30 December 2009

Saya-Awak

Pertama kali anda bertemu seseorang, mungkin anda menggunakan "Saya-Awak", tapi kalau sahabat karib atau rakan-rakan, apa kata ganti diri yang anda selalu guna?

Sesekali apabila teringat diri saya yang dahulu, membuatkan saya tersenyum seorang diri seperti manusia gila. Antaranya dalam bab kata ganti diri.

Sebab hingga Tingkatan 5, saya menggunakan "saya-Awak" dengan semua manusia. First-timer, kawan lama, teman se-dorm, classmates, semuanya saya bahasakan "Saya-Awak". Comel kan?

Dari Tingkatan 1 hingga 5, suasana sekolah tidak berjaya mengubah saya menggunakan "Aku-Ko". Eh, bukan. "Aku-Mung" bagi Terengganu. Maaf semua, saya memang tak boleh sebut perkataan tersebut pada waktu itu. Kesian Kriey dan semua yang sentiasa mengajar saya menyebut "Aku-Mung", usaha anda hanya sia-sia. Haha.

Sebaik sahaja menjejak kaki di Intec, saya rasa itu adalah perubahan pertama yang saya buat; Menggunakan "Aku-Ko". Kenapa senang nak berubah ekk? Adakah tarbiyah di Intec tidak kuat? Haha. Mungkin dakyah budak KISAS sangat berkesan. Ataupun Iklim Diini di SMKA Tok Jiring sangat best?

Oh tidak, Iklim Diini cuma satu istilah yang tidak semua orang boleh rasa. Kalau tidak, sekolah takkan mempunyai masalah disiplin, takkan ada gangster, perempuan pun takkan ada yang tidak memakai bra atau stokin. Haha. Ianya memang satu suasana yang sesetengah manusia sahaja boleh rasa. Maka mungkin saya salah seorang yang merasainya? Ceh, saya sendiri merupakan pelajar bermasalah. Abaikan point ini.

Sepanjang menggunakan "Saya-Awak", memang banyak cabaran. Apabila diingat balik, banyak juga saya diejek dan diajuk dengan panggilan tersebut. Tapi kenapa masih tegar hingga 5 tahun? Kenapa bertahan hingga tiada lagi bunyi ejekan dan penghinaan? Malah ada yang mungkin segan, maka menggunakan "Saya-Awak" juga apabila berkomunikasi dengan saya. Saya tahu anda semua janggal tapi masih meraikan keadaan saya pada waktu tersebut. Terima kasih.


Sama juga dengan penggunaan "Ana-Anta". Kadang-kadang apabila orang lain menggunakannnya, membuatkan kita teragak-agak untuk menggunakan kata ganti diri yang sesuai, kan?

Dengan kata ganti diri sahaja kita boleh belajar banyak perkara; Hormat, adab sopan, formaliti, keakraban. Ada manusia berpendapat bahawa "Saya-Awak" lebih formal dan digunakan pada awal perkenalan, dan "Aku-Ko" lebih informal, dan digunakan apabila telah rapat. Kebiasaannya, kot.

Apa beza "Saya-Awak" dengan "Ana-Anta"? Macam hina sangat perkataan tersebut. Padahal "Ana" juga bermaksud "Saya" kan? Tak sedap ke? Ceh, rupanya "Watashi" lebih sedap disebut daripada "Saya". Haha.

Mungkin boleh cuba guna semula perkataan tersebut, hehe. Mesti best melihat reaksi manusia. Ke sangat pelik? Takpe, saya memang pelik. Jom try minggu depan.

Btw, dengan perempuan saya lebih suka sebut nama. Oh tidak, bukan "Hafiz-Radin", ianya terlalu gedik. Tapi "Saya-Atiqah". Cuma contoh, sila jangan bergosip.

Kenapa tiba-tiba rasa nak menulis pasal ini? Entah, sesekali teringat nostalgia lama. Mungkin juga sedang mencari keteguhan diri yang lama untuk diserapkan kembali. =)

Tips untuk hari ini, jika anda mula-mula berjumpa dengan seseorang, gunakan "Saya-Awak" terlebih dahulu. Kemudian barulah "Aku-Ko", "Akak-Adik", "Saya-Abang" atau apa-apa yang anda suka setelah tahu siapa manusia tersebut. Jangan menjadi seperti seorang perempuan yang bertemu Senior buat kali pertama, terus membahasakan dirinya "Akak". Mentang-mentang Senior tersebut pendek dan berwajah comel. Nasib baik Senior tersebut sporting, kalau tak, on the spot malu. Kenapa perempuan sungguh gedik inginkan dipanggil "Akak", tapi taknak memanggil "Abang"? Sungguh menjengkelkan. Ya, ini isu lama, panggilan "Abang" spesel untuk suami, jadi saya malas nak membebel di sini. Haha.

Juga jangan memanggil dengan panggilan yang pelik-pelik seperti "Senior", "Musyrif", "Manusia", "Doktor", "Makhluk" atau apa-apa panggilan yang dianggap poyo dan tidak sesuai. Ada manusia bakal terasa hati. Eh, saya selalu buat perkara ini XD. Sori, dah terbiasa.

Dan Atiqah, saya suka kamu panggil saya "Abang Hafiz". Jangan bimbang.

p/s: YouTube ini Autoplay. Hahaha sedap kan? 2NE1 - I Dont Care. Bila dah fedup, kadang-kadang kita rasa malas nak ambil tahu.


18 penghinaan diterima:

PEMENANG on December 30, 2009 at 3:30 AM said...

aku gune saye awak sampai form 2.5 je..pas tu tuka tak tahan

kepada

aku-mu

dan masuk kisas jadi aku -ko

ko lagi hebat r sampai form 5 gune saye awak

Wal on December 30, 2009 at 3:42 PM said...

Kamu guna "I, you" je.
Modern~

Huahuahua.

Tobibah Ainy on December 30, 2009 at 3:42 PM said...

dulu kat smka perak aku guna 'kami-ko' [ org utagha kowt ]

tapi selalu kene ejek ngn kawan2...tp nk wat cemana, aku tak bole tukar ketika itu, kalo tukar rasa sgt pelik..


so bila masuk KISAS, aku dengan drastiknya terus menggunakan 'aku-ko' kepada sesiapa sahaja walopon pertama kali berjumpa...wahaha puas hati aku dpt cakap kasar2..bila guna 'aku-ko' baru rasa mesra kan? kan? [ bagi aku laaa]



p/s: weyh word verification aku kali ni= " dilobi "

Atiqah on December 30, 2009 at 4:20 PM said...

hehe
saya sorang je ke panggil abgHafiz?

tapi lagi senang panggil korang boss
pendek skit

anor said...

adess.. bukn ke ganti nama diri tu slalunya brgantung kpd dgn sape kita brckp.. heheh.. cthnya ada membr yg sy bole bhasakn saya-awak, ada yg aku-ko, tpi ada jgk yg kita-awak, dn smestinya nama-nama cthnya anor-alya hehe..

tpi rsanya tujuan entri kali ni ialah nk sbut psl atiqah-abang hafiz tu.. muahahaha x kira, nk brgosip jgk.. kwang3x~

syauqatul wardah on December 30, 2009 at 6:16 PM said...

bibi guna saya-awak, setakat ni x guna aku-mung
x tau gak bakpe,mungkin dh terbiasa gitu tapi guna saya-awak,rasa rapat. Ada org kata saya-awak x rapat, kalau guna aku-mung atau aku-ko rapat. Pada pandangan bibi, tu semua dari hati sebenarnya, Kalau guna saya-awak,kalau hati tu betul2 ikhlas,mmg syg dn rasa kawan tu rapat dgn kita ^_^
ni kalau prmpuan,kalau lelaki lebih selesa sebut nama. Kalau senior,biasa 'kakak' dn 'akh'...selain tu ade gak kuar gelaran2 istimewa mcm oppa pis ke..fizadam ke...ammu apiz hak terbaru kut....(ni semua adalah contoh,tiada gosip)

Atiqah on December 30, 2009 at 7:05 PM said...

ammu apiz
*chortle*

[amiza a.malik] on December 30, 2009 at 8:02 PM said...

abang hafiz??
@.@
=.=!!!
>.<
\o.0/

wakaka..
haru sungguh sopan!
kipidap atiqah C:

umar said...

hehe..ade kisah rupenye.

aku pon pelik dlu2 mse br kenal ngan ko selalu ko gune "kita" utk saya...ko sorg lak tuh, abg2 len sume ana-anta...mase awal2 la

tp, aku (kita?) rasa mmg lagi mesra la cakap camtu, apatah lagi kalau antara senior-junior.

HafizAdam on December 31, 2009 at 2:09 AM said...

Safwan Roslan:
aku kan power. biase lah tuh.
lalalala~

Syawal:
"I-You" itu sangatlah gedik...

kakRem:
samelah kite. kalu tuka rase sangat pelik. maybe sebab orang dah kenal sebagai "pengguna Saya-Awak" maka tak jadi nak tuka. maybe.
=)

Atiqah Hanifah:
Boss?
Pesal saya dipanggil boss ek?
Saya bukan ketua Jabatan kamu.

Anor:
Memang penggunaan kata ganti diri bergantung pada siapa kita bercakap.
Sebab tuh bila teringat balik zaman dulu macam kelakar sebab dengan semua orang guna "Saya-Awak".
Haha~

Bibi:
Cett, sila buang Ammu.
Lempang kang~

Atiqah, kamu jangan nak meniru budak2 lepasan SPM nih...

Ayu Amiza:
Atiqah memang sopan.
Sebab tuh dia sangat comel. =P

Umar Hakimin:
personally antara "Saya-Awak", "Ana-Anta", "Aku-Ko", saya lebih suka "Kita-kamu".
Sebab "kita" itu digunakan bukan bermaksud "ramai" tapi "berkuasa sebagai senior", muahaha~

Aih~ Tiba-tiba terasa nak try bersembang "saya-Awak" ngan budak lelaki. Mesti best.

anor said...

mksdnya, kalu smua org awk pukul rata guna 'saya-awak', tahap skema awk bole tahan tingginye.. muahaha~

amboyhh.. kalu abang, kemain suka ye.. kalu ammu, tros nyampes.. wakaka~

Atiqah on December 31, 2009 at 11:59 PM said...

boss untuk mereka yang layak (suke) bagi arahan:
-exco BPP
-webmaster
-jbtn berita
-sesape yang saya ikut cakap dengan senang

rupanya saya sorang je ke?
patut la
selalu orang tak kenal bile saya sebut abang Hafiz.

ammu~

Muhammad Warouq bin Qamar on January 1, 2010 at 10:46 AM said...

jadi orang sabah gak senang. ngan parents pon pakai 'aku-kau'. takde pon gado2.

aku lg slesa sumorang gune aku-kau dgn aku. junior laki tak payah susah2 nak panggil abg. still bole mesra ape. ni aku tengok dak2 baru tua setahun dah suruh junior panggil abg/kakak. demand sgguh.

saye-awak adelah comel. tp kalo gune same2 lelaki memang nak mintak paranawe kat tengkok.

oh ye,lagu auto play korea ko ni annoying T_T .tekejut aku tbe2 play.

hiko said...

awak sgt comey pakpis! *gulp* haha ^^

syauqatul wardah on January 3, 2010 at 5:17 AM said...

ye..panggil ammu apih ~~~
kalau ammu lempang...bibi guna kuasa ultralord

Asyila on January 4, 2010 at 4:33 PM said...

guna kita-kamu pon kena ejek.opss, bukan ejek,tapi ada yang rasa kita ni sangat polite bila cakap macam tu

ikut la diri sendiri,tak perlu jadi orang lain

p/s: tiqah mmg sangat menghormati hafiz adam

Tuan Muhammad Akmalhakim on January 5, 2010 at 12:47 PM said...

abg hafiz..kekeke..

Anonymous said...

kat sabah pula, kami biasanya menggunakan saya - kau sebab lebih sopan dan lembut kedengaran . =)

bagi pnduduk area bandar pula, selalunya sebut aku - ko. =)

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template