Disebabkan ramai yang keliru dengan entry ini, malah pening dan bergaduh sesama sendiri, maka saya terpaksa update dengan sedikit pengubahsuaian dan penambahan serta pengurangan.
Pertama sekali, entry tersebut BUKAN maklumat. Ianya adalah persoalan, serta pembukaan fikiran.
Kedua, saya TIDAK melarang pemboikotan KFC, tapi saya ingin tahu sumber anda untuk melabel KFC menyumbang kepada Israel. Itu sahaja. Tak perlu bercerita panjang lebar jika anda tiada bukti.
Amat bagus kita mengucapkan Assalamualaikum instead of A'kum, tapi tak perlu mereka cerita bahawa A'kum itu perkataan yang entahapentah maksudnya yang tidak elok. Itu satu penipuan namanya.
Amat bagus kita tidak makan di KFC, malah lebih bagus lagi kalau kita boikot terus. Tapi tak perlu menimbulkan sesuatu yang anda sendiri tidak pasti benar atau tidak. Cuba cari tujuan sebenar anda boikot KFC. Perbaiki niat; kita boikot kerana ianya menyumbang kepada Israel, atau kerana ianya produk Amerika. Nampak macam remeh temeh, tapi kerana kita berniat untuk boikot barangan Amerika itulah yang menyebabkan kita kena boikot produk Amerika lain, tidak pilih kasih.
Sebagai langkah berjaga-jaga, saya memilih untuk tidak mengaitkan KFC dan syarikat bersekutunya dengan Israel, tapi tidak akan makan di sana kerana ianya berasal dari Amerika. Full Stop. Selagi tiada bukti kukuh dan jelas, saya berpegang pada konsep ini.
Jika anda masih tidak percaya, link Qaradawi ini menyiarkan fatwa boikot, dan jika anda klik link di situ, anda akan dibawa ke page yang menyenaraikan barangan boikot di negara Arab, Mesir khususnya.
Kemudian anda akan perasan bahawa KFC diletakkan di bawah 'Mataim Amriki' (Restoran Amerika) sekaligus mengukuhkan sebab untuk memboikot 'KFC dan sekutunya' yang lebih jelas adalah kerana ianya Amerika. "Apabila ianya Amerika, tentulah ianya menyokong Israel," kata sesetengah orang.
Tapi sedarkah anda bahawa ianya tidak jelas serta tidak bersuluh bahawa KFC secara direct menyokong Israel. Kerana itulah ianya tidak tersenarai di InMinds kerana InMinds akan memaparkan bukti yang jelas dan terang.
Apabila orang tanya kenapa anda memboikot Pizza Hut? Ia sekutu Amerika. Amerika menyokong Israel. Maka orang tersebut takkan bertanya, ada bukti Pizza Hut itu sekutu Amerika? Ada bukti Amerika menyokong Israel? Tidak, kerana bukti-bukti tersebut telah jelas.
Tapi jika anda menjawab Hardee's menyumbang kepada Israel, orang akan pertikaikan: Ada bukti ke? Awak nampak CEO Hardee's bagi sumbangan? Sekaligus manusia akan menyangkal tindakan anda.
Buat sesuatu kena ada justifikasi yang jelas. Kerana anda akan nampak halatuju tindakan anda. Boikot Amerika, maka boikot semua barangan Amerika. Serta membantu ke arah penyebaran maklumat yang tepat dan betul. Malah, jika di dunia ini hanya mempunyai McDonald dan KFC, anda akan nampak yang mana satu anda akan pergi jika kelaparan nak mati.
Maaf jika entry ini dan sebelumnya agak memeningkan. Sekali lagi saya ulang, manusia zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu. Tak pandai berkias kata, malah tak reti memahami bahasa tersirat, hanya nampak apa yang ada di luaran. Mudah melenting, sedangkan tidak memahami isi tersirat yang ingin disampaikan.
Akhir kalam, ada org tanya kenapa saya tak letak link PalestinKini dalam entry tersebut? Jawapannya: Artikel dalam tuh asyik hentam Mesir je, panas gak kekadang. So malas letak. Haha tapi anda semua boleh pergi melawat ke sana, takde masalah, saya tak larang.
Juga tahniah kepada rakyat Terengganu kerana berjaya memilih pemimpin baru. Haha HIDUP TERANU!
Okeh, sehingga berjumpa lagi dalam entry2 kontroversi seterusnya.
15 penghinaan diterima:
hahah..macam2 la ko~
bagos2 x sangke lak ko rajin buat kajian time nk tules post, wan, sile contohi denmat haha (ske2 ati aku je sound)
dinmat da hebat r skrg nie.. jgn maen2.. wakaka
Yum Inc mmg besar dan femes. Antara brand dia paling femes yg ada kat malaysia KFC dgn Pizza Hut.
Yum Inc salah satu rangkaian yang dimiliki CZO (Christian Zionist Organization).
Dan CZO merupakan antara cabang Zionist yang kuat dan satu badan yg banyak menyumbang dan secara terang2an menyokong Zionist di Israel.
Saya pun dah start boikot barang2 dari syarikat yang menyokong Zionis... InsyaAllah, moga saya istiqamah.
(Surah Al-Hujurat 49 : 6)
btw, for those who r not sure about why we boycott KFC watsoeva, do seek for the truth. then, for those who yet not found it, getting rid it from it is doesnt matter though.
boleh halang diri sendiri dari perkara-perkara syubhah. juga, lebih menjaga kesihatan dengan kurangkan junkfood. n juga boleh meningkat ekonomi tempatan dan kempen inflasi sifar. tak begitu?
=P
wallahua3lam
Radin Comel:
radin sangat comel malam nih. dah sebut dalam artikel di atas.
haha
Pemenang, jack, Bebe:
takyah nak membakar aku kat sini. delete kang.. haha
Adawiyah:
tak memboikot, tapi tak pergi serta tak guna. camne tuh? haha boikot indirectly kot istilahnya..
termenyinggah lagi:
wow, pasal CZO jumpe. malah jumpe satu website yg sgt best. haha radin mesti tau..
tapi memiliki Yume Inc tak jumpe. nanti search lagi. jom jom..
isk.. men jejalan kat who.is.. bru cek blogger n google nih pun US pnye gakkk!~ eh Yahoo pn sme~
cmne2.. nk boikot x?
=P
Radin Comel:
pun dah sebut kat atas:
"Malah, jika di dunia ini hanya mempunyai McDonald dan KFC, anda akan nampak yang mana satu anda akan pergi jika kelaparan nak mati."
silalah buat keputusan sendiri ye. jgn tnye2 lak kat sini~
erk, garangnye~
ye.. ayt die compact.. pndi2 fikir n apply die pnye konsep..
bek!
-roger n out-
bagus2 abg pis kte.huhuhu.
btol tu.
kena pndai2 la pilih cmne.
hoho. panas juga perbincangan di musim sejuk ini. =p
ramai yg memberikan "hujah" bahawa KFC, Pepsi etc etc membayar tax kepada Amerika sekaligu menjadi penyebab kewajaran memboikotnya.
Saya ada rakan yang tinggal dan bekerja di new york, maka sewajarnya saya memboikot dia juga lah kan?
Rakan2 kita yang smbung study di seluruh US tu, konfem diorg beli barang2 di US dan bayar tax kpd diorg. Knape xnak boikot kwn2 kita tu skali?
Dalam urusniaga zaman sekarang ni, selidik camne pun pasti akan bersimpang dengan amerika, kafir etc etc. Hatta produk muslim HPA tu bila nak distribute produk2 mereka, guna lori FORD brand america. So kena boikot HPA jugak lah kan?
saya menyokong boikot, tetapi perbetulkan niat boikot anda. niat yg betul baru boleh jadi ibadah.
salam dari russia. eh silap, malaysia. =p
hoho. panas juga perbincangan di musim sejuk ini. =p
ramai yg memberikan "hujah" bahawa KFC, Pepsi etc etc membayar tax kepada Amerika sekaligu menjadi penyebab kewajaran memboikotnya.
Saya ada rakan yang tinggal dan bekerja di new york, maka sewajarnya saya memboikot dia juga lah kan?
Rakan2 kita yang smbung study di seluruh US tu, konfem diorg beli barang2 di US dan bayar tax kpd diorg. Knape xnak boikot kwn2 kita tu skali?
Dalam urusniaga zaman sekarang ni, selidik camne pun pasti akan bersimpang dengan amerika, kafir etc etc. Hatta produk muslim HPA tu bila nak distribute produk2 mereka, ntah2 guna lori FORD brand america. So kena boikot HPA jugak lah kan?
saya menyokong boikot, tetapi perbetulkan niat boikot anda. niat yg betul baru boleh jadi ibadah.
salam dari russia. eh silap, malaysia. =p
jihad terbesar untuk umat islam bukan setakat
memboikot...
apa impak yang mereka rasakan??
tidak terlalu mempengaruh sangat..
meraka ada pelanggan setia yang masih membeli barangan2 diorang..
boikot barangan israel!!!!
Realitinya sikap kita sama macam israel...
apa bezanya? hasad dengki,fitnah,mengumpat,rasuah...
percayalah...jihad paling besar adalah nafsu kita sendiri..
terdengar satu ceramah...
pemimpin besar yahudi percaya umat islam mampu
menundukkan mereka...tapi bila??
disaat solat SUBUH sama RAMAI dengan solat JUMAAT....
penyindiran yang amat memalukan...
saya percaya jemaah waktu subuh tidak sampai satu saf pun... kamu semua pun tahu..
apa yang sibuk kita bincangkan hanyalah pemboikotan...kita menyumpah israel dan sekutunya..itu je yang mampu kita lakukan..
pernah saya terbaca kisah ALLAH menciptakan NAFSU..
Lalu ALLAH bertanya kepada NAFSU "siapa engkau?"
NAFSU menjawab "engkau adalah engkau, aku adlah aku"
Lalu dicampak ke neraka 70,000 tahun..
diangkat semula nafsu..
lalu ditanya sekali lagi..
Lalu ALLAH bertanya kepada NAFSU "siapa engkau?"
NAFSU menjawab "engkau adalah engkau, aku adalah aku"
masih jawapan yang sama dari nafsu..
dicampak sekali lagi....
tapi...jawapn yang sama dari NAFSU..
Dicampak ke neraka paling bawah sekali selama 70,000 tahun...
akhirnya nafsu mengalah dan hanya menjawab
"engkau tuhanku,aku hambamu"
itu saja...
bayangkan betapa kental nafsu yang ada pada diri kita ini...
Nabi kita pernah bersabda perang terbesar adalah melawan nafsu...
hmmm...WALLAHU A'LAM...
so hafiz keep it up dis blog!!!
very nice post
Post a Comment