Hari ini hati saya tergerak untuk menderma darah setelah berkurun lamanya tidak pernah sekali pun menderma darah apatah lagi untuk menderma dara~. Hari ini Allah datangkan hidayah buat pertama kalinya.
Saya bukan seorang yang takut jarum, malah saya sangat excited apabila melihat jarum. Juga tidak takut kepada infection. Malah tidak takut kepada apa jua yang berkaitan ngan menderma darah. Mungkin ada rasa berdebar tapi ia bukannya takut. Saya pasti orang lain pun sebenarnya sama. Tapi kenapa belum pernah menderma darah? Malass~
Hari ini hingga Ahad diadakan Program Menderma Darah untuk disalurkan kepada Palestin, bertempat di belakang DarulHikmah. Saya sangat excited dan berkira-kira ingin mencuba. Sekali sekala menderma darah. Kalau best, boleh buat lagi.
Waktu itu langsung tidak terfikir darah yang disumbang akan masuk ke dalam jasad para pejuang yang bakal syahid di medan perang. Tidak pernah terfikir bahawa darah yang disumbang akan menyelamatkan nyawa saudara seIslam. Di fikiran saya waktu itu, NAK CUBA DERMA DARAH WALAU SEKALI SEUMUR HIDUP~
Apabila membuat beberapa pemeriksaan (dua je pun), saya boleh dikategorikan sebagai manusia yang tak sihat; Blood Pressure 130/80 (a little high), HemoGlobin Count 17.1 (normal 15-16).
Apabila melihat keputusan tersebut, sahabat-sahabat mula mengomen lagak bagaikan seorang doktor: Kurang tidur malam, banyak tidur siang, kurang makanan berkhasiat, jarang bersenam, blablabla. Saya langsung tak kisah semua itu. Yang penting - layak menderma ataupun terlepas untuk menderma. Wakaka.
Badan saya sangat kurus. Doktor tersebut tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencari blood vessel kerana ianya timbul di permukaan kulit. Saya pula yang bimbang kerana takut2 jarum yang besar itu merobek vein lantaran rupanya seolah-olah anda sedang melekatkan jarum di bawah lapisan epidermis kulit. Mereka yang biasa melakukan kerja ini pasti tahu. Hehe. (rujuk gmbar kanan)
Giliran saya tiba bersama seorang pakcik Arab, di sebelah kanan. Tunggu punya tunggu, darah yang mengalir keluar amat sedikit. Dalam hati sudah mula merungut kenapa ia malas nak keluar. Pakcik di sebelah sudah hampir penuh. Waktu itu sebelah kiri pula kosong lantas Pemenang datang menyibuk.
Pakcik kanan siap, dia terus blah. abgWarouq mengganti. Darah yang keluar SANGAT sedikit waktu itu. (rujuk gambar kiri). Apa lagi, mula dikutuk abgWarouq, badan ko kedekut darah, wakaka. Masa tuh saya dah mula rasa pening akibat hypovolumic shock.
Tapi pening-pening itu masih dirasakan biasa, tunggu dan terus tunggu. Mungkin kerana tercabar dengan kejian abgWarouq, laju pulak dia keluar. Tapi masih tak puas hati. Pandangan mula gelap, seolah-olah diletak satu layer hitam yang direndahkan opacity sebanyak 50%. Tapi saya masih menunggu lagi hingga penuh.
Tapi malangnya salah seorang doktor nampak blood bag yang menggelembung itu, haha. Terpaksa laa berhenti. Masa tuh pandangan dah jadi gelap gelita, saya dah tak nampak ape2 kecuali cahaya lampu yang terang berwarna putih. Ajaibnya, abgWarouq berhenti serentak dengan saya. Wakaka.
Pemenang yang terasa kebas sedikit pun terus berhenti, saya yang memang tak sihat nih menggatalkan diri terus bertahan hingga 2 orang selesai! HemoGlobin Count pemenang adalah 14.1, orang kata HemoGlobin seorang atlet. Wakaka. Saya tak pernah menderma sebelum ini maka saya rasakan ianya adalah biasa bagi seorang penderma untuk mengalami pening, loya, serta numbness pada tangan, maka terus bertahan.
Tambahan pula, saya telah terbiasa dengan pening + gelap. Ujian helikopter boleh saya selesaikan dengan mudah. Dalam keadaan pening gelap tak nampak ape pun saya masih boleh bangun mengambil air di dapur.
Apa itu ujian helikopter? Letakkan jari telunjuk kanan di atas lantai, kemudian pegang telinga kanan dengan tangan kiri. Kemudian berpusing 10 pusingan mengelilingi jari telunjuk kanan tersebut. Kemudian, serta merta bangun dan cuba ambil botol yang diletakkan 100meter dihadapan. Peserta pertama mengambilnya akan menang. Haha. Cuba buat di rumah selepas ini.
Pengajaran hari ini ada banyak. Pertama, ketahui limit diri. Dah tahu dan pasti kita tak mampu, jangan buat berlebih-lebihan. Cukup sekadar kemampuan diri. Serahkan pada mereka yang lebih layak dan berkemampuan melakukan peringkat yang lebih tinggi. Kalau boleh pertingkatkan kemampuan, usaha. kalau tak boleh, cari wadah lain yang kita mampu lakukan dengan efisien.
Kedua, jagalah badan anda. Tidur awal, makan cukup, bersenam, semuanya mesti dilakukan dengan baik dan konsisten. Bila badan sihat, otak jadi kuat! Sememangnya otak yang kuat itu mampu menggoncang dunia. Kwang3~
Ketiga, jangan buat sesuatu secara suka-suka. Tetapkan matlamat, sasarkan niat kerana Allah. Barulah amalan kita menjadi ibadah. Mendapat pahala, masuk syurga~ Orang nampak sia-sia, Allah tengok memberi manfaat.
Keempat, dermalah darah, jangan menderma dara. Anda tidak akan rugi walau sedikit pun. Darah yang hilang akan diganti balik, dara yang hilang takkan kembali lagi. Apa salahnya kita membantu mereka yang kurang bernasib baik, cedera parah, kekurangan darah di luar sana. Mereka juga saudara kita jika kita beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Ya, sesungguhnya HANYA mukmin yang bersaudara. Setakat muslim tidak akan hadir rasa persaudaraan itu. Hadirkan rasa persaudaraan itu, sebagai bukti kita beriman. Bukan sekadar di text message: Salam Ukhwah.
Okes, yang lain, fikir-fikirkan sendiri. Till next time~
16 penghinaan diterima:
Akak lagi teruk,setua-tua Mak Ngah ni, sekali pun tak pernah menderma darah..klu pun ada, satu sebab hidung selalu berdarah-dan kedua krn faktor2 tertentu yg tak dpt di elakkan which is hasilnya tidak dpt membantu sape2..hehe
Gerun tgk jarum, takut sedangkn berkemampuan, bgmaimana nk mengatasinya yer tuan dokter? ada cara ke?
ouch~
tersentuh hati bc post ni..
bgus betul..
xpe2..
pengajaran no 2-->
[jagalah badan anda. Tidur awal, makan cukup, bersenam, semuanya mesti dilakukan dengan baik dan konsisten. Bila badan sihat, otak jadi kuat!]
sgt lah sesuai di amalkan oleh tuan blog..
ok~
aku pernah derma darah 5 kali kot. hehe dapat sijil sekali. hehe :)
"HemoGlobin Count 17.1 (normal 15-16)."
polycythemia.. sian2.. huhuhu..
silalah menjaga kesihatan, sekian.
Mak Ngah:
cara tak takut jarum? cuba tikam peha Mak Ngah bertubi2 sambil ketawa macam setan~
Awk yg..:
ek eleh..
die tuh tak sedar,..
bile kne sound baru laa nak tdo..
haha
Knizam:
wahh, macam seronok je..
derma darah 3 hari berturut2 boleh ke tak r?
nk derma lg r..
sedap plak..
radin Comel:
waaa, power gile doktor nih..
tgk Hb Count SAHAJA dh bleh diagnose sakit hape..
wakaka
doktor lain bukan main susah wat RBC's Count nk tgk poly ke x..
tahniah bro! sbb berjaya derma..
*komen radin yang kelaka :)
aku 14.6.. atlet gak ke haha
" u have been positive for the 1st test. but, don't worry, we'll proceed to the next test to confirm the manifestation is really caused by the policythemia. i hope u'll accept whatever it'll be,"
"btw, i juz wanna know, do u have been living at the some sort of high altitude place, don't u?"
be patient or be a patient.. pick one~=P
(sowi.. exasperating mode lak)
Fatty:
lalala~ agak kelakar..
Jackster:
tak atlet, tuh normal bg pompuan..
kwang3..
Radin Comel:
yep, really exasperating..
until I dont understand what radin say..
level high too I think..
sorry, I shool lower only..
dont understand english level university..
kwang3
btw, I got some problem with my respiration..
maybe that was causing the high HB Count..
dont know..
lalala~
salam..sy da 4 kali..bkn nk bangga dr..tp x mau bg awk takut..nmpk cam takut jer..kih3..
owhhh...
tahniah2, semangat juang yg tggi nk derma darah..
x kesah la pengsan ke pitam ke..
smgoa usaha kita yg sikit ddpt keberkatanNya...
kalo kite kt cni pengsan je..diorg kat sane siap syahid lagi...
Alhamdulillah kerana sudah menderma darah kepada para mujahidin dan mujahidah. =)
Ikhlaskan niat kerana Allah. =)
Hehe... Saya pun kena jaga badan... Awak kurus. Saya pula sebaliknya. Nampaknya saya kena e-mail lemak saya kat awak. Wakaka... =p
Salam ziarah..
indah.best kan dapat derma darah.
pernah dulu, semangat dalam debaran nak derma,
tapi akhirnya, doktor tu kata berat tak cukup.
tapi kali ini, x cuba lagi.
mungkin boleh kali ni ,insyaallah.
(^_^)
Ilyani:
takut? xde pun.. siap berani terlajak.. haha
Chepingu:
mereka berjuang dengan cara mereka, kita berjuang cara kita, pertemuannya satu matlamat yang sama; menegakkan kembali Islam..
Adawiyah:
lemak? haha I prefer meat..
Arnamee:
pompuan asyik berat tak cukup je..
oh ye, kat Mesir nih x chek lgsung berat..
haha
salam...
saya takut darah... [pitam bila tengok darah~eeeeii]
saya takut tengok jarum... [rasa sangat ngeri+takut yang melampau~]
even bila orang cerita pasal benda2 ngeri, sy sgt takut~ [oh imaginasi sgt tggi..sy akn bayangkn mcm2~]
tp alhamdulillah saya dah 4X derma darah!
kejayaan yang agak besar bagi diri sendiri..
tak pernah rasa loya,dizzy,sengal2 otak,sengal2 badan & implikasi2 yang sewaktu dengannya after derma darah..
tempat kena cucuk pon x lebam teruk & x sakit pon..
syukur Allah permudahkn urusan saya...
so saya x rasa takut utk derma darah~
[tp saya tetap hemofobia~geli!!]
siyes klaka gile bace cite ko derma darah..ahahaha~~
naseb kite same r dinmat, darah lmbt sgt kuar sampai aku megutuk2 diri sniri selama beberapa saat..membe2 lain dah 5-6 org lepas baru la beg darah aku penuh.
mule2 cover macho lame2 dah x larat nk tahan..haha
Post a Comment