02 December 2009

Persatuan dan Kebersamaan

Sebenarnya saya sudah malas berbicara soal politik PERUBATAN. Nanti dikata gila persatuan, ataupun taasub PERUBATAN (walaupun sebenarnya saya memang gila persatuan dan taasub PERUBATAN). Tapi soalan ini kerap bermain dalam kepala. Maka tidak salah berkongsi, mungkin anda boleh meredakan kekusutan dalam kepala saya.

PERSATUAN

Pada sesi 2007/2008, PERUBATAN menukar namanya daripada Badan kebajikan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir kepada Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir dengan penambahan Biro Kebajikan, dan pengasingan bidang kuasa Biro Akademik dan Biro Penerangan Penerbitan serta Biro Perumahan juga beberapa perubahan lain. Cuma yang menjadi persoalan; Kenapa ditukar nama tersebut?

Mungkin perlu saya ingatkan bahawa menukar nama persatuan perlu melalui Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PERUBATAN. Bukan senang untuk mengusulkan sesuatu perkara dalam MAT. Sesuatu usul perlu diluluskan Lembaga Penasihat sebelum dibenarkan dibahas dalam MAT. Bukan semua usul akan diluluskan, terdapat kuota bilangan usul dalam MAT. Usul tidak diluluskan secara bodoh, ia perlu diundi oleh perwakilan.

Adakah menukar nama kepada Persatuan adalah satu isu yang remeh hingga sanggup dibawa ke MAT? Adakah ianya sesuatu yang kecil hingga senang-senang diluluskan Penasihat? Adakah ia tidak berguna sehingga terpaksa dibahaskan oleh perwakilan. Akhir sekali, kenapa pula perwakilan mengundi untuk meluluskan usul ini? Apakah sebenarnya matlamat yang dibawa pembawa usul, dan apakah pula yang bermain di fikiran perwakilan hingga mengundi untuk meluluskan usul ini?

Sedangkan kalau setakat kerana bilangan pelajar yang ramai, tidak perlu menukar nama. Badan kebajikan Anak Negeri lebih ramai ahli, tak tukar nama pun. Kalau setakat pertambahan Biro, juga tidak perlu menukar nama. Bahkan, nama Badan kebajikan adalah lebih gah. Tidak nampak seperti Persatuan Matematik di sekolah menengah. Kan?

Sebenarnya apa perubahan yang ingin dibawa melalui penukaran nama ini? Maaf, saya tidak berada dalam MAT tersebut untuk mendengar hujah-hujah usul ini diluluskan. Tapi saya percaya penukaran nama ini supaya PERUBATAN itu sendiri berubah. Perubahan portfolio Biro sendiri menuntut PERUBATAN supaya fokus dalam pelbagai aspek, bukan sekadar kebajikan.

Menapak ke persada antarabangsa mungkin? Menentang PMRAM dan JPMK mungkin? Meluaskan pengaruh ke Malaysia? Semua ini kita yang tentukan.


KEBERSAMAAN

Dua tahun yang lepas, PERUBATAN menggunakan slogan "Memperteguh Kesatuan, Mengerat Kebersamaan Menyemarak Kecemerlangan". Tahun lepas, Tahun ini "Mengungguli Kecemerlangan, Mengerat Kebersamaan".

Kenapa 'kebersamaan'? Kenapa bukan 'kesatuan'? Kenapa tidak ditukar kepada 'kepaduan'? Ataupun mungkin 'keramaian'?

Kamus Dewan edisi ketiga, 'kebersamaan' bererti 'perihal bersama-sama'. Saya yakin slogan kali ini lebih bersifat 'bersama-sama' dengan ahli.

'Bersama-sama' menjayakan program. 'Bersama-sama' mengejar kecemerlangan. 'Bersama-sama' memantapkan tarbiyah. 'Bersama-sama' menapak ke lapangan antarabangsa.

Tapi mungkinkah 'kebersamaan' itu dicapai jika hanya PERSATUAN yang ingin 'bersama' sedangkan ahli tidak ingin 'bersama'? Mungkinkah sesuatu perkahwinan dikekalkan sekiranya hanya suami yang ingin 'bersama', sedangkan isteri telah mula mencari lain?

Entah, saya tidak tahu. Hanya anda yang boleh menjawabnya.

PERUBATAN bukan persatuan Matematik di Universiti Kaherah. PERUBATAN adalah Kerajaan Budak Medik di bumi Mesir. Tapi tiada parti dalam PERUBATAN kerana PERUBATAN adalah satu contoh Kerajaan Perpaduan yang matlamatnya hanya satu: memperjuangkan nasib pelajar perubatan yang tertindas Bersama dengan pelajar perubatan di bumi Mesir. Tidak mungkin PERUBATAN hanya menjaga kebajikan ahli. Tidak mungkin juga PERUBATAN boleh menaikkan akademik ahli. Mustahil PERUBATAN boleh memperkasa ekonomi ahli. Tidak mungkin juga PERUBATAN mampu mentarbiyah ahli. Tapi PERUBATAN sentiasa boleh bersama ahli.



Memang menakjubkan apabila satu perkataan boleh membawa seribu pengertian, malah mungkin merubah matlamat dan cara. Apa erti PERSATUAN dan apa erti KEBERSAMAAN pada anda? Sama-sama kita fikirkan.

Jom mengundi untuk kepimpinan PERUBATAN Jumaat ini 4 Disember di ARMA. Mungkin merekalah pembawa aspirasi Harapan Baru untuk PERUBATAN. =)



6 penghinaan diterima:

Anonymous said...

patut la ahli masih tak ade semangat kebersamaan, tipa2 tahun asik2 kene kerat je.

"mengerat kebersamaan" juga membawa maksud "mengkerat"

Jgn dikerat PERUBATAN, kerat ISMA xpe.

Anonymous said...

Bullschlagha..benda yg x sepatutnya jadi isu dibesar2kan..takut dgn bayang2 sendiri..

HafizAdam on December 2, 2009 at 4:33 PM said...

Anon 1:
EH, btul gak. "Mengkerat." haha

Anon 2:
Tak kata pun ini isu besar. Mereka yang rasa perlu difikirkan, fikirlah. Entry ini lebih berbentuk muhasabah kepada golongan hardoPERUBATAN tentang kenapa perlunya kita mempowerkan PERUBATAN.
haha

ataupun sebenarnya memang keputusan menukar nama itu satu perkara yang sia-sia? hanya membazirkan satu kuota usul?
lalala~

ashrafisa said...

sori denmat.. ada kesilapan fakta di situ..
2 tahun lepas, tema yg digunakan adalah : Memperteguh kesatuan, MENYEMARAK KECEMERLANGAN..

tp xpe, mmg ada ksinambugan tema lepas tu dgn thn ni insyaAllah

HafizAdam on December 2, 2009 at 8:08 PM said...

eh salah ek? buang r perenggan tuh. xde rujukan nak tengok. main ingat2 lupe je. wakaka~

Dr. Alex on December 2, 2009 at 8:42 PM said...

hohoho. entry yg mmbuka minda.
kebelakangan serta kedepanan ni, banyak plak anasir2 luar yg cuba mncetuskan suasana tidak selesa dalam kalangan pelajar mesir. tak kira ustaz mahupun doktor. contohnya macam salah satu makhluk yang mengaku ahli geng "PERACUNAN". ape2 pun, PERUBATAN adalah kerajaan perpaduan. tidak kira mereka tu peracunan ke, atau ape2 short form yg lain, perubatan sentiasa berSAMA.
N.B: PERACUNAN adalah perkataan berlawanan bagi PERUBATAN.

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template