17 December 2009

Dear Mom

Entry ringkas malam ini.
Tadi exam dengan teruk sekali. 2/10 markah?
Esok pula nak jenjalan dengan Damak (kononnya).

Lagu terbaru SNSD, bersama Super Junior, S.E.O.U.L. Song.


Lagu ini untuk mempromosikan Seoul. Jadi bila dengar lagu ini, teringat lagu Cuti-cuti Malaysia - Siti Nurhaliza.

Bila teringat lagu Cuti-cuti Malaysia, maka akan teringat pada Malaysia. Ada apa dengan Malaysia ye?

Ikan singgang mak. Ataupun sayur kacang goreng. Ataupun sambal ikan bilis.


Sila jangan pelik saya merindukan mak. Sebab saya manusia yang koling Malaysia sekali dalam 6 bulan. Rumah saya rumah orang kampung yang tidak tahu apa itu talian telefon, apatah lagi internet. Kesimpulannya, kalau saya mati, atau orang di sana mati, belum tentu kami akan menerima khabar dengan segera. XD

Maka saya sebenarnya hairan dengan mereka yang homesick setiap 6 hari. "What's the big deal? Kamu telefon rumah setiap 6 hari. Relax sudah. Aku dah 6 bulan tak koling. Entah mati entah hidup family kat Malaysia. Entah-entah dah bertambah seorang."
Haha.

Juga Selamat Tahun Baru Hijrah 1431H.

Resolusi Tahun Baru: Jom menjadi Webmaster PERUBATANonline untuk setahun lagi.

Sebabnya?
1. Saya suka pekerjaan ini walaupun seksa. Haha. Difficulty makes the job worthy. Kalau saya lepaskan jawatan ini, hidup pasti bosan.
2. Saya tak suka tinggalkan kerja separuh jalan. Jom setelkan semua projek yang terbengkalai. Ataupun jom tambahkan projek agar terbengkalai, XD.
3. Saya tak rasa orang lain boleh jadi Webmaster sebaik saya. =P Mungkin masa sudah tiba untuk melatih manusia lain?
4. Saya seorang yang gila kuasa. Harap maklum.

Sempena resolusi baru ini, kita perlu refresh fikiran dengan berjalan ke Alex. Saya ingin melarikan diri dari bilik workplace yang congested ini. Ataupun mencari idea baru, semangat baru, atau sekadar saje-saje mengisi masa lapang. Ceh, kononnya.

Jom, merealisasikan resolusi.

p/s: Entry ini semate-mate nak promote 2 lagu di atas je. Saya bukannya homesick sangat. Haha XD

9 penghinaan diterima:

Atiqah on December 17, 2009 at 11:51 PM said...

selamat tahun baru~
moga bertambah keimanan dan kebaikan ke atas boss dan para pembaca belog ini

kenapa tak lanjutkan jawatan sampai grad? or sampai nak masuk tahun 5 ke.

sekarang saya selaku wartawan ciput terasa lain lepas bertukar boss. huh.

HafizAdam on December 18, 2009 at 12:40 AM said...

kalau kamu bersama saya? boleh je kekal smpai Tahun 5 =P
saya nk tinggalkan dunia Web dan tumpu pada Video. banyak lagi tutorial After Effects belum dicuba.
mungkin Muharram depan kita buat resolusi lagi. bukan senang untuk buat keputusan kekal. apatah lagi memegang jawatan yang sama.

sama juga bukan senang membuat resolusi utk kekal dalam kepayahan medik, instead of bertukar course amik mende lain. kalau ianya sesuatu yang senang, tak perlulah kita berdoa ditetapkan hati, kan?

mari berusaha bersama saya. banyak idea utk jabatan berita nih =)

hana on December 18, 2009 at 10:05 AM said...

jawatan ape?

CSJH on December 18, 2009 at 12:04 PM said...

aku pon nak promote lagu gak r kat ko... ni dier(klik link)

Atiqah on December 18, 2009 at 4:08 PM said...

banyak idea, adakah diterjemahkan sebagai lebih banyak kerja?
erk. boleh je kot berusaha.
haha

Anonymous said...

ade ke orang homesick setiap 6 hari.musy ma'ul..

Anonymous said...

siap talipon rumah tiap2 hari????kalo pompuan logik jugak.

anor said...

haih.. kalo iye pn x rindu kt mak.. kesian la kt mak yg rindu kt kita.. 6 bln? huh..

syauqatul wardah on December 22, 2009 at 2:05 AM said...

mak oppa pis :
rindu dkt mak ye. dah tau rindu dkt mak,kau belajar la bebetul. ni 2/10,meh sini (pangg!!...kesian...kene lempang). dpt mcm ni, monyet yg tgh bergayut dkt hutan tu pun suka. tau x.jadilah seperti embun di pagi hari,jgn jadi sprti mknn basi. (pantun)


menepati syarat....
(Sila menghina dengan tatabahasa yang betul dan gayabahasa yang lembut dan menyenangkan hati semua pihak.)


ooh...suju~~ ryeowook2~~

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template