01 January 2009

Google Analytics Disember 2008

Akhirnya 2009 tiba, saya masih lagi berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu kali ini. Segala puji hanya pada Allah yang menghidupkan saya pada hari ini, tahun ini. Untuk edisi Disember, jom lihat Top 20 belog ini.


Dashboard
Download: MediaFire

Keseluruhannya, Visits dan Pageviews bulan ini menurun 10%++ dibandingkan bulan lepas. Mungkin disebabkan Internet Egypt yang merudum sejak kebelakangan ini, pengunjung dari Egypt yang menduduki tempat kedua tidak dapat melayari belog ini. Cewahh perasan. Padahal bulan lepas bilangan Update yang tidak seberapa (5 entry).

TOP 20 CONTENTS


Disember menyaksikan entry Ilusi Realiti menduduki tempat pertama. Ye laa, entry itu sahaja yang saya tulis dengan agak menarik. Wakaka. Tahniah diucapkan kepada diri sendiri. Tapi yang lebih memeranjatkan adalah Cerita Boring yang berada di tempat kedua. Kejadahnya?

TOP 20 REFERRALS


Referral tertinggi masih lagi iLuvIslam, jadi saya tidak ingin komen banyak sangat. Cuma referral dari Search Engine seperti Google dan Yahoo meningkat pada bulan lepas. Apa maksudnya? Maknanya belog ini telah menjadi rujukan yang agak tinggi juga di Search Engine tersebut. Wakaka perasan lagi~

Tahniah kepada Pemenang kerana berjaya menjadi belog tertinggi mempromosikan belog saya. Blogger lain, jangan putus asa, cuba lagi di bulan hadapan. Hehe.

TOP 20 KEYWORDS


Keyword tertinggi masih lagi 'akudarahanakmalaysia'. Saya merasakan bahawa manusia lebih suka menggunakan Search Engine berbanding menaip terus URL ke dalam Address Box. Betul tak? Malangnya saya lebih suka menghafal URL dan menaip terus ke dalam Address Box. Beberapa kali tersilap, saya akan cepat ingat URL yang betul. Huhu. Maka ambillah pengajaran: Hentam je jawapan exam, beberapa kali tersilap, akan cepat ingat. Hehe.

Juga manusia suka sesuatu yang berkaitan 'sakit puan'. Ni mesti lelaki gila seks nih. Haha. Juga tahniah kerana bulan ini tiada keyword lucah berjaya naik ke dalam Top 20. Wakaka puji diri sendiri lagi.

==========
Saya sebenarnya ingin membuat laporan untuk setahun tapi saya memasang GA ini pada bulan Ogos, maka tak boleh laa jawabnya. Sedih kan? Haha.

Okeh, till next entry..

1 penghinaan diterima:

Ami Farhani MNA on January 3, 2009 at 4:16 PM said...

baiklah, saya akan berusaha mengalahkan pemenang=p

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template