08 June 2009

Kekejian Demi Kebaikan?

Alang-alang terlintas di fikiran, lebih baik diterjemahkan kepada penulisan.

"Filem Kita Budaya Kita"

Sekilas pandang mungkin tak ramai yang bersetuju.
Tapi bukankah filem itu refleksi kehidupan?

Apa itu filem?
Satu cerita.

Cerita dari mana?
Olahan idea dan bunga bahasa seorang penulis.

Idea dari mana?
Situasi semasa, digarap dalam latar berbeza.

Maka bukankah filem itu refleksi kehidupan?
Refleksi situasi semasa.
Refleksi kesilapan sosial.
Refleksi budaya bangsa.

Jika filemnya rempit, ideanya pun dari gejala rempit.
Jika filemnya bohsia, maka ideanya dari keruntuhan akhlak.
Jika filemnya ayat-ayat cinta, maka ideanya dari sekeping buku bercop ayat-ayat cinta.

Sekarang adalah peralihan musim.
Kalau dulu masyarakat masih gempar dengan masalah sosial.
Maka berbondong-bondong filem bertemakan keruntuhan peribadi remaja.

Sekarang masyarakat sudah berubah pemikiran.
Tema dan isu telah berubah.
Sekarang manusia ingin bertaubat.
Sudah serik dengan maksiat, kononnya.
Maka diimport filem dan drama dari Indonesia.

Rasa tenang melihat gadis bertudung, padahal ceritanya biasa saja.
Rasa gembira melihat lelaki belajar agama, padahal temanya tetap cinta.

Kalau dulu import mengimport, sekarang berubah lagi.
Kami sendiri ingin mencuba.
Kami sendiri ingin berdrama.

Itupun masih lagi dicaci dimaki.
Kanak-kanak sekalian, usah berharap kesempurnaan dalam dunia hiburan.
Tiada perempuan thiqah akan menjadi heroin sebuah drama.
Kethiqahan itu hilang bilamana mereka bergelar artis.
Lihat saja berapa ramai ikon agama hanyut akhirnya.
Inilah dunia, hiburan adalah maksiat, tidak kira apa bentuknya.

Biarkan mereka mencari kesempurnaan dalam berdrama.
Biarkan 'kakak' dan 'abang' bersalam cium tangan.
Biarkan gadis di rumah tidak bertudung, keluar rumah memakai jilbab.
Biarkan perempuan seksi dalam cerita Islam.
Itu semua pencarian kesempurnaan dalam berdrama.
Kesempurnaan lakonan yang menghampiri realiti dan logik.

Mereka adalah pelakon.
Pelakon yang mencari kesempurnaan.
Kita juga adalah pelakon.
Pelakon yang tak pernah mencari kesempurnaan.

Cumanya mereka dan kita pentas yang berbeza, penonton yang berlainan.

Ibaratnya kita mengutuk pelakon filem tidak menghormati ibubapa, sama seperti kita mengutuk diri sendiri kurang ajar dengan ibu ayah.

Biarkan bukan bermaksud menghalalkan, tapi jangan mengomplen. Jangan kerana peribadi artis, kita gagal melihat refleksi diri dalam filem. Usah dipedulikan siapa pelakon, bagaimana berlakon, dan kenapa berlakon. Kalau adegan kissing filem Inggeris boleh diabaikan, maka kenapa gagal mengabaikan adegan hugging filem Melayu?

Filem adalah cerita, dan sebagaimana cerita yang lain, kita mesti mengambil input berguna.

Dan pemikiran ini membawa kepada persoalan tambahan:
Adakah maksiat dalam kisah bertema Islam, menyebabkan penghayatan gagal diraih penonton?

Haha~
Sebagaimana organisasi Islam yang dimonopoli golongan keji tidak mungkin memberi penghayatan kepada masyarakat. Maka baiklah dibuang.

=)

10 penghinaan diterima:

en_me on June 8, 2009 at 3:32 AM said...

hmmm..

Jackster® on June 8, 2009 at 7:49 AM said...

adegan kissing org puteh tu mmg la bley abai, dah diorang bkn islam, yg hugging org melayu islam ni mmg patot kene campak kasut.

aku bkn saje2 nk komplen cite melayu @ xnk sokong, p.ramlee aku layan gak pe haha

kesempurnaan itu subjektif, x semesti perlu sama 100% dengan dunia sebenar, boikot Comolot haha

c's on June 8, 2009 at 9:55 AM said...

same goes to Faizal Tahir *kisah lama nih takkan dilupa!*.. tak aci kena ban, patutnya banyak lagi artis perempuan jaoh2... ag patut kena ban!

"Maka bukankah filem itu refleksi kehidupan?
Refleksi situasi semasa.
Refleksi kesilapan sosial.
Refleksi budaya bangsa."

sebelum ketuk n kutuk filem.. kita kena ketuk n kutuk kite2 [orang realiti] dulu la ye?

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
HafizAdam on June 8, 2009 at 3:00 PM said...

En_me:
hapekah?

Jackster:
Hape beza melihat maksiat orang kafir ngan orang Islam?
haha kesimpulannya tontonlah cite Korea! wakaka lawak dorang lucah woo..

entry nih boring2 aku terpikir je...
orang kate haq ngn batil xleh gabung tapi kalau filem kaku tak gerak sekadar cakap mulut, baik aku dengar radio yang bercerita tuh, huhu.

ataupun ko tolong cite...

Radin Rahmah:
aah, lebih kurang.
khpok pale Radin dulu sebelum kutuk filem Mansurah.
refleksi sosial masyarakat sana?
wakaka

Jackster® on June 8, 2009 at 3:41 PM said...

haha pekdahnye, aku ckp kissing org bkn islam tu bley abai (maknenye xya tgk la part kissing tu bkn aku suh tgk) aku nk komen ag tp tetibe mls, da tules pn td tp padam balek haha isu yg bosan hik2 wee~ aku da off dari topic ni, pape hal ym aku =D

[MH] on June 9, 2009 at 5:37 PM said...

artikel ini menarik!

HafizAdam on June 9, 2009 at 5:40 PM said...

nak lagi menarik dan memahami karutan ini, sila nantikan entry seterusnya.

Anonymous said...

nk komen part 1 dlu..

sbb tu better not to watch tv or else we'll be exposed to mksiat yg x bley dielak. even ade stgh org xmo tgk brita tv3 sbb penyampainyer x pkai tdung.
so what 2 say?

depends~ :)

qaleelan on June 23, 2009 at 12:48 AM said...

Menarik!

Ye.. hidup ni lakonan. Bila lakonan, nothing is perfect. DAlam usaha nak jadi perfect, perlu kritikan dan saran... Ada orang suka, ada orang tak suka. Lumrah lakonan...

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template