12 June 2009

Koleksi Berita Tragedi

Akhirnya beberapa berita telah disiarkan mengenai tragedi malang kami. Saya senaraikan mengikut ke-latest-an.

PERUBATANonline (PO)
- Paling latest. Berita dikeluarkan dalam masa 12 jam selepas kemalangan, hehe. Maka siapakah anak buah saya yang membantu menggerakkan Jabatan Berita, saya amat hargai. Mari memajukan lagi sistem penyebaran maklumat mediaPERUBATAN @ PERUBATANonline. Gunakan medium yang ada sebaiknya untuk sebaran yang lebih tepat dan berkesan.

Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM)
- Berita di sini diambil dari PERUBATANonline.

Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
- Sebahagian diambil dari BKPPPM, terutama cerita bagaimana kemalangan berlaku, dan kisah 2 rakan yang lain. Jika diambil dari BKPPPM, bukankah itu bermakna diambil dari PO?

BHarian - credit Paeid.
- Diambil dari BERNAMA.

HMetro
- Terdapat temuramah dengan ayah Ammar, serta beberapa petikan dari BERNAMA.

TV3:

- No komen. Gabungan beberapa sumber di atas. Mujur mereka tidak mengambil video saya.

Harian Metro 13 Jun 2009 - credit Umar.
- Setakat ini hanya keratan akhbar ini mempunyai nama Gen6.

BHarian
- Wah, Gen6 diterjemah kepada Generasi Keenam.

Kesemua berita diatas menggunakan kisah rasmi dari PERUBATANonline. Sungguh membanggakan. Sedikit menceriakan. Walaupun kisah tersebut 25% tidak begitu tepat.
Kenderaan yang dinaiki mereka diceritakan terbabas sewaktu memotong sebuah lori akibat hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik. 3 mangsa yang berada di bahagian belakang cedera parah.

(Sepatutnya bukan memotong kerana itu jalan 2 lane. Mereka beriringan dengan sebuah lori. Samada lori melintasi mereka, atau mereka melintasi lori, saya tidak pasti. Maklumlah, lori 24 tayar bukan calang-calang lori. Lori treler yang besar. Mereka yang biasa memandu pasti tahu mudahnya hilang kawalan. Tapi, 'memotong' masih tidak menjejaskan maksud asal, kan?)

Ammar, kamu kembali dimuliakan sahabat-sahabat, dan juga dimuliakan seluruh Malaysia.

Ada lagi? Kongsi-kongsikan.

p/s: Saya bercadang cuba mengambil shot di wad ICU tentang 2 lagi rakan kita, tapi belum tahu boleh atau tidak. =)

4 penghinaan diterima:

Haru on June 12, 2009 at 6:18 PM said...

tahniah jabatan berita BPP
dan semua warga PERUBATAN umumnya
semoga Allah merahmati kalian :)

Jackster® on June 12, 2009 at 10:56 PM said...

alhamdulillah PO berjaya menjalankan tugas dengan sebaiknya dalam menangani masalah banyaknya khilaf dalam maklumat

beberapa teguran untuk BPP umumnya:

i. sewajarnya lebih pantas dalam menyampaikan maklumat, 12 jam agak lama berbanding berita tidak rasmi yang tersebar kurang 1jam selepas waktu kemalangan.

ii. id perubatan.mesir wajar dimanfaatkan sepenuhnya, alhamdulillah kini amat memainkan peranan penting, namun mungkin lebih manis jika dapat sebarkan maklumat lebih awal (aku da volunteer seawal jam kedua untuk guna id perubatan untuk sebar maklumat tapi ditolak oleh BPP atas sebab2 yang mereka rasakan munasabah)

Bagaimanapun tahniah kepada semua, dan takziah, moga diambil iktibar sebaiknya

Wallahua'lam

Anonymous said...

salam....sahabat2 allayharham ammar tak de ke ambil gambar jenazah dia diuruskan di sana...kalau ada upload la..

Husna Sani on June 14, 2009 at 2:00 PM said...

menunggu berita/video dr wad ICU..

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template