30 December 2009

Saya-Awak

Pertama kali anda bertemu seseorang, mungkin anda menggunakan "Saya-Awak", tapi kalau sahabat karib atau rakan-rakan, apa kata ganti diri yang anda selalu guna?

Sesekali apabila teringat diri saya yang dahulu, membuatkan saya tersenyum seorang diri seperti manusia gila. Antaranya dalam bab kata ganti diri.

Sebab hingga Tingkatan 5, saya menggunakan "saya-Awak" dengan semua manusia. First-timer, kawan lama, teman se-dorm, classmates, semuanya saya bahasakan "Saya-Awak". Comel kan?

Dari Tingkatan 1 hingga 5, suasana sekolah tidak berjaya mengubah saya menggunakan "Aku-Ko". Eh, bukan. "Aku-Mung" bagi Terengganu. Maaf semua, saya memang tak boleh sebut perkataan tersebut pada waktu itu. Kesian Kriey dan semua yang sentiasa mengajar saya menyebut "Aku-Mung", usaha anda hanya sia-sia. Haha.

Sebaik sahaja menjejak kaki di Intec, saya rasa itu adalah perubahan pertama yang saya buat; Menggunakan "Aku-Ko". Kenapa senang nak berubah ekk? Adakah tarbiyah di Intec tidak kuat? Haha. Mungkin dakyah budak KISAS sangat berkesan. Ataupun Iklim Diini di SMKA Tok Jiring sangat best?

Oh tidak, Iklim Diini cuma satu istilah yang tidak semua orang boleh rasa. Kalau tidak, sekolah takkan mempunyai masalah disiplin, takkan ada gangster, perempuan pun takkan ada yang tidak memakai bra atau stokin. Haha. Ianya memang satu suasana yang sesetengah manusia sahaja boleh rasa. Maka mungkin saya salah seorang yang merasainya? Ceh, saya sendiri merupakan pelajar bermasalah. Abaikan point ini.

Sepanjang menggunakan "Saya-Awak", memang banyak cabaran. Apabila diingat balik, banyak juga saya diejek dan diajuk dengan panggilan tersebut. Tapi kenapa masih tegar hingga 5 tahun? Kenapa bertahan hingga tiada lagi bunyi ejekan dan penghinaan? Malah ada yang mungkin segan, maka menggunakan "Saya-Awak" juga apabila berkomunikasi dengan saya. Saya tahu anda semua janggal tapi masih meraikan keadaan saya pada waktu tersebut. Terima kasih.


Sama juga dengan penggunaan "Ana-Anta". Kadang-kadang apabila orang lain menggunakannnya, membuatkan kita teragak-agak untuk menggunakan kata ganti diri yang sesuai, kan?

Dengan kata ganti diri sahaja kita boleh belajar banyak perkara; Hormat, adab sopan, formaliti, keakraban. Ada manusia berpendapat bahawa "Saya-Awak" lebih formal dan digunakan pada awal perkenalan, dan "Aku-Ko" lebih informal, dan digunakan apabila telah rapat. Kebiasaannya, kot.

Apa beza "Saya-Awak" dengan "Ana-Anta"? Macam hina sangat perkataan tersebut. Padahal "Ana" juga bermaksud "Saya" kan? Tak sedap ke? Ceh, rupanya "Watashi" lebih sedap disebut daripada "Saya". Haha.

Mungkin boleh cuba guna semula perkataan tersebut, hehe. Mesti best melihat reaksi manusia. Ke sangat pelik? Takpe, saya memang pelik. Jom try minggu depan.

Btw, dengan perempuan saya lebih suka sebut nama. Oh tidak, bukan "Hafiz-Radin", ianya terlalu gedik. Tapi "Saya-Atiqah". Cuma contoh, sila jangan bergosip.

Kenapa tiba-tiba rasa nak menulis pasal ini? Entah, sesekali teringat nostalgia lama. Mungkin juga sedang mencari keteguhan diri yang lama untuk diserapkan kembali. =)

Tips untuk hari ini, jika anda mula-mula berjumpa dengan seseorang, gunakan "Saya-Awak" terlebih dahulu. Kemudian barulah "Aku-Ko", "Akak-Adik", "Saya-Abang" atau apa-apa yang anda suka setelah tahu siapa manusia tersebut. Jangan menjadi seperti seorang perempuan yang bertemu Senior buat kali pertama, terus membahasakan dirinya "Akak". Mentang-mentang Senior tersebut pendek dan berwajah comel. Nasib baik Senior tersebut sporting, kalau tak, on the spot malu. Kenapa perempuan sungguh gedik inginkan dipanggil "Akak", tapi taknak memanggil "Abang"? Sungguh menjengkelkan. Ya, ini isu lama, panggilan "Abang" spesel untuk suami, jadi saya malas nak membebel di sini. Haha.

Juga jangan memanggil dengan panggilan yang pelik-pelik seperti "Senior", "Musyrif", "Manusia", "Doktor", "Makhluk" atau apa-apa panggilan yang dianggap poyo dan tidak sesuai. Ada manusia bakal terasa hati. Eh, saya selalu buat perkara ini XD. Sori, dah terbiasa.

Dan Atiqah, saya suka kamu panggil saya "Abang Hafiz". Jangan bimbang.

p/s: YouTube ini Autoplay. Hahaha sedap kan? 2NE1 - I Dont Care. Bila dah fedup, kadang-kadang kita rasa malas nak ambil tahu.


Continue Reading

28 December 2009

Kaum Tua vs Kaum Muda

Minggu lepas baru sahaja selesai menghabiskan Shining Inherintance atau nama lainnya Brilliant Legacy. Bagi saya cerita ini ada sedikit persamaan dengan One Percent of Anything, cumanya rating Shining Inheritance lebih tinggi. Tapi development love story tak berapa kukuh, malah kadang-kadang saya merasakan ini kisah cinta heroin (Eun-sung) dengan co-hero (Jun-se). Haha.

Ada sesuatu yang saya belajar daripada drama ini: Matlamat dan dasar sesuatu syarikat.


Saya bakal menulis berkenaan PERUBATAN lagi kali ini. Haha. Jadi mungkin boleh ditukar; Kaum Tua vs Kaum Muda. Lebih banyak subtopik boleh dikarutkan.

Siapa Kaum Tua, siapa Kaum Tua?
Ini cuma istilah yang saya reka sendiri.
Generalnya, Senior - Junior.
Atau Super Senior - Super Junior (jangka masa lebih jauh).
Atau Pengasas - Pelapis.

Perbezaan ini mungkin wujud disebabkan faktor pegangan, atau pemikiran, ataupun pengalaman. Apapun, kamu boleh tafsirkan sendiri.

Kaum Tua vs Kaum Muda: PERUBATAN

Seperti yang saya sebut pada awal tadi, satu pengajaran yang saya boleh ambil iaitu: Matlamat, dasar dan tujuan sesuatu syarikat atau organisasi. Pengajaran ini lebih kepada mastermind, penggerak dan orang atasan, seperti saya yang menggerakkan Jabatan Pentadbiran PERUBATANonline.

Dalam keghairahan memajukan PERUBATANonline, keghairahan mengembangkan program PERUBATAN, kadang-kadang kita terlepas pandang perkara ini. Seperti saya. Idea penswastaan, kekejaman dan yang terbaru; Global, jika tersilap perancangan, mungkin lari daripada matlamat asal PERUBATAN iaitu kebajikan dan kesatuan. Mungkin PERUBATAN telah menukar nama dari Badan Kebajikan kepada Persatuan malah menubuhkan Biro khusus untuk Kebajikan, maka seolahnya PERUBATAN boleh menumpukan kepada banyak aspek, tapi matlamat kebajikan serta kesatuan masih kekal dalam perlembagaan dan masih perlu dijaga supaya tidak hilang.

Sebab itu saya lebih suka kalau PERUBATAN bukan disebut persatuan kebajikan, tapi persatuan pelajar. Maknanya PERUBATAN adalah 'penjaga' kepada pelajar. Kalau di sekolah berasrama, penjaga kita adalah warden. Maka warden mesti sain surat kebenaran mengikuti apa-apa program. Ke di sekolah kamu lain? Haha.

Dalam menggerakkan PERUBATAN, matlamat asal ini yang perlu dipegang. Kerana itu, perlunya serba salah dalam menetapkan yuran yang mahal, menetapkan program yang tidak melibatkan semua ahli, dan sebagainya. Saya yakin PERUBATAN sekarang tidak begitu. Maka ini cuma muhasabah untuk diri sendiri yang kadang-kadang menggila tidak kena pada tempatnya. XD

Kaum Muda mungkin terpengaruh dengan pemikiran manusia lain menyebabkan kita kadang-kadang menggunakan alasan "Orang lain buat begitu, maka kenapa tidak kita buat begitu?" Batch gen6 boleh dikatakan bermulanya era Kaum Muda, ataupun garisan pemisah di antara Kaum Tua - Kaum Muda, menyebabkan sedikit sebanyak kami boleh lihat bagaimana Kaum Tua berfikir dan bekerja. Atas dasar apa mereka melakukan sesuatu, dan bagaimana mereka melaksanakan sesuatu.

Contohnya Sistem Tajaan Ahli. Kenapa mesti ada kuota? Kenapa mesti ada Waiting List apabila dah penuh kuota? Kalau Kaum Muda mesti fikir "Orang nak sponsor, terima je lah. Kenapa mesti masuk Waiting List?" Tapi Kaum Tua berfikiran lain. Mereka nampak 40 tahun ke hadapan. Kalau Sistem Tajaan AHli dibuka sewenangnya, maka nanti untuk next program, semuanya menolak dengan alasan dah taja untuk program sebelum ni.

Kesimpulannya, bak kata Damak Hamdani, "Bekerja berdasarkan etika." Maka dasar dan matlamat takkan lari.

Kaum Tua vs Kaum Muda: Kreatif dan Inovatif

Hari itu bersembang dengan Jackster. Beliau melahirkan rasa kecewa disebabkan sikap gen7,8,9,10,11 yang tidak kreatif dan inovatif. Haha. Mungkin benar, mungkin salah. Ini berdasarkan pemerhatian beliau. Mungkin juga apply kepada sesetengah orang sahaja. Saya tidak tahu.

Sikap. Kaum Muda yang sekali diketuk baru nak masuk. Tak reti bergerak sendiri. Masih bergantung kepada Kaum Tua. Ini semua sangat mengecewakan.
Apabila disuruh baru nak buat. Apabila ditegur baru nak bermesraan. Kalau tak, 'pa ceroh'. Kalau saya limitkan kepada had lingkungan mediaPERUBATAN sahaja, bolehlah dikutuk mula-mula sekali Timbalan Webmaster saya yang baru. Saya tahu beliau lagi hebat daripada saya, tapi tolonglah, kalau nak saya tegur tiap-tiap hari bagi briefing kerja, memang takkan jalan. Nasib baik Jabatan Galeri sangat bagus di bawah Paan Charlie. Jabatan Berita pun sama, saya tahu Atiqah Hanifah dan Fathiyyah Ibrahim sangat rajin. Jabatan Artikel lebih-lebih lagi, Adzim memang sangat aktif. Jabatan AudioVisual memang sukar untuk bergerak maka saya tak kisah sangat. Jabatan Grafik mempunyai Ketua yang hebat, Nash maka apa yang perlu di-expect lagi kan? Haha.

Matlamat saya dalam BPP ketika mula-mula ditubuhkan dahulu, bersama-sama Presiden Sunny adalah untuk mengajar krew-krew bersikap independent. Bukan setakat sukarela, tapi keinginan melakukan sesuatu yang tinggi. Ini dipecahkan lagi pada zaman Damak Hamdani dengan wujudnya banyak cabang-cabang jabatan supaya ahli boleh menjadi krew dalam bidang yang diminati. Kita bukan mengajar gila kuasa, tapi sesekali sila bertanya kepada Ketua "Ada tak kerja pada hari ini?", "Boleh tak saya nak buat liputan isu ini?", "Macam mana kalau kita buat grafik untuk program sekian?" dan sebagainya. Kadang-kadang tak perlu tanya, terus buat komik, submit pada Ketua. Ketua kata "Masyi", selesai, publish. Kewujudan Ketua adalah untuk melindungi pekerja. Maka jangan bimbang. Kalau diterima kerja kita, bermakna Ketua bersedia melindungi kita.

Macam menyimpang dari tajuk. Haha. Tapi mesej utama: "Kaum Muda janganlah bersikap inferior. Be creative."

Kaum Tua vs Kaum Muda: Menjaga maruah.

Dalam sesetengah hal kita mungkin pelik. Kenapa perempuan tak boleh keluar malam? Padahal keluar beramai-ramai. Kaum Tua cukup bengang hal sebegini.
Macam musyrif gak. Kenapa takleh Musyrif sorang, perempuan sorang. Padahal musyrif je pun.

Kaum Tua ibarat ibubapa kita kat sini. Mereka berfikiran seperti ibubapa kita. Tak manis anak dara keluar tengah malam walaupun untuk ke kelas. Kalau ibubapa anda tidak kisah, mungkin ibubapa anda merupakan golongan Kaum Muda. XD Sebab ibubapa saya sangat menitik beratkan cakap orang.

Mungkin kamu ke kelas tapi jiran kamu yang melihat, "Semek rumah sebelah nih asyik keluar tengah-tengah malam, pergi ke mana entah. Mak bapak tak risau ke?" Akhirnya terpalit ke muka ibubapa kamu balik. Kalau jiran sebelah rumah mungkin sedia maklum, tapi jiran di hujung jalan? Tiap-tiap malam dia nampak kamu lalu depan rumah bergelak ketawa tengah-tengah malam, apa perspektif beliau?

Saya kongsikan cerita budak lelaki (Diubah dan disedapkan). Satu hari seorang budak lelaki berjalan-jalan di Tahrir. Ketika pulang melalui Metro, beliau nampak 2 orang perempuan di depan beliau. Dalam kepala beliau, mula-mula sekali yang terlintas adalah, "Eh, tu bukan Exco ke? Jalan tengah-tengah malam kat Tahrir nih buat apa? Berani betul. Mentang-mentang Exco." Lalu beliau pun nak menghampiri perempuan tersebut tapi tiba-tiba beliau nampak lelaki pun ada sama. Maka beliau tahu bahawa Exco perempuan tersebut berteman musyrif dan ada urusan di Tahrir. Prasangka pun hilang.

Sama jugak tak manis lelaki ngan perempuan sorang-sorang, walaupun sebenarnya lelaki itu seorang musyrif. Kaum Muda mungkin tak kisah, tapi Kaum Tua akan berusaha untuk jadikan musyrif 2 orang. Sebabnya? Sama seperti di atas.

Kita hidup bermasyarakat, bukan hidup seorang diri, maka kadang-kadang "Pandangan manusia itu lebih diutamakan."

Kaum Tua vs Kaum Muda: Kelas.

Ini adalah tajuk untuk diri sendiri.
Kaum Tua selalu datang kelas lambat.
Dah laa sampai lambat, then balik paling awal.
Kadang-kadang tak pergi kelas langsung.
Mentang-mentang mengulang tahun.

Sila berubah, XD

p/s: Manusia ini sangat menarik. Kadang-kadang saya teringin mengkaji sikap dan respon manusia terhadap sesuatu. Adakah topik ini di bawah psikologi? Haha

Continue Reading

24 December 2009

Tidak Ikhlas Itu Bagus

Wah sudah lama tidak update blog ini. Hiatus buat seketika. Webmaster yang gila kuasa ini banyak melakukan kerja-kerja luar bidang kuasa beliau. XD

Bagaimana anda hari ini? Cemerlang? Kalau cemerlang sangat bagus. Kebelakangan ini saya sangat tidak cemerlang. Kalau anda merasakan diri anda sama seperti saya, jom kita berubah. Kadang-kadang kita cemerlang, kadang-kadang kita tidak cemerlang, itu lumrah. Cumanya samada kita sedar dan berusaha meningkatkan kecemerlangan itu yang membezakan.

Kali ini saya bawakan satu lagi pemikiran songsang: Tidak ikhlas itu bagus.

Dalam kehidupan seharian kita seringkali kita bertemu perkara yang kadang-kadang berat hati untuk dilakukan. Melihat pinggan mangkuk bertimbun dalam sinki, rasa menyumpah dalam hati "Sape berak tak reti basuh ni?" Ataupun kadang-kadang apabila masuk ke masjid terasa berat nak solat sunat tahiyatul masjid. Maklumlah penat berjalan kaki, rasa nak terus duduk atas karpet yang empuk. Dalam kuliah pulak asyik mengantuk sebab lecturer mempunyai suara buluh perindu. Itu belum dikira wajah member yang tidak comel, memang menjengkelkan untuk datang ke kuliah.

Jika anda berperasaan begini, maka belajarlah untuk memaksa diri anda. Sambil menyumpah-nyumpah, sambil membasuh pinggan mangkuk. Sambil perasaan geram, sambil solat sunat. Sambil mengutuk Ketua, sambil menulis berita. Sambil membebel, sambil memilih brush Photoshop. Sambil mengutuk muka kawan anda yang penuh jerawat batu, sambil mendengar kuliah. XD


Asal ibadah adalah paksaan. Islam adalah agama paksaan. Kejikah? Islam memaksa perempuan bertudung. Islam memaksa lelaki untuk berseluar panjang. Islam memaksa kahwin untuk seks. Islam memaksa tidak makan babi. Islam memaksa menyembelih lembu sebelum dimakan. Islam memaksa penjagaan hubungan lelaki perempuan. Islam memaksa berkata benar. Kalau tak percaya, anda lakukan perkara di atas dan anda bakal mendapat dosa.

Tak kisahlah kalau anda menggunakan alasan "belum sampai seru untuk bertudung", "tidak ikhlas", "tidak lawa berbaju kurung" dan sebagainya, anda tetap berdosa. Islam adalah agama paksaan. Bukan begitu? Padahal rambut anda sangat lawa, lurus rebonding, rugi kalau memakai tudung. Padahal berseluar pendek lebih senang untuk bergerak. Padahal sekarang dah bermacam teknik contraceptive ada, tak perlu kahwin pun, bukannya mengandung. Padahal sembelih ke tak sembelih, last-last masak jugak. Padahal lelaki perempuan sama sahaja, kenapa tak boleh bermesraan? Kan?

Kerana Islam adalah agama paksaan, maka kita meninggalkan semua itu.

Maka mari memaksa diri untuk melakukan kebaikan. Pedulikan ikhlas atau tidak. Itu semua penipuan semata-mata. Tiada siapa boleh kata beliau ikhlas dalam melakukan kebaikan. Kadang-kadang ada manusia menderma kepada makcik di tepi jalan kerana kesian. Kadang-kadang kerana banyak duit kecik. Kadang-kadang sebab orang lain derma. Kadang-kadang kerana perasan diri sendiri ikhlas. Tiada siapa tahu diri sendiri ikhlas atau tidak.

Siapa tahu, anda menaja Seminar kerana permintaan rakan anda itu dikira ikhlas? Haha. Mungkin. Siapa tahu?

Asal setiap perbuatan adalah paksaan, termasuklah berbuat baik. Lama-lama ianya akan jadi kebiasaan. Lama-lama kita akan rasa pelik apabila tidak buat kebaikan. Langkah pertama itu yang perlu dipaksa. Saya perlu menolak adik saya tanpa belas kasihan menuruni gelongsor dan akhirnya beliau turun dengan lancar, dan nak main lagi. XD

Maka jangan segan silu untuk tidak ikhlas. Mari memaksa diri sendiri melakukan kebaikan. Mari memaksa diri sendiri untuk cemerlang. Mari memaksa diri untuk terus bersama mediaPERUBATAN, =P

Salam kecemerlangan daripada saya, sempena keaktifan semula saya di alam maya. Wakaka~

=)

p/s: ceh bercakap pasal cemerlang, arinih ponteng kelas gak. =P

Continue Reading

17 December 2009

Dear Mom

Entry ringkas malam ini.
Tadi exam dengan teruk sekali. 2/10 markah?
Esok pula nak jenjalan dengan Damak (kononnya).

Lagu terbaru SNSD, bersama Super Junior, S.E.O.U.L. Song.


Lagu ini untuk mempromosikan Seoul. Jadi bila dengar lagu ini, teringat lagu Cuti-cuti Malaysia - Siti Nurhaliza.

Bila teringat lagu Cuti-cuti Malaysia, maka akan teringat pada Malaysia. Ada apa dengan Malaysia ye?

Ikan singgang mak. Ataupun sayur kacang goreng. Ataupun sambal ikan bilis.


Sila jangan pelik saya merindukan mak. Sebab saya manusia yang koling Malaysia sekali dalam 6 bulan. Rumah saya rumah orang kampung yang tidak tahu apa itu talian telefon, apatah lagi internet. Kesimpulannya, kalau saya mati, atau orang di sana mati, belum tentu kami akan menerima khabar dengan segera. XD

Maka saya sebenarnya hairan dengan mereka yang homesick setiap 6 hari. "What's the big deal? Kamu telefon rumah setiap 6 hari. Relax sudah. Aku dah 6 bulan tak koling. Entah mati entah hidup family kat Malaysia. Entah-entah dah bertambah seorang."
Haha.

Juga Selamat Tahun Baru Hijrah 1431H.

Resolusi Tahun Baru: Jom menjadi Webmaster PERUBATANonline untuk setahun lagi.

Sebabnya?
1. Saya suka pekerjaan ini walaupun seksa. Haha. Difficulty makes the job worthy. Kalau saya lepaskan jawatan ini, hidup pasti bosan.
2. Saya tak suka tinggalkan kerja separuh jalan. Jom setelkan semua projek yang terbengkalai. Ataupun jom tambahkan projek agar terbengkalai, XD.
3. Saya tak rasa orang lain boleh jadi Webmaster sebaik saya. =P Mungkin masa sudah tiba untuk melatih manusia lain?
4. Saya seorang yang gila kuasa. Harap maklum.

Sempena resolusi baru ini, kita perlu refresh fikiran dengan berjalan ke Alex. Saya ingin melarikan diri dari bilik workplace yang congested ini. Ataupun mencari idea baru, semangat baru, atau sekadar saje-saje mengisi masa lapang. Ceh, kononnya.

Jom, merealisasikan resolusi.

p/s: Entry ini semate-mate nak promote 2 lagu di atas je. Saya bukannya homesick sangat. Haha XD

Continue Reading

10 December 2009

Vote for si Tudung Putih

Hi friends.

Sorry Sorry, but I cant resist the urge to post this. Shit! My devil side got hold of me. Haha. Just for fun, no offense k.

Akhawat-akhawat di bawah adalah selebriti Mesir. Mereka tidak sebijak Radin Rahmah, atau seayu Ayu Amiza, atau sealim Fathiyyah Ibrahim, atau secomel Asyila Ismail, atau sebaik kak Remy (ramai gile bagi contoh) tapi mereka masih lagi akhawat yang boleh dikahwini oleh ikhwah sekalian.

Maka, sila klik sini pastuh jawab soalan berikut...

Soalannya, siapakah gadis pilihan anda dalam Entry tersebut?
1. Tudung Putih
2. Tudung Coklat
3. Baju Stripe
4. Ketiak Putih Baju [I'm Not Paid Enough to be Nice to You]
5. Mamat Nyah Melayu Terakhir
6. Nur Amina (Nur Kasih)
7. Anna Althafunnisa (KCB)




Akhir sekali, saya tak kenal pun individu2 di atas. Entry ini hanya respon bodoh untuk entry yang korang kata bodoh tu. Ye la kan, orang bodoh kita layan ilmiah tak guna gak kan? Maka kita enjoy je kebodohan dia. Tapi saya tak kata blog tuh bodoh, korang yang kata.

Entry ini juga semata-mata demi menaikkan visits. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Kliklah iklan Nuffnang tuh ye. Banner iklan Saya Mahu Hadiah PTS tuh sekali. =)

Enjoy the Vote. Dah abes vote, kite layan Bitter Love plak.

p/s: Saya vote utk si Tudung Putih! yay~

EDIT:
ScreenShot nih dapat dari ShoutBox sana. tapi in case korang takleh tengok gamba FaceBook kan, so saya da tolong buat Image baru. KLIK SINI. tanak komen lebih2. tanak kondem dorang. tanak kata ape-ape kecuali satu soalan: di manakah usaha dakwah mereka yang mengaku sikah tu?
Continue Reading

08 December 2009

Burppp

Burppppppppppppppp....

Begitulah bunyi mhazu setelah berjaya menghabiskan 4 mangkuk besar mee jawa di rumah Ijud semalam. Ada apa di rumah Ijud semalam? Jamuan akhir sesi JPP 2009.

Apabila habis program je mesti buat ucapan dalam blog. Bosan kan? Maka kita skip part tersebut.

Tahun ini JPP kurang menyerlah, satu kekecewaan. Saya bukan mengondem ahli JPP tapi diri sendiri kerana Unit Penerangan sebenarnya penggerak utama kemeriahan Pemilihan. Tapi nak buat macam mana, saya sendiri sebenarnya letih dengan menjadi AJK. Mungkin overlapping, menyebabkan otak tidak betul.

Idea banyak, tapi kerja tarak. Saya memang layak menjadi Penasihat agaknya. Kerja mengomen dan mengkomplen kemudian bagi cadangan. Haha. Tapi tidak mengapa, kita tebus kekecewaan ini dengan Seminar. Yeah!

Kalau anda kebosanan, sempena keputusan yang telah diumumkan, apa kata kita undi siapa pegang biro apa. Jom!

Survey Siapa Untuk Apa
SUBMIT YOUR SURVEY
View Results


Kalau berkelapangan, isi borang muhasabah JPP di sini. Sangat panjang. Setengah jam juga tu. Tapi tak mengapa, demi kemeriahan Pemilihan tahun hadapan.

Last sekali, Pepe-chan sangat cute dalam gambar di bawah. ^^!
Saya kena belajar daripada beliau~


Sori, gambar Scans je. Nanti mintak gmbar asal.

=)

p/s: sakit kepala dan diarrhea makin menjadi-jadi. adakah ada parasit dalam perut aku? lalala~
Continue Reading

06 December 2009

LUCK 1

Bosan. Entry ini sekadar mempromosi blog atau link yang best. Mungkin boleh dijadikan aktiviti mingguan atau bulanan. 10 link setiap entry. Boleh? Bukan senang nak mendapat promosi percuma daripada blog ini. Dengan kunjungan 300+ pelawat setiap hari, dan anggapan bahawa 10% akan klik link yang saya bagi, anda bakal mendapat 30 pelawat secara percuma. Haha~

Ceh, ingin berbanggakah? Tidak. Kadang-kadang sesuatu link itu sangat best untuk dibaca bagi saya. Sekiranya anda merasakan ianya tidak best, baca dulu. Baru komen.

Sekiranya anda membaca entry ini setahun akan datang, mungkin link di bawah telah expired maka Sorry Sorry je lah neh.

Link Untuk di-cliCK (LUCK)

1. Mari Membaca
Mula-mula sekali mestilah Kempen Membaca. Anda WAJIB klik link ini sebelum meneruskan pembacaan. XD. Saya baru sahaja selesai menghabiskan Biar Betul-betul (HM Tuah Iskandar). Kadar pembacaan yang sangat lambat; 1 mukasurat sehari. Melampau sangatkah? Perlu meningkatkan lagi semangat membaca. Btw, 9 Nyawa sudah ditempah. Tidak sabar rasanya menanti ketibaan novel tersebut. Haha.

2. Kenapa Tiada Tuhan Tidak Logik
Semestinya satu lagi entry bermutu daripada Adam Zainuddin. Agak memeningkan tapi satu isu yang sangat menarik untuk difikirkan. Pemikiran logik dan kritikal.

3. Kebiadapan Spiritual
Saya tidak bermaksud untuk memburukkan sesiapa. Kadang-kadang dalam keghairahan kita, kita terlupa soal beradab. Mungkin sebelum ini pernah kita berlawak dengan hukum atau sebagainya, maka teguran yang diberikan sangat menusuk hati. Mesti baca dan tonton. Ada beberapa link tambahan di bawah entry tersebut maka rajin-rajinlah klik.

4. SeTan Professional
Tajuk program kontroversi daripada PERUBATAN pada Februari ini sempena cuti musim sejuk. Masih dalam pembinaan maka kliklah link ini di minggu akan datang. Waktu ini masih lagi kosong belum diedit.

5. Mencari Diri di Sebalik Nur Kasih
Artikel menarik di sebalik drama Nur Kasih yang menjadi fenomena Malaysia. Baru sahaja tamat 26 episod minggu lepas. Bak kata pepatah: Filem adalah refleksi kehidupan. Sepower manapun Sirius black dalam Harry Potter, akhirnya mati jugak walaupun ianya filem fantasi.

Cukup 5 dahulu kot. Tengah mengantuk dan exhausted sebab minggu cuti Aidiladha macam tak cuti. Ataupun memang saya tidak bercuti? Minggu ini perlukan rehat. Lalala~


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!

Continue Reading

02 December 2009

Persatuan dan Kebersamaan

Sebenarnya saya sudah malas berbicara soal politik PERUBATAN. Nanti dikata gila persatuan, ataupun taasub PERUBATAN (walaupun sebenarnya saya memang gila persatuan dan taasub PERUBATAN). Tapi soalan ini kerap bermain dalam kepala. Maka tidak salah berkongsi, mungkin anda boleh meredakan kekusutan dalam kepala saya.

PERSATUAN

Pada sesi 2007/2008, PERUBATAN menukar namanya daripada Badan kebajikan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir kepada Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir dengan penambahan Biro Kebajikan, dan pengasingan bidang kuasa Biro Akademik dan Biro Penerangan Penerbitan serta Biro Perumahan juga beberapa perubahan lain. Cuma yang menjadi persoalan; Kenapa ditukar nama tersebut?

Mungkin perlu saya ingatkan bahawa menukar nama persatuan perlu melalui Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PERUBATAN. Bukan senang untuk mengusulkan sesuatu perkara dalam MAT. Sesuatu usul perlu diluluskan Lembaga Penasihat sebelum dibenarkan dibahas dalam MAT. Bukan semua usul akan diluluskan, terdapat kuota bilangan usul dalam MAT. Usul tidak diluluskan secara bodoh, ia perlu diundi oleh perwakilan.

Adakah menukar nama kepada Persatuan adalah satu isu yang remeh hingga sanggup dibawa ke MAT? Adakah ianya sesuatu yang kecil hingga senang-senang diluluskan Penasihat? Adakah ia tidak berguna sehingga terpaksa dibahaskan oleh perwakilan. Akhir sekali, kenapa pula perwakilan mengundi untuk meluluskan usul ini? Apakah sebenarnya matlamat yang dibawa pembawa usul, dan apakah pula yang bermain di fikiran perwakilan hingga mengundi untuk meluluskan usul ini?

Sedangkan kalau setakat kerana bilangan pelajar yang ramai, tidak perlu menukar nama. Badan kebajikan Anak Negeri lebih ramai ahli, tak tukar nama pun. Kalau setakat pertambahan Biro, juga tidak perlu menukar nama. Bahkan, nama Badan kebajikan adalah lebih gah. Tidak nampak seperti Persatuan Matematik di sekolah menengah. Kan?

Sebenarnya apa perubahan yang ingin dibawa melalui penukaran nama ini? Maaf, saya tidak berada dalam MAT tersebut untuk mendengar hujah-hujah usul ini diluluskan. Tapi saya percaya penukaran nama ini supaya PERUBATAN itu sendiri berubah. Perubahan portfolio Biro sendiri menuntut PERUBATAN supaya fokus dalam pelbagai aspek, bukan sekadar kebajikan.

Menapak ke persada antarabangsa mungkin? Menentang PMRAM dan JPMK mungkin? Meluaskan pengaruh ke Malaysia? Semua ini kita yang tentukan.


KEBERSAMAAN

Dua tahun yang lepas, PERUBATAN menggunakan slogan "Memperteguh Kesatuan, Mengerat Kebersamaan Menyemarak Kecemerlangan". Tahun lepas, Tahun ini "Mengungguli Kecemerlangan, Mengerat Kebersamaan".

Kenapa 'kebersamaan'? Kenapa bukan 'kesatuan'? Kenapa tidak ditukar kepada 'kepaduan'? Ataupun mungkin 'keramaian'?

Kamus Dewan edisi ketiga, 'kebersamaan' bererti 'perihal bersama-sama'. Saya yakin slogan kali ini lebih bersifat 'bersama-sama' dengan ahli.

'Bersama-sama' menjayakan program. 'Bersama-sama' mengejar kecemerlangan. 'Bersama-sama' memantapkan tarbiyah. 'Bersama-sama' menapak ke lapangan antarabangsa.

Tapi mungkinkah 'kebersamaan' itu dicapai jika hanya PERSATUAN yang ingin 'bersama' sedangkan ahli tidak ingin 'bersama'? Mungkinkah sesuatu perkahwinan dikekalkan sekiranya hanya suami yang ingin 'bersama', sedangkan isteri telah mula mencari lain?

Entah, saya tidak tahu. Hanya anda yang boleh menjawabnya.

PERUBATAN bukan persatuan Matematik di Universiti Kaherah. PERUBATAN adalah Kerajaan Budak Medik di bumi Mesir. Tapi tiada parti dalam PERUBATAN kerana PERUBATAN adalah satu contoh Kerajaan Perpaduan yang matlamatnya hanya satu: memperjuangkan nasib pelajar perubatan yang tertindas Bersama dengan pelajar perubatan di bumi Mesir. Tidak mungkin PERUBATAN hanya menjaga kebajikan ahli. Tidak mungkin juga PERUBATAN boleh menaikkan akademik ahli. Mustahil PERUBATAN boleh memperkasa ekonomi ahli. Tidak mungkin juga PERUBATAN mampu mentarbiyah ahli. Tapi PERUBATAN sentiasa boleh bersama ahli.



Memang menakjubkan apabila satu perkataan boleh membawa seribu pengertian, malah mungkin merubah matlamat dan cara. Apa erti PERSATUAN dan apa erti KEBERSAMAAN pada anda? Sama-sama kita fikirkan.

Jom mengundi untuk kepimpinan PERUBATAN Jumaat ini 4 Disember di ARMA. Mungkin merekalah pembawa aspirasi Harapan Baru untuk PERUBATAN. =)



Continue Reading
 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template