Tapi kali ini saya taknak memanjangkan isu. Cuma ingin berkongsi sesuatu. Tapi sebelum membuat perkongsian, kena merepek terlebih dahulu.
Berikut beberapa ScreenShot Google Analytics semenjak entry Boikot KFC disiarkan pada 8 Januari yang lalu:
-Tunggu page ini selesai loading dan Left-Click Pada Gambar Untuk paparan penuh Beserta Caption-
PageViews belog ini naik mendadak sekitar 100 pageviews sehari. Satu pencapaian yang amat membanggakan. Selalunya tidak pernah melepasi 50. Haha. Belog ini juga ditemui melalui Search Engine (GahooYoogle) dengan menggunakan keyword "kfc boikot". Maaf, anda telah termasuk ke adalam belog yang karut (baca: sesat). Lebih menakjubkan lagi, entry tersebut telah berjaya kekal di tempat pertama mengatasi pencabar terdekatnya: Beramal Biarlah Mengikut Kemampuan dengan DUA KALI GANDA. Kalau pilihanraya, memang kemenangan yang sangat besar.
Oh ya, untuk NOTA: Maklumat di atas adalah merujuk kepada rekod bermula 8 Januari - 18 Januari. Selain daripada tarikh tersebut adalah diabaikan.
Maka jom masuk kepada topik. Search Engine Optimization. Jackster lebih pakar dan faham mengenai istilah ini. Saya cuma memberi sedikit pen'seminar'an (baca: pendedahan).
Search engine Optimization adalah satu istilah yang diberi kepada kerja-kerja berat yang dibuat oleh sekumpulan buruh binaan untuk meningkatkan lagi kepopularan belog mereka di Search Engine (GahooYoogle). Terdapat banyak cara, tapi saya kongsi di sini satu dua sahaja.
Pertama sekali adalah pemilihan tajuk. Tajuk entry sangat penting. Pemilihan kata kunci yang tepat dengan masa, keadaan, situasi dan keperluan menjadi permainan yang sangat penting untuk meningkatkan kepopularan belog anda. Sebagai contoh, bulan ini isu boikot menjadi hangat diperkatakan, maka JIKA entry anda mempunyai perkataan 'boikot', peluang untuk muncul di Search Engine sangat cerah.
Kedua, label. Ada orang menggunakan Labels di blogger sebagai kategori. Ini adalah kekurangan bagi mereka. Sebab itulah Wordpress menyediakan Category dan Tags. Labels menambahkan lagi kepelbagaian perkataan, seterusnya meningkatkan taraf belog anda.
Namun begitu, peluang untuk muncul di Search Engine dipengaruhi banyak faktor. Antaranya adalah Google PageRank. Lebih besar nilai PR anda, lebih besar peluang belog anda untuk disenaraikan di tempat pertama. Lihat contoh ini:
Link yang pertama mempunyai PR yang lebih tinggi. Maka ianya mengatasi link belog ini. Bagaimana meningkatkan nilai PR? Saya sendiri tidak pasti. Tapi jika belog anda menjadi rujukan banyak pihak, kemungkinan untuk nilai PR menjadi tinggi adalah besar. Tapi bukan sebarangan pihak. Link dari 10 belog Gred C mungkin tidak mampu menyaingi 1 link dari belog Gred A. Kesimpulannya; jadikan belog anda sebagai sumber yang reliable dan tepat.
Oh ya, kalau dilihat pada pix di atas, saya highlightkan 'Reputasi'. Ini adalah feature terbaru Pak Google, untuk meningkatkan accuracy Search beliau. Sekaligus meningkatkan PR belog anda. Mungkin.
Oh ya, saya terjumpa sesuatu yang menarik sewaktu bermain dengan Google Search: hafiz adam. Hahaha HamadaHamdi, jangan sangka nama ko sorang je diambil sebagai nama tempat kat sini.
Baru sahaja selesai menonton First Kiss dan Seigi no Mikata. Keduanya berkisarkan tentang kasih sayang adik beradik. Dua drama ini juga berlainan dengan menampilkan percintaan watak utama dengan watak sampingan. Sesekali saya tersentuh juga, kerana saya tidak pernah serapat itu dengan adik-adik saya. Haha.
MP3 4Shared | MP3 Torrent | AVI Torrent | Lyric
Maaf saya tak jumpa video YouTube, mungkin kerana ianya telah dilesenkan. Tapi anda boleh rujuk link Torrent dan Lyric untuk maksud. Hehe. Lagu ini adalah lagu tema First Kiss dan merupakan juara Best Television Drama Theme Song Award.
Seterusnya Code Blue SP menanti giliran. Galileo SP dalam proses, Bebe sedang mendownload. Asyik dipaparkan dengan Thoracic Surgery, Code Blue membawa kelainan dengan bertemakan Emergency dengan sistem helikopter. Seterusnya Voice yang baru sahaja ditayangkan menggunakan Forensic Medicine. Harap tidak mengecewakan. Hana Yori Dango SP telah lama direlease tapi tiada masa untuk mendownload. Nanti kita paksa Bebe download. Haha.
Okeh till next time.
p/s: saya terfikir sesuatu tentang taqdim, kertas kerja dan timb presiden. ape dye? tunggu je laa dulu. kalau rajin, saya postkan entry 5 ayat tersebut. hehe.
5 penghinaan diterima:
Seigi no mikata mmg best....hana yori dango movie pon best
marketing strategy.. wateva it is, smg apa yg kita tls n buat, mendapat lebih banyak 'hits'Allah.
The blog does benifit us.. May Allah bless akudarahanakmalaysia blog
Kaizer_x:
aah, sangat best..
Shida Mirai bertambah comel~
and kakak dye pun macam siot je..
haha
Radin Comel:
'benEfit'. ke tuh English Australia?
isk.. spelling error..
benefit~
1 episode 10 genih..
wakaka..
Post a Comment