24 December 2009

Tidak Ikhlas Itu Bagus

Wah sudah lama tidak update blog ini. Hiatus buat seketika. Webmaster yang gila kuasa ini banyak melakukan kerja-kerja luar bidang kuasa beliau. XD

Bagaimana anda hari ini? Cemerlang? Kalau cemerlang sangat bagus. Kebelakangan ini saya sangat tidak cemerlang. Kalau anda merasakan diri anda sama seperti saya, jom kita berubah. Kadang-kadang kita cemerlang, kadang-kadang kita tidak cemerlang, itu lumrah. Cumanya samada kita sedar dan berusaha meningkatkan kecemerlangan itu yang membezakan.

Kali ini saya bawakan satu lagi pemikiran songsang: Tidak ikhlas itu bagus.

Dalam kehidupan seharian kita seringkali kita bertemu perkara yang kadang-kadang berat hati untuk dilakukan. Melihat pinggan mangkuk bertimbun dalam sinki, rasa menyumpah dalam hati "Sape berak tak reti basuh ni?" Ataupun kadang-kadang apabila masuk ke masjid terasa berat nak solat sunat tahiyatul masjid. Maklumlah penat berjalan kaki, rasa nak terus duduk atas karpet yang empuk. Dalam kuliah pulak asyik mengantuk sebab lecturer mempunyai suara buluh perindu. Itu belum dikira wajah member yang tidak comel, memang menjengkelkan untuk datang ke kuliah.

Jika anda berperasaan begini, maka belajarlah untuk memaksa diri anda. Sambil menyumpah-nyumpah, sambil membasuh pinggan mangkuk. Sambil perasaan geram, sambil solat sunat. Sambil mengutuk Ketua, sambil menulis berita. Sambil membebel, sambil memilih brush Photoshop. Sambil mengutuk muka kawan anda yang penuh jerawat batu, sambil mendengar kuliah. XD


Asal ibadah adalah paksaan. Islam adalah agama paksaan. Kejikah? Islam memaksa perempuan bertudung. Islam memaksa lelaki untuk berseluar panjang. Islam memaksa kahwin untuk seks. Islam memaksa tidak makan babi. Islam memaksa menyembelih lembu sebelum dimakan. Islam memaksa penjagaan hubungan lelaki perempuan. Islam memaksa berkata benar. Kalau tak percaya, anda lakukan perkara di atas dan anda bakal mendapat dosa.

Tak kisahlah kalau anda menggunakan alasan "belum sampai seru untuk bertudung", "tidak ikhlas", "tidak lawa berbaju kurung" dan sebagainya, anda tetap berdosa. Islam adalah agama paksaan. Bukan begitu? Padahal rambut anda sangat lawa, lurus rebonding, rugi kalau memakai tudung. Padahal berseluar pendek lebih senang untuk bergerak. Padahal sekarang dah bermacam teknik contraceptive ada, tak perlu kahwin pun, bukannya mengandung. Padahal sembelih ke tak sembelih, last-last masak jugak. Padahal lelaki perempuan sama sahaja, kenapa tak boleh bermesraan? Kan?

Kerana Islam adalah agama paksaan, maka kita meninggalkan semua itu.

Maka mari memaksa diri untuk melakukan kebaikan. Pedulikan ikhlas atau tidak. Itu semua penipuan semata-mata. Tiada siapa boleh kata beliau ikhlas dalam melakukan kebaikan. Kadang-kadang ada manusia menderma kepada makcik di tepi jalan kerana kesian. Kadang-kadang kerana banyak duit kecik. Kadang-kadang sebab orang lain derma. Kadang-kadang kerana perasan diri sendiri ikhlas. Tiada siapa tahu diri sendiri ikhlas atau tidak.

Siapa tahu, anda menaja Seminar kerana permintaan rakan anda itu dikira ikhlas? Haha. Mungkin. Siapa tahu?

Asal setiap perbuatan adalah paksaan, termasuklah berbuat baik. Lama-lama ianya akan jadi kebiasaan. Lama-lama kita akan rasa pelik apabila tidak buat kebaikan. Langkah pertama itu yang perlu dipaksa. Saya perlu menolak adik saya tanpa belas kasihan menuruni gelongsor dan akhirnya beliau turun dengan lancar, dan nak main lagi. XD

Maka jangan segan silu untuk tidak ikhlas. Mari memaksa diri sendiri melakukan kebaikan. Mari memaksa diri sendiri untuk cemerlang. Mari memaksa diri untuk terus bersama mediaPERUBATAN, =P

Salam kecemerlangan daripada saya, sempena keaktifan semula saya di alam maya. Wakaka~

=)

p/s: ceh bercakap pasal cemerlang, arinih ponteng kelas gak. =P

11 penghinaan diterima:

anis.samihah said...

erm.. tersentuh hati sebenarnya membaca post anda kali ini, 'tersedar' diri seketika.. terima kasih.. saya juga sedang berusaha memaksa diri utk menjadi lebih cemerlang dan meninggalkan kebiasaan yg tidak baik..

kadang2 tidak perlu tunggu utk menjadi ikhlas kerana keikhlasan itu hakikatnya adalah anugerah Allah, apa yg perlu dilakukan ialah memanjat doa agar Allah izinkan kita menjadi hamba yg ikhlas dlm amal ibadah kita ~saya hampir terlupa prinsip ini yg pernah saya pegang sejak dari tingkatan 1 dulu..

mudah-mudahan lambat laun kita akan dapat mengikhlaskan diri berubah menjadi lebih cemerlang.. salam maal hijrah (yg kelewatan)..

cikgu_eya on December 24, 2009 at 12:11 PM said...

Asal setiap perbuatan adalah paksaan, termasuklah berbuat baik. Lama-lama ianya akan jadi kebiasaan. Lama-lama kita akan rasa pelik apabila tidak buat kebaikan. Langkah pertama itu yang perlu dipaksa.


Bila dah jadi kebiasaan, berbuat baik akan diteruskan tanpa menyumpah seranah. Itulah ikhlas. Bila berbuat baik pula, berasa bahagia bila melihat orang lain gembira. Itu ikhlas.

Adik apis yang sudah semakin matang, dan cemerlang... kuatkan semangat.. ^^

Teruskan aktiviti alam maya YANG BERMANFAAT TANPA MENINGGALKAN KEHIDUPAN REALITI YANG LEBIH PANJANG PERJALANANNYA.... ^^

Tobibah Ainy on December 24, 2009 at 12:34 PM said...

bagos la dinmat..

tapi..

ape senarnye motif post ko neh? nk mintak orang sponsor seminar eaaa??? hahahaa

c's on December 24, 2009 at 2:21 PM said...

bru igt nk tegur ym.. apsal xdtg kls microb td?

mgu dpn sila masuk buku 2.. kte da setel buku 1.. n praktikal mmg blaja buku 2..

aih, tp ag xpuas ati dak mumtaz ponteng kls sesuka hati.. mentang2 mumtaz *yg berkenaan, sila bce dgn nada gurau+tegur spy x terase ati:P*

kalau amalan+riak.. kte perlu tinggalkan riak, wat amal bek2..
kalau amalan+ikhlas.. kte jgn kisahkan ikhlas.. wat je amal tuh bek2.. [erk, btl ke?]

HafizAdam on December 24, 2009 at 2:29 PM said...

Anis.samihah:
baguslah kalau "tersedar".
kadang-kadang benda common dan biasa ini kita jarang sedar.
jom berusaha memaksa diri.

kakEya:
kakEya, lame tak nampak. buzz la YM...

kakRem:
aah, lebih kurang.
entry ini juga menolak fahaman yang mengatakan bertudung labuh itu alim, ataupun mereka yang tidak mahu membuat kebaikan kerana takut riak.
wakaka

Radin Rahmah:
nasib baik kamu tak tegur, kalau tak saya akan perasan~ haha
saya tak datang kelas mesti ade sebab, bukan suke-suke tak datang so takyah tanye takpe. =)

kite kne buat amalan dengan riak, baru best. haha
kadang-kadang manusia tak bangga dengan kebaikan yang dia buat. taktau kenapa.
berbuat baik itu hinakah? wakaka~

JanuskieZ on December 25, 2009 at 4:00 AM said...

Hi... Looking ways to market your blog? try this: http://bit.ly/instantvisitors

mukhlisah on December 25, 2009 at 11:04 AM said...

salam HA,
jus risau bila baca entri ni, kalau non muslim baca mcm mana ek, diorang akan interprete ape ek dr stetment islam itu paksaan?

nk jd baik mmg kene pksa diri, mmg kene mula jugak even tak iklas mana. dat is undeniably true tapi kene note juga tajdid niat perlu dilakukan. kalau tak amal akan sia2. akan dpt penat aje.

ikhlas tu rahsia kita dan allah. hatta malaikat pun tak tahu, berserah la byk2 agar sume amalm kite diterima.

kalau buat kerja, tp kutuk2 tu mcm bhy juga. walau apa pun kene istighfar dan sedar diri cepat2 kot sblum apa2. lapangkan dada.

kalau buat kerja tp hati sakit dan sumpah seranah bergema di setiap penjuru, adakah hasilnya sama dgn kalau kita buat sukarela?

btw HA, hr neh miting kan. tp hr ni anniversary mak ayah aku ke37.mcm tak boleh pergi aje

=P

salam alaik.belajar rajin2 untuk mid yr

Anonymous said...

Tidak ikhlas itu bagus.

tapi ikhlas itu lebih-lebih bagus!

puteribatu on December 27, 2009 at 3:58 PM said...

gelak jer bace...

Anonymous said...

Riak :

kita melebih-lebihkan amalan kita apabila orang tengok, ada orang..

mengurangkan amalan kita ketika tiada orang...

Anonymous said...

nak tye ni..,umo brapa??

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template