13 June 2009

Kami Perlukan Kredit.

Tengah hari semalam, buat pertama kalinya saya melawat sahabat-sahabat di hospital setelah 2 hari kemalangan berlaku. Maaf, saya memang tidak berkesempatan atau lebih tepat lagi; sengaja tidak menyempatkan diri. Khamis saya tertidur petang itu setelah solat jenazah Ammar.


Tiada apa yang perlu diceritakankerana saya yakin ramai yang melawat semalam.

Sewaktu melangkah masuk ke wad ICU tersebut, paling awal saya nampak adalah Eckm. zAlee terlebih dahulu menuju ke arah Aman, maka saya cuma mengikut.

Hanya memegang tangan Aman dan bertanya khabar, tidak tahu apa perlu dibicarakan. zAlee seperti biasa, dengan celotehnya. Mengeluarkan Al-Quran untuk Aman, seperti yang dipinta beliau, dan menerangkan beberapa barang lain di dalam beg.

Saya beralih ke arah Eckm. Tangan kiri beliau menggeliat, atau dalam bahasa mediknya; melakukan pergerakan supine-prone secara berulang, dan tangan beliau seperti Acchocheur's Hand. Kaki beliau dalam kedudukan mengangkang sambil menendang kecil. Sungguh, saya tidak sanggup melihat beliau.

Saya pegang hujung tangan beliau, tiba-tiba beliau seolah-olah ingin menggenggam tangan saya. Saya sambut dan balas genggaman beliau, genggaman beliau sangat kuat. Seolah-olah tidak mahu melepaskan. Saya pasti ada yang menyangka bahawa ini adalah refleks biasa, seumpama seorang bayi yang menggenggam tangan ibunya lantaran pyramidal tract belum terbentuk. Tapi saya tetap tersentuh.

"Eckm, cepatlah sedar, aku tahu kau kuat Eckm. Kita ada banyak lagi projek video nih. Mak kau dah sampai. Bangun eyh, aku tunggu kau," saya berbisik di telinga beliau. Pergerakan beliau terhenti. Genggaman kuat tadi hilang. Seolah ingin memberitahu dia mendengar, dia tahu saya di situ, tahu kita bersama dia.

Saya usap kepala beliau sebelum pergi. Tidak lama bersama Aman kerana tidak tahu apa ingin dikata. Ingin bertanya keadaan, serba salah. Bayangkan 100 manusia beratur di luar bilik anda, kemudian masuk seorang-seorang melihat dan bertanya "Apa khabar?", "Sakit tak?", "Kat mana sakit?" Saya tak rasa anda akan bersabar. Saya yang sihat pun boleh bengang, inikan pula mereka yang tengah sakit. Cukuplah sekadar mereka terasa kita bersama dan menitipkan kata semangat.

Usah ditambah penderitaan mereka. Usah ditanya lagi kisah lama. Biarlah cerita asal dan sebenar terus berkubur dalam memori mereka. Tidak perlu dan tidak penting. Sudah cukuplah cerita-cerita angin untuk menggambarkan kejadian tersebut. Those who has gone has gone, and we need to move on.

=)

Sementara itu saya sempat melihat beberapa blog bercerita mengenai Ammar. Kebaikan beliau dan banyak lagi cerita. Dan ada juga yang menyelitkan video saya. Lagu dan Berita. Sedikit terkilan apabila ada antara blog, malah perutusan rasmi sekolah dan persatuan tidak menyertakan Credit atau Sumber video.

Saya tidak kisah jika anda tidak mengambil video tersebut dari blog saya sekalipun. Sekurangnya Matan bersambung. Kerana itu saya tidak marah sangat BERNAMA hanya menyebut nama BKPPPM, kerana BKPPPM meletak Kredit kepada PERUBATANonline.

Lebih menjengkelkan, ID YM rasmi Biro Penerangan dan Penerbitan memforward mesej, tapi tidak disertakan sumber. Sungguh membengangkan. Langsung tidak tahu siapa yang mengkhabarkan berita untuk dipastikan kesahihan, ataupun sekurang-kurangnya menguatkan kesahihan sebaran. Menjengkelkan. Akhirnya saya membebel kepada Bawab ID YM tersebut hingga Timb Exco jeles. Sori ekk Radin Rahmah. Jangan jeles, nanti saya belanja eskrem.

Saya bukannya gilakan nama. Bukannya nama saya pun. Tapi sekurang-kurangnya hargai jasa orang lain. Video berita itu bukan saya yang pergi melapor, tapi saya download dan upload balik untuk kemudahan korang. Video lagu itu pun saya yang render dan masukkan lagu walaupun tak best sangat, biasa je. Tapi kalau saya boleh bersusah payah render, edit, potong, upload, kenapa anda tidak boleh memberi sedikit Kredit untuk Sumber asal. Lagipun saya upload video tersebut untuk kegunaan saya, khasnya. Tiba-tiba anda suka suki letak seolah-olah milik sendiri. Ini adalah adab sopan dalam menggunakan hakmilik orang lain. Sedikit kecewa dengan gejala ini.

Hari menangis telah berlalu pergi. Moga hari seterusnya terus ceria.
=)

9 penghinaan diterima:

Anas Ghazali on June 13, 2009 at 5:43 AM said...

tersengih sorg2..
teringt perbualan kita kat bilik ko hari tuh..
heh..

Haru on June 13, 2009 at 10:13 AM said...

to each his own
:)

Muhammad Warouq bin Qamar on June 13, 2009 at 10:55 AM said...

naseb bek aku takde blog..takde la nak curik2 video ko,dinmat

harini aku merancang nak gi lawat diorang berdua n nak soh eckm sedar cpt2 sket..bole main bola same2 lg..tp aku cancelkan harini..even hak sahabat gi lawat diorang sakit,tp aku fikir biar la diorang rehat dulu. mesti diroang penat layan tetamu semalam..lagipon aku dah lawat mase diorang keluar ambulance time hari tragedi tu. ckup la sekadarnye.

harap2 diroang sembuh cpat.

hudhud on June 13, 2009 at 11:26 AM said...

salam ziarah..
prnah mengalami ape yg anda rase,mmg bngang gak mse tu..
sabarlah yerk..
pk je all copyright belongs to Allah,insyaAllah dpt ilangkn rse gram kt org yg buat suka suki tu..^_^

tq 4 ur update..klo lawat eckm ng aman lg,kem salam kt dyorg,ckp kt dyorg junior2 xsmapl kt msia ni sentiasa doakn dye supaya tabah..
doumo arigatou:)

bawab ID perubatan.mesir said...

uwaa! 'menjengkelkan'??huh

sedih2..kena marah dgn hafizadam smlm.sori2..
tk sengaja..mntk maaf ye..

maaf sgt2..trimas atas teguran.

denda smlm tu wajib dipatuhi ke??

c's on June 13, 2009 at 3:16 PM said...

hrm.. bkn dh biasa buat atas die initial ke?

yg gambar syed muhammad yg msk tv pn xde kredit..

pape pun, bek letak siap2..

bawwab, buat2 xphm je~ haih..

tp psl ape2 pun.. sowi, we'll make readjustment.. nak letak credits stp kali mass msg ssh gak [yg mle2-psl dh widespread dlu] melenkan die dtg dri satu source .. cam abg bobby said~ gini2..

n sorry gk psl brain laceration tuh, dh wat confirmation, tp rpenye bkn da latest.. tuh mntak spe yg ade latest updted one bgtau trs id tsbt@forward pd yg ade akses [on je tuh, cme kdg2 invi sbb status ym prob]

ppl aint perfect wid a small grup of ppl.. we need to top up of each other, exerting to the utmost performance.. tq pd snr2, shbt2, adik2 yg berkongsi cerita dsb .. jazakumullah

wallahua'lam

Jackster® on June 13, 2009 at 4:17 PM said...

pape hal pn ko make sure la parents aman taw ape2 berita pasal die asap tiap kali ade update, kalau ade problem dgn kedit topup blh mntak dgn aku

Anonymous said...

psal keluarga aman jangan risau, kami keluarga ganglion tibb sentias updatekan berita..

nasrullah abdulkadir

ummu miqdad said...

Salam ziarah.
Pilu rasanya hati apabila mengetahui keadaan aman dan eckm.Ammar yg dah pergi meninggalkan memori buat yg pernah bersamanya.Dan inyaallah ruhnya berbahagia didalam rahmat Allah.
Tapi aman dan eckm disaat2 ini amat memerlukan sokongan dari antum semua.Jgnlah putus2 mendoakan mereka berdua.Buat lah apa yang perlu.Kita amat2 mengharapkan pertolongan dari Allah disaat ini khususnya buat eckm.
Makcik sendiri pernah mengalami anak yang koma selama seminggu di icu.Dan amat memahami perasaan ibu dan ayah eckm.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Teruskan berbisik ditelinga eckm kerana dia amat memerlukan kalian, khususnya sahabat yg rapat dgnnya.
Moga Allah makbulkan doa2 kita unutk kesihatan aman dam eckm.
Amin ya Rabb...

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template