Keluhan kasar terkeluar. Mana mungkin Pembelot Bangsa akan menyediakan semua itu!

Perbincangan belum berpenghujung, mesyuarat golongan agama sudah berlangsung lebih 12 jam. Akhirnya pemimpin golongan Pejuang Intelek Malizia bangkit.

"Kami akan meredah Jambatan Sikramode. Kami akan tiba di Semenanjung Kuasa. Dan kami akan kembali dengan bantuan Semenanjung Kuasa. Kami akan robohkan Jambatan Sikramode dan bina Jambatan Syawamurah. Kami akan kembalikan hak asasi rakyat Pulau Malizia. Kami tidak akan biarkan anak-anak kami terus kekurangan vitamin sebegini." Golongan Pejuang Pembebasan Intelek menggeleng-geleng.

"Kamu sungguh tidak faham bahasa Malizia! Jambatan itu penuh noda. Pelacur seksi menampakkan lurah dan duit judi menggunung bakal menyesatkan kamu semua!"

"Jika ada di kalangan kami yang terpesong, terpikat masuk ke dinding kota yang dipenuhi maksiat pelacuran dan judi, maka kami akan tinggalkan mereka. Selagi masih ada seorang di antara kami bermatlamatkan Tuhan Agung, maka kami akan berjaya tiba di Semenanjung Kuasa. Kami akan berjaya menyelamatkan rakyat Pulau Malizia!" Tegas Pemimpin Pejuang Intelek Malizia bersuara.

"Matlamat tidak menghalalkan cara! Kamu telah sesat! Kamu akan ke neraka!" Laungan itu bergema di dewan mesyuarat.

"Biarkan kami sesat, kami takkan biarkan anak-anak kami sesat. Biar kami jatuh ke neraka, Kami takkan biarkan anak-anak kami menjejak neraka. Biar kami mati meredah jambatan, kami takkan biarkan anak-anak kami mati kurang vitamin. Ini janji Pejuang Intelek Malizia!" Ujar Pemimpin tersebut sambil berlalu keluar. Pejuang Pembebasan Intelek terpinga-pinga, terdiam kelu.

Pengikut-pengikut Pejuang Intelek Malizia membontoti Pemimpin mereka, menuju ke Jambatan Sikramode, memulakan pengembaraan merentas Neraka, untuk cuba ke Syurga.



Disclaimer: Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan mereka yang telah hidup, atau belum mati. Nama watak, tempat, agama, jambatan, golongan dan haiwan adalah imaginasi penulis, sebarang persamaan adalah kebetulan samada disengajakan atau tidak sengaja.

Continue Reading

08 June 2009

Kekejian Demi Kebaikan?

Alang-alang terlintas di fikiran, lebih baik diterjemahkan kepada penulisan.

"Filem Kita Budaya Kita"

Sekilas pandang mungkin tak ramai yang bersetuju.
Tapi bukankah filem itu refleksi kehidupan?

Apa itu filem?
Satu cerita.

Cerita dari mana?
Olahan idea dan bunga bahasa seorang penulis.

Idea dari mana?
Situasi semasa, digarap dalam latar berbeza.

Maka bukankah filem itu refleksi kehidupan?
Refleksi situasi semasa.
Refleksi kesilapan sosial.
Refleksi budaya bangsa.

Jika filemnya rempit, ideanya pun dari gejala rempit.
Jika filemnya bohsia, maka ideanya dari keruntuhan akhlak.
Jika filemnya ayat-ayat cinta, maka ideanya dari sekeping buku bercop ayat-ayat cinta.

Sekarang adalah peralihan musim.
Kalau dulu masyarakat masih gempar dengan masalah sosial.
Maka berbondong-bondong filem bertemakan keruntuhan peribadi remaja.

Sekarang masyarakat sudah berubah pemikiran.
Tema dan isu telah berubah.
Sekarang manusia ingin bertaubat.
Sudah serik dengan maksiat, kononnya.
Maka diimport filem dan drama dari Indonesia.

Rasa tenang melihat gadis bertudung, padahal ceritanya biasa saja.
Rasa gembira melihat lelaki belajar agama, padahal temanya tetap cinta.

Kalau dulu import mengimport, sekarang berubah lagi.
Kami sendiri ingin mencuba.
Kami sendiri ingin berdrama.

Itupun masih lagi dicaci dimaki.
Kanak-kanak sekalian, usah berharap kesempurnaan dalam dunia hiburan.
Tiada perempuan thiqah akan menjadi heroin sebuah drama.
Kethiqahan itu hilang bilamana mereka bergelar artis.
Lihat saja berapa ramai ikon agama hanyut akhirnya.
Inilah dunia, hiburan adalah maksiat, tidak kira apa bentuknya.

Biarkan mereka mencari kesempurnaan dalam berdrama.
Biarkan 'kakak' dan 'abang' bersalam cium tangan.
Biarkan gadis di rumah tidak bertudung, keluar rumah memakai jilbab.
Biarkan perempuan seksi dalam cerita Islam.
Itu semua pencarian kesempurnaan dalam berdrama.
Kesempurnaan lakonan yang menghampiri realiti dan logik.

Mereka adalah pelakon.
Pelakon yang mencari kesempurnaan.
Kita juga adalah pelakon.
Pelakon yang tak pernah mencari kesempurnaan.

Cumanya mereka dan kita pentas yang berbeza, penonton yang berlainan.

Ibaratnya kita mengutuk pelakon filem tidak menghormati ibubapa, sama seperti kita mengutuk diri sendiri kurang ajar dengan ibu ayah.

Biarkan bukan bermaksud menghalalkan, tapi jangan mengomplen. Jangan kerana peribadi artis, kita gagal melihat refleksi diri dalam filem. Usah dipedulikan siapa pelakon, bagaimana berlakon, dan kenapa berlakon. Kalau adegan kissing filem Inggeris boleh diabaikan, maka kenapa gagal mengabaikan adegan hugging filem Melayu?

Filem adalah cerita, dan sebagaimana cerita yang lain, kita mesti mengambil input berguna.

Dan pemikiran ini membawa kepada persoalan tambahan:
Adakah maksiat dalam kisah bertema Islam, menyebabkan penghayatan gagal diraih penonton?

Haha~
Sebagaimana organisasi Islam yang dimonopoli golongan keji tidak mungkin memberi penghayatan kepada masyarakat. Maka baiklah dibuang.

=)

Continue Reading

07 June 2009

Light of Love

After having headache and back pain for three days during reading Anatomy books, and auto-diagnosed myself as having prostate cancer - the symptoms due to cancer cells invaded my vertebral venous plexus and went up to my brain's dural venous sinuses - I managed to combine all the video parts downloaded from TV3 Portal to become a single file, WITHOUT the commercials. Now we can watch a full length episode without that long-stupid-boring commercials, hahahaha~ It's worth experimenting for 12 hours.


All credits goes to my lovely Avidemux, made the cutting and joining as easy as Cut-and-Paste, and this latest drama from TV3; Light of Love (Nur Kasih - I know, it sounds lame in English, haha). And my senior, who wrote about this drama in his blog; Azkaed. Directed by Kabir Bhatia (Kekasihku Seru, Sepi, Cinta) and written by Mira Mustaffa (Cinta), the story catched my attention. Plus, I'm one of the hero!



Casts:
Fizz Fairuz as Aidil
Remy Ishaq As Adam
Tiz Zaqyah Razak as Nur Amina
Sharifah Sofea as Katrina
Jalaluddin Hassan as Ustaz Hassan
Liza Othman as Hajah Khadijah
Umi Nazeera as Siti Sarah
Sheila Mambo as Mak Ani
Rahim Omar as Imam Abu Bakar
Ayu Raudhah as Aliya

(OMG, I dont know any of these casts except Sharifah Sofea. Am I being too long overseas?)

Synopsis:
Story about two brothers; Aidil the good boy and HafizAdam the bad boy. Aidil went to Cairo, Egypt and Adam went to Sydney, Australia to further their study. Their father, Ustaz Hassan fell sick and will be dead in two months, so they came home to be with him, for the last time.

Before he died, the father wants to see his sons get married so he asked Aidil, if he has anyone in his mind. Aidil told his father about Nur Amina, and the father made a cruel decision when he proposed Nur Amina for Adam (As expected. He wants the good wife to change Adam's bad behaviour since he failed to do so before).

Adam has a girlfriend in Australia; Katrina, and Nur Amina wants to further her study, so both of them didnt want to get married. But Hajah Khadijah advised Adam to respect father's last wish, and since Nur Amina is a cute good girl who obeys her parents, they finally got married.

Then Adam went back to Australia, leaving Nur Amina (He's so stupid, I rather choose Nur Amina than that old-looking Katrina. She's a cute hottie =P). What will happen to them? Dont forget to watch this at TV3 every Friday, 9pm.


Overseas student? Dont be stupid and ask that question.
Watch them online here:
- YouTube
- TV3 Portal (Need registration)
- DailyMotion (Only available for a week, then will be removed)
- EagleBlog (Available after couple of days, but will not be removed)

Or download my version (LQ):
Episode 01 [2009.05.29] 66.25MB (MediaFire | Mirror)
Episode 02 [2009.06.05] 72.31MB (MediaFire | Mirror)
Episode 03 [2009.06.12] 65.66MB (MediaFire | Mirror)
Episode 04 [2009.06.19] 63.52MB (MediaFire | Mirror)
Episode 05 [2009.06.26] 65.80MB (MediaFire | Mirror)
Episode 06 [2009.07.03] 79.95MB (MediaFire | Mirror)
Episode 07 [2009.07.10] 61.46MB (MediaFire | Mirror)
Episode 08 [2009.07.17] 87.91MB (MediaFire | Mirror)
Episode 09 [2009.07.24] 76.81MB (MediaFire | Mirror)
Episode 10 [2009.07.31] 89.37MB (MediaFire | Mirror)
Episode 11 [2009.08.07] 89.94MB (MediaFire | Mirror)
Episode 12 [2009.08.14] 85.21MB (MediaFire | Mirror)
Episode 13 [2009.08.21] 94.40MB (MediaFire | Mirror)
Episode 14 [2009.08.28] 81.87MB (MediaFire | Mirror )
Episode 15 [2009.09.04] 83.18MB (MediaFire | Rapidshare | Mirror)
Episode 16 [2009.09.11] 86.52MB (MediaFire | Rapidshare | Mirror)
Episode 17 [2009.09.18] 85.71MB (MediaFire | Rapidshare)
Episode 18 [2009.10.02] 91.75MB (MediaFire | Rapidshare)
Episode 19 [2009.10.09]
Episode 20 [2009.10.16]
Episode 21 [2009.10.23] 97.27MB (RapidShare)
Episode 22 [2009.10.30] 76.68MB (RapidShare)

Find HQ here: Future-IR (Join using HJSplit)

Galeri Gambar @ TV3
Download: 1.89MB (MediaFire)

Soundtrack: Nur Kasih - Yassin
Download: 2.95MB (4Shared)


Forums:
iLuvIslam - Review Nur kasih
Syok - Nur Kasih TV Series
Cari - Drama Terbaru Nur Kasih

I want to reencode them to XviD but the size will get triple and there're loss of quality (The original one is about 250kbps average, the same as downloaded from YouTube. Reencode using the same bitrate made it worse, higher bitrate's still blurry) so I kept them in the original codec for flash (VP6F), small size and faster to encode. Just sit back, watch happily and shut up. Find high quality videos at Jiwang or whatever site you know supplying Malay dramas.

The story seems typical but the director Kabir Bhatia, GAPENA, and cute Nur Amina made me watched this. At least the theme is NOT the same boring rempit, bohsia, bohjan, gay, power-struggling, or rich good-looking guy, like other Malay dramas. Better, there're no such stupid so-called-modern-names like Zoela or Ezora or Benny. Back to the nice good-old-days-village-named Nur Amina and Siti Sarah.

And I love the theme song: Nur Kasih by Yasin and Eena Houzyana.

Watched two episodes, quite good although it's a bit slow-paced. The synopsis and trailer in the website itself covers up to three episodes (I assume). Hope it'll get better soon. Besides the love story, you'll see how Aidil cope with the situation in Malaysia, the technique of dakwah. I hope this drama will not be influenced by that stupid Yasmin Ahmad, bringing wrong concept of Islam, and making controversial issues. I'll believe in the writer about this.

Overall? Need to watch more but in the meantime, [7/10]

My headache's still there, and my back pain worsen each days, I need to do some Prostatic Specific Antigen (PSA) Test to confirm my auto-diagnose, tee hee~

Wants to accompany me?

Quote for the day, suitable to be an excuse if your girlfriends wants you to buy something for her:
"Isteri orang ada intan berlian, isteri abang?"
"Isteri abang, ada abang..."
[Ustaz Hassan and Hajah Khadijah, Nur Kasih]


======
UPDATE
======

[2009.06.24]
Some friends asked me for the pix from the Galeri Gambar at TV3, so I've compiled them in a single file. There're some pix at Nur-Adam's Wedding and Behind-the-Scene which're not in the videos, and they're sooo beautifully taken. Take a look yourself.

[2009.06.25]
Added links to forums discussing this story.

[2009.07.17]
From Episode 08 onwards, I'll encode using x264 (H264 High Profile/mp3 64kbps/MKV) because there's some issue, and I think this is appropriate as I'll make some changes with the setting throughout the episodes. =)

[2009.08.07]
Added karaoke for Episode 11 onwards. Cool huh?

[2009.08.14]
Guess what? I've get rid of that annoying letterbox. FullScreen will get bigger (but sorry, the quality still bad) =P

Continue Reading
 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template