Apa ada di ARMA semalam? Majlis Ramah Mesra bersama Dr Jemilah Mahmood, tapi saya merasakan ianya lebih sesuai dikatakan sebagai bersama MERCY Malaysia. Mungkin kerana ianya program last minit, AJK pun takde, maka kekelam kabutan sedikit majlis semalam. Saya akan bercerita tentang majlis ini kemudian, dalam entry lain.
Sejurus selepas selesai majlis, saya naik ke bilik abgNipah untuk mengambil beberapa file berkaitan seminar tersebut yang boleh saya buat sebagai rujukan. Agak kelakar sebenarnya kerana saya yang membuat semua persembahan video dan flash tersebut tapi tiada dalam simpanan saya - ianya satu cerita yang panjang. Saya akan sebut di akhir entry.
Alang-alang mengambil file, saya ternampak folder gambar. Jadi diangkut sekali ke dalam pendrive. Hehe. Sekarang saya bawakan kepada anda gambar Seminar Ibadah Pesakit 2007 yang saya kira merupakan program mega PERUBATAN yang belum dapat ditandingi setakat ini; dari segi penyertaan, persiapan tempat, penceramah, teknikal dll dsb. Hehe exaggerating a bit.
Tunggu hingga page ini berhenti loading dan Left-Click pada gambar utk melihat dengan lebih jelas bersama caption.
DI SEBALIK TABIR: HARI SEBELUM SEMINAR
Kerja-kerja pada waktu ini lebih banyak dimonopoli Unit Dewan & Teknikal. Lihat sahaja peralatan yang digunakan. Kebanyakannya disewa daripada PMRAM atau Rumah Negeri. Satu percubaan berani daripada abgNipah sendiri kerana ini merupakan kali pertama PERUBATAN menggunakan peralatan multimedia yang sebegini keji.
Perlukah saya ceritakan? Kami menggunakan 2 videocam, untuk rakaman dan close-up penceramah. Ada 4 TV saya rasa, 2 di bawah, 2 di atas supaya peserta di belakang dapat melihat dengan jelas. Ada sebuah projektor di depan, untuk tayangan jugak. Pertama kali menguruskan peralatan sebegini, saya amat teruja. TV tersebut benar-benar seperti TV betul - siaran boleh diubah-ubah mengikut videocam yang kami nak. Angle kiri atau kanan, dekat atau jauh, penceramah atau peserta. Maknanya penonton takkan bosan dengan siaran yang sama.
Jackster pula membuat kerja gila dengan zooming orang yang sedang tidur. Memang best. Kononnya kitorang dah jadi Jurukamera Professional.
PEMENTASAN BERMULA: HARI SEMINAR
Seminar ini dirasmikan oleh Pengarah JPMK lama iaitu Fakhruddin apentahdahlupa yang telah digantikan Prof Madya Jamil Hashim. Waktu nih demam Akademi Quran masih melanda so macam excited jugak dapat jumpa Abdullah fahmi secara live. Huhu
Cuba lihat hasil kajian ini. Betapa ramainya manusia yang sakit, TAK solat. Maka menjadi tugas kami, para doktor muslim, untuk menyedarkan kewajipan dan mengajar cara pesakit solat. kalau tak solat, sakit pun payah nak sembuh, kan? Hehe.
Selesai hari pertama, masih belum boleh rehat. Masih ada hari kedua beb~
TUTUP TIRAI: SEMINAR BERAKHIR
Ini adalah pertama kali saya menyertai AJK Pelaksana satu program yang besar. Sebelum ini sewaktu di sekolah, saya tidak pernah menjadi AJK untuk program seumpama ini kecuali Minggu Syiar Islam (MISI) 2004.
Kalau Seminar Pertama: Ibadah Pesakit saya menjadi AJK kecil, kali ini saya ditaklifkan sebagai Ketua Unit Multimedia bagi Seminar Kedua: Kelahiran dan Kematian yang bakal berlangsung pada bulan Februari ini. Ini semua gara-gara abgNipah yang menjadi Pengarah maka saya dipaksa menjadi AJK. Haha.
InsyaAllah kelemahan Unit Dewan dan Teknikal, akan diatasi pada kali ini. Kalau dulu UDT menguruskan hal-hal Multimedia, kini unit khas ditubuhkan untuk memfokuskan pada perkara multimedia, seterusnya mempercekapkan lagi perkhidmatan AJK Pelaksana. Haha ayat pening~
Oh ya, saya yang membuat semua persembahan tapi filenya tiada dengan saya kerana tahun tersebut saya belum membeli komputer! Haha. Dibuat menggunakan komputer orang lain, abgNipah yang simpan. Nasib baik~
Okeh, nantikan Intro Seminar Kedua di lain masa. I rest my case~
14 penghinaan diterima:
wah2 sronoknye aku tgk balek gmbar2 nih.. haha
terigt pulak time2 kite pekene peserta2 yg tido time program.. zoom in seyh haha (abes kne sound pas program tuh ;p )
salam webmaster! nk request: wat cte sejarah website yang bermula pd freephnuke n etc.. etc.. sangat mengharukan.. kisah persahabatan di mesir.. (ke taip n simpan untuk edisi khas PO=P)
tq
Jackster:
ko je yg excited ZOOM akhawat tido! wakaka
Radin Comel:
kisah hape nih? persahabatan di Mesir? haih~
pelik2..
aik.. bile mase aku zoom akhawat haih ko pn ade buat ugak laa sian ust2 tu~
huh..npk cm menarik...
thn ni punye mst lg gempaq kan...
tp malangnya mcm komfem xdpt nak join dis year..
isk..isk..rakam la video ye..
all da best!
aah.nk minak jgk video rakaman ni nnti.
=p
http://lh6.ggpht.com/_XL84yIcaxxs/SWFttfjf1vI/AAAAAAAAAmw/C9xSJUv7C2A/P1030949.jpg
ni comel
hoho sape la yg amek pic tuh xpe2 smat2 hehe (kantoi aku yg pgang video)
terpaksa la paksa din mat jd AJK.. dah x de org lain dah nak cari + masa suntuk di musim exam.. lgpon din mat mmg berbakat besar.. haha..
korang la punya keje zoom2 akhawat.. patut la ada org komen dlm borang muhasabah.. awat dok fokus akhawat.. Nak ngorat apa!! haha..
gedik la budak2 ni..haih bilela nk matured..taon ni ko jgn g Z00m peserta lg, kang x pasal2 kene keji
apsal aku tgk ajk seminar pertama ngn kedua lebih kurg sama je orgnye..haha..gud lak untuk seminar, insyaallah lg gempak taon ni oke
apsal rs mcm tak penah join seminar ha..?
*berazam mengikuti seminar tahun ni..*
Jackster:
heh, gmbr tuh jugak ko amik..
Chep:
rakaman tuh x konfem sgt boleh..
so cuba2 lah join..
Princess:
haih~ kitorg cube buat CD, tp konpem laa mahal! haha
Anonymous:
sape yg comel? wakaka
abgNipah:
mane ade lam borg muhasabah!
dh bace r.. :P
wakaka
diorg suke sbnrnye, mencapab kejap kat screen..
KakRem:
org yg sama supaya kualiti pun sama atau lebih daripada yg dulu! yeah!
abgWarouq:
abgWarouq sibuk ngan Misi Kemanusiaan..
haha
aik mane de keje2 zoom akhawat.. (musykil2)
Post a Comment