Teruskan pembacaan anda jika ingin tahu.
-Tunggu page ini selesai loading dan Left-Click Pada Gambar Untuk paparan penuh Beserta Caption-
Credit kepada IrfanTijari untuk berita ini.
Credit kepada MawiFC untuk gambar daripada Metro 22/1/2009.
Credit kepada Querbeet untuk Intro Code Blue.
Sangat menakjubkan kerana "hari-hari pelajar perubatan menderma darah". Bekalan darah kita memang unlimited kan, abgWarouq. Haha. Kalau tak silap, Pemuda Masjid menghantar wakil ke Sudan, bukan Gaza. MERCY yang pergi ke Gaza. Huhu. Tidak mengapa, jadikan laporan ini sebagai semangat buat kita.
Walaupun Israel dan Palestin telah mengadakan gencatan senjata, tapi janganlah kita kembali ke zaman dahulu, menjadi seperti biasa semula, kembali membeli barangan boikot.
Kekejaman Israel akan kembali semula satu hari nanti, maka kita teruskan kekejaman dan kekejian umat Islam; terus memboikot barangan mereka, dan terus menyebarkan risalah-risalah kesedaran. Kadang-kadang sekadar laungan boikot sahaja tidak memberi kesan, maka kita sediakan alternatif lain bagi barangan yang diboikot.
Antara kelebihannya adalah; manusia nampak apa yang boleh menggantikan barangan boikot. Kedua, sekaligus mempromosi barangan tempatan. Seterusnya meningkatkan ekonomi negara yang tercinta. Haha. Contoh yang menarik adalah seperti teman saya LeoKid. Warga Mesir, siapa ingin buat satu post di belog mereka?
Selepas ini, boikot House MD, tontonlah Code Blue, Team Medical Dragon, Nurse Aoi, dan Voice. Haha. Jangan sangka drama Jepun tidak boleh bersaing dengan siri Amerika. Edison no Haha dicalonkan dalam kategori Best Dramatic Series sempena Monte-Carlo TV Festival 2009 yang bakal berlangsung pertengahan tahun ini, sebaris dengan Heroes dan Lost. Hehe.
Masih lagi menunggu Code Blue SP siap. Disebabkan berlaku persaingan dengan Love Song, Querbeet membuat keputusan untuk me-release Hard Sub terlebih dahulu, dijadualkan esok atau lusa akan di-release di D-Addicts. Bebe, saba neh~ Nanti boleh download.
Credit kepada pinoy untuk sig ini
Project Yume wo Kanaeru Zou dah siap, beralih kepada project Zeni Geba pula. Saya tidak tahu sampai bila saya boleh komited dalam kegiatan fansub ini. Mungkin sebagai hobi yang menyeronokkan, saya akan cuba membahagikan masa.
Saya belajar sesuatu dengan melibatkan diri dalam kegiatan 'tak berfaedah' seperti dunia torrent, fansub, website, blog. Bagaimana budaya berterima kasih diamalkan setiap kali sub keluar. Bagaimana mereka sedaya upaya membekalkan sub dan menolong seeding, tanpa sebarang upah. Saya belajar nilai daripada mereka yang saya kira, masyarakat Melayu dan Islam sukar nak amalkan.
Lebih penting lagi, saya belajar tentang video, setting dan berbagai lagi perkara yang sangat malas untuk disearch di internet. Huhu. Pelajar kita sedia hulur bantuan dan kepakaran, jadi sekurang-kurangnya kena ada manusia yang belajar sesuatu ilmu selain medik. Maka, tutorial untuk Copuk akan siap dalam beberapa ketika, haha.
Sekarang saya lebih banyak menghabiskan masa dengan pembacaan. Menghabiskan semua buku yang telah berhabuk di rak. Walaupun saya tak segila KakRadin dalam membeli buku tapi saya mempunyai penyakit yang sama iaitu beli sekadar untuk koleksi. Hahaha.
Oh ya, saya terjumpa satu komik Indonesia yang menarik. Saya tidak tahu samada anda telah membacanya atau tidak. Sekarang ada beberapa individu cuba menterjemah ke dalam English dan Bahasa Melayu standard. Nanti saya postkan link nya.
Okeh, till next time.
10 penghinaan diterima:
code blue xbest sgt ah.hehe.=p
sekarang zaman boikot Amerika dan Israel, amka alternatifnya adalah Drama Asi..
Asia untuk Asia..
Ke Arah Kesemakmuran Asia Raya~
lalala
tentang 'hari2 menderma darah' dan 'dewan pemuda masjid' tu aku dh awal2 bgtau kat facebook ngan fs aku..bende tu mmg bukan keluar dr mulut aku. aku nak betulkan statement tu tp aku takde coverage yg baik utk sume org tau. so,hanye berharap org tak salahkan aku atas kesalahan statement tersebut. byk lg yg aku nak tak puas ati snanye sbb len yg aku ngan apest ckp,tp len lak yg de kuarkan dlm sokkabar..media malaysia mmg truk gak la..
Sangat menakjubkan kerana "hari-hari pelajar perubatan menderma darah". Bekalan darah kita memang unlimited kan, abgWarouq. Haha. Kalau tak silap, Pemuda Masjid menghantar wakil ke Sudan, bukan Gaza. MERCY yang pergi ke Gaza. Huhu. Tidak mengapa, jadikan laporan ini sebagai semangat buat kita.
--->ayat ko ni mcm menyalahkan aku. so,bende2 mcm ni la yg nak aku elakkan. takut org salahkan aku.
haha mane ade..
berita memang selalu buat salah..
hampeh tol..
cerita banyak tokok tambah nak menyedapkan ayat..
macam kes dulu kat sekolah, dah laa name salah, cerita pulak entah pape..
haih media2..
agak2 Pemenang pun macam nih gak ke?
Ya, kita teruskan boikot! Hmm... Kalau nak boikot citer2 dari Amerika, kita pun patut boikot internet sebab internet dihasilkan oleh orang Amerika kalau tak silap ana. Hoho...
Tapi ana pun dah lama tak tengok TV. Sebab ana lebih suka gi online! =D
Masa beli barang2 dengan mak kat Giant, ana tersedar sesuatu. Barang2 yang dihasilkan oleh orang Islam dah meningkat! Alhamdulillah! Sekarang banyak produk2 halal. Subhanallah... =)
dh complain ke kat org media?
hrmmm.. klu cmtu.. mmg xbgs utk kesihatan.. rse blog mengarut lagi bagus n beretika dlm menyampaikan kebnrn cerite2.. jdi ada apa dgn media semasa?
ps jgn rso.. sme2 kte membantu pemenang n skuad pemberitanya spy menjadi telus n benar dlm menyampaikan berite!~
wa~~ hebat la abgWarouq dan abgApest..kuar paper siap!! haih derg2 ni kan,sejak naik taon 4,makin femes plak aku tgk..hm,sedang mencipta name di mesia katenyeh?
Hmm... Macam mana akhi HafizAdam tambah nombor kat komen? Ana cuba tapi tak berjaya. Ada kesalahan tag, HTML cannot be parsed. Huu~
=(
byk la cipta nama..
sumenye tanpa disengajakan kot,kak rem..
Post a Comment