08 January 2009

Boikot: Dari Mana KFC Datang?

[MAP] Jumlah mangsa yang syahid berikutan peperangan yang dilancarkan oleh Israel di Gaza meningkat ke angka 700, manakala 3100 cedera termasuk yang kritikal.
Sumber: MiniPavilion


Seruan boikot semakin hebat diperkatakan. Kalau dulu sewaktu gencatan senjata antara Israel-Palestin, seruan ini hanya sekadar berlalu di celahan telinga, tiada siapa yang peduli. "Darurat.." kata mereka.

Sekarang semua orang memperkatakan tentang boikot. Dek kegeraman terhadap kekejaman Palestin. Namun jiran Palestin masih terus membisu. Malah menyekat bantuan yang ingin disampaikan. Berterusan ingin mengadakan pertemuan perdamaian, tapi tidak ingin bantuan diberikan. Sangat memelikkan.

Tapi dalam kepelikan itu, saya terus juga pelik dengan umat Islam sendiri. Kenapa? Kerana keghairahan kadang-kadang membuatkan mereka lupa. Kadang-kadang mereka mengikut sahaja apa yang dilaungkan.

Beberapa kali saya menerima forward mengenai KFC dan kaitannya dengan Israel. Saya ragu-ragu tentang kenyataan ini. Maka, saya Forward di sini posting sahabat iLuvIslam saya, LeoKid yang dibuat dalam thread ini. Saya telah compile-kan beberapa posting dan edit beberapa tempat agar lebih kemas.:

McDonalds ada.. tgk kat link sini: InMinds

KFC tiada kaitan dengan produk Israel mahupun apa kaitannya dengan Israel. The only connection yang saya rasa ada adalah kerana restoran KFC pertama adalah di Kentucky, Amerika Syarikat.

Malahan di Malaysia, syarikat yang menguruskan perniagaan KFC, Pizza Hut adalah sebuah syarikat bumiputra yang even mempunyai panel syariah yang tersendiri. Boleh rujuk post saya di sini:

Aisey melalut merata-rata lak. Dari topik Israel smpai ke KFC. Ehh?? Apa kena mengena KFC dengan Israel???? Saya check kat website InMinds tu takde pun disebut pasal KFC?? McDonalds ade la!

Ayamas pulak ke yang dikatakan company Israel? Allahurabbi T_T

KFC, Pizza Hut, Ayamas, Life (brand sos tu) dan restoran RasaMas adalah dioperasikan oleh syarikat QSRBrands Berhad, sebuah syarikat bumiputera. (QSR Brands).

Nah boleh tgk list board of director diorang kat sini. Semua bumiputera (kecuali sorg je). (Board of Director)

Bukan setakat tu, malah brand2 ini juga ada panel syariah yang tersendiri! Ini senarai ahli panel syariah bagi company tersebut:

1. Tan Sri Dato' Muhammad Ali bin Hashim
2. Ahamad bin Mohamad
3. Tan Sri Dato' Abdul Kader bin Talip
4. Dato' Haji Nooh bin Gadot
5. Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin
6. Dato' Haji Md Hashim bin Yahaya
7. Dr. Yaakob bin Che Man

Eh kejap2. Tengok balik number 4 tu, macam kenal. Macam pernah dengar nama tu, tapi di mana ya? Ehh? Tu bukan mufti johor ke?? Waa..kalau da mufti johor sendiri yang jadi panel syariah yang memantau halal&haram baik dari segi produk malah urusniaga untuk Ayamas, KFC, Pizza Hut, Life dsb, kenapa kita perlu ragu-ragu lagi??

So point saya, (yang juga berbalik kepada isu boikot), bagi saya kalau nk boikot tu boikotlah. Tapi jangan la boikot membuta tuli. Asal dengar je, boikot. Dapat msg forward merata-rata je, boikot. Kalau tengok kat website InMinds tu, diorg siap bagi description n penjelasan lagi, kenapa syarikat yang disenaraikan itu perlu diboikot.

Boikot, boleh jadi satu usaha kita memanifestasikan rasa sayang kita kepada Islam. Tetapi, silap langkah, ia boleh menjadi satu kezaliman dalam kita tidak menyedarinya.

AlQuran sendiri mengajar, dalam surah hujurat ada dinyatakan untuk kita teliti kebenaran terlebih dahulu. Sebab apa kita kena buat camtu? Allah sendiri da sebut dalam ayat tu - "agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan)". Kita taknak kaum/golongan yang tidak bersalah, dizalimi dek kerana malasnya kita nak meneliti kebenaran yang disampaikan.


Tahniah diucapkan kepada mereka yang memboikot secara membuta tuli tanpa menyelidik dan mengesahkan maklumat yang diterima (sekaligus mengingkari arahan Allah dalam 49:6), kerana sesungguhnya mereka dikhuatiri telah melakukan kezaliman.

Point saya di sini adalah:

Teruskan memboikot, tapi jangan memboikot secara membuta tuli tanpa mengetahui hujung pangkal pemboikotan tersebut!

Sebagai contoh, McD merupakan antara jenama yang perlu diboikot, kerana dikaitkan dengan Israel. Macam mana tahu? Kita boleh lihat di website InMinds tu, ada diberikan hasil kajian mereka (sumber boleh didapati di website mereka):

RESEARCH FINDINGS:
McDonald's is the largest and best-known global food service retailer with more than 30,000 restaurants in 121 countries.

McDonalds chairman and CEO Jack M. Greenberg is an honorary director of the American-Israel Chamber of Commerce and Industry, Inc., of Metropolitan Chicago.

According to the Chicago Jewish Community Online (website of the Jewish United Fund of Metropolitan Chicago), McDonalds Corporation whose global headquarters is based just outside Chicago is a major corporate partner of the Jewish United Fund and Jewish Federation.

Through its Israel Commission, the Jewish United Fund "works to maintain American military, economic and diplomatic support for Israel; monitors and, when necessary, responds to media coverage of Israel".

The Jewish United Fund runs "Fun-filled Summer Family Missions to Israel" (the next one is on Aug 19 2002) where families get to "visit an army base and meet with Israeli soldiers" and "visit our sister city, Kiryat Gat and see the important work we are doing there". Kiryat Gat, you may be aware from the Boycott Intel Campaign, is built on stolen Palestinian land - the lands of the villages of Iraq Al Manshiya and Al-Faluja whose residents were ethnically cleansed in 1949 in contravention of International Law[6]. Through its "Partnership to Israel" programme, the Jewish United Fund provides $1.3 million annually to help the development of Kiryat Gat and to promote further illegal settlement there.

In the Jewish United Funds outreach program they pay for Christian leaders and American high school kids to visit Israel and be fed zionist lies.

McDonalds entered the Israeli market in 1993 and now has 80 resturants across Israel, providing employment to some 3000 Israelis.


Saya bukan hendak membela mana-mana pihak, mahupun menjustifikasi apa-apa tindakan yang siapa2 lakukan. Apa yang saya concern adalah, saya melihat dalam usaha mempromosi boikot ini ada berlaku kezaliman, yang jarang sekali diambil berat oleh pihak terbabit.

Sungguh memalukan, kononnya "ibadah dan jihad", tapi di dalamnya terselit kezaliman yang berlaku akibat kejahilan! Allahurabbi!


Sungguh panjang Copy-Paste ini. Satu perkara yang belum pernah saya buat. Apa yang perlu dihairankan, saya memang pelik hari ini lantaran menulis mengenai Palestin. Blog ini cuma karutan yang TAK boleh sama sekali dikaitkan dengan isu SERIUS.

Saya tidak Kopi-Pes membuta tuli. Agak lama saya mencari di InMinds, Wiki, KFC, Yum Inc dan Google sebelum membuat keputusan utk bertanya di entry ini.

Juga boleh dibaca persoalan ini di Ruhul Jadid. Satu-satunya sebab untuk memboikot KFC mungkin kerana ianya berkaitan dengan Amerika. Tapi kenapa KFC? Kenapa bukan filem Hollywood? Kenapa bukan A&W? Nak boikot Amerika, boikot semua. Kesian kat KFC, menjadi satu-satunya mangsa boikot yang datang dari Amerika. Kan?

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan isu Palestin, baru sahaja membuka minda, tersedar dari kejahilan agama, boleh cuba bermula di IfAmericansKnew.

Mereka yang ingin mengikuti perkembangan terkini Palestin secara terus menerus, boleh merujuk MiniPavilion.

Tidak dilupakan kepada seluruh penduduk Mesir, jangan lupa menyemak EgyptDailyNews untuk mengetahui tindakan terkini Mesir, jiran sebelah rumah Palestin.

Baru berperasaan untuk memboikot? InMinds dalam proses merenovate website mereka. jadi mereka telah menyediakan page sementara yang saya kira sangat comel. Rujuk SENARAI beserta SEBAB di sana.

Sekarang, boleh sesiapa comment kat bawah nih,

Dari Mana KFC Datang Ke Dalam Senarai Boikot Israel Korang?

======
UPDATE
======
Kerana entry ini sangat popular, maka saya telah tambah entry baru DI SINI

19 penghinaan diterima:

Anonymous said...

oh, ye ke..
sokong la..

setiap tindakan kita mesti berpaksikan sebab yang kukuh dan jelas..
bukan main ikut org je..

ape pun,
still lagi dgn nasi yaman la..
best.. (^_^)

Anonymous said...

Bagus sekali maklumat anda..
KFC Holding memang dikuasai oleh bumiputera..
Mungkin namanya dibeli dari negara luar (mungkin AMerika kot)..
Memang kengkadang aku pun sangsi nak boikot-boikot ni.. Cuba pikir berapa ramai anak muda yang keje kat KFC.. Kalau semua boikot..

Ntahlah.. Nak komen byk2 pun aku bukan bijak pandai pun..

HafizAdam on January 8, 2009 at 1:56 PM said...

hehe first skali, saya bukan membela KFC. saya dah tak melihat KFC selama setahun, rasanya. mungkin kerana ia ade kaitan dengan Pepsi (yg ni pun saya tak jumpe sumber), sebab tuh saya letak soalan kat bawah tu supaya saya tahu dari mana korang dapat cerita bahawa KFC adalah Israel.

persoalan tradename KFC pun, ia berpusat di Amerika (salah satu sebab kalau nak boikot AMERIKA), tapi utk dikaitkan dgn Israel, jauh sekali. banyak lagi produk AMERIKA yang lain, kenapa KFC menjadi mangsa? haih pelik2..

Anonymous said...

send my regards to leokid..
tak elok memboikot membabi buta..opps men khinzir buta..

Anonymous said...

terima kasih kerana berkongsi info ini. memang dari awal saya dah rasa ada yang tak kena dengan senarai boikot tu. seharusnya penyebar selidik dahulu kebenaran apa yang disebarkan, bukan terus membuta tuli forwardkan mesej tu kepada rakan2.

saya akan lancarkan kempen bagi isu ini dalam beberapa hari lagi. harap dapat sokongan daripada para blogger.

Anonymous said...

bagus2, aku mmg jarang gi McD pn sblm ni.. kalo KFC tu ada la gak..

[MH] on January 10, 2009 at 3:02 PM said...

salam...

sy mmg penah dgr ttg isu ni..
tp tu la,maknanya kfc mesir dan seluruh dunia ni pun,syarikat bumiputera punya ke?
kfc di Malaysia saja yang tidak diboikot??..
erk,ke sy ni tak faham2?

mintak tunjuk ajar

HafizAdam on January 10, 2009 at 6:14 PM said...

tak kata pun takleh boikot..
bertanya sahaja..
utk kepastian..
saya dah tulis kat atas:
Dari Mana Korang Dapat Senarai Boikot KFC?

ade pula yang bertanya: pemilikan memang bumiputra.. tp KFC tuh tak kena bayar Tax ke sebab gune name KFC?

soalan saya bukan bumiputra atau tidak tp di mana bukti KFC menyumbang kpd Israel..
astaga walaga..

Fanta dan Maggi yang saya rasakan hanya di Mesir dan Malaysia, respectively pun ade disebut, takkan laa KFC yg worldwide takde..

kan? nak boikot dgn sebab ia produk Amerika? so boikot laa mende lain jugak, jgn boikot KFC je..
kurg2 mereka ade alasan utk menenangkan jiwa, org lain pun kne boikot gak sbb datang dr Amerika..

kan? saya tak bercakap mengenai KFC di sini. cuba lihat dgn skop yg lebih luas..
boleh?

kelemahan masyarakat skrg adalah mereka gagal mengambil isi tersirat, pabila dikaburi tersurat..

Eng Einy on January 14, 2009 at 8:56 PM said...

aku penin r dinmat..org skang boikot secara besar2an terhadap bnd yg menyumbang kpd dana israel..kalo kfc mesir ni die menyumbang israel x? beliau milik siapa senarnye?

kalo produk tu made in america kite tetap kene boikot gak kan sbb amerika penyumbang terbesar israel

realiti skang byk sgt produk hasil perkilangan amerika n negara2 sekutunya..nk cari alternatif lain memg susah..tp ade je

incik neng on January 17, 2009 at 11:51 AM said...

best! best! makasih atas info bernas neh .Walaupon aku tak dok melesia dan tak buleh makan hatta KFC pon tapi nanti aku balik cuti nak gak makan .syabbas inspektor sahab

Anonymous said...

Salam,
KFC dimiliki Yum Inc, satu gabungan syarikat yang dimiliki Organisasi Zionis dan seperti syarikat2 milik Zionis yang lain, memberi sebahagian keuntungan syarikat mereka kepada Israel.
Mcamana nak relate KFC Malaysia dgn KFC sana.. senang - learn mcmana operasi bisnes, dlm kes ni, chain outlets n franchise. KFC operate secara franchise di mana2 negara pun, di Malaysia memang dimiliki oleh syarikat bumiputera pun. Faham konsep ni, then kita clearly boleh nampak,mcmana duit yg kita spend di KFC akan sampai kat Israel.

tq.

HafizAdam on January 17, 2009 at 5:57 PM said...

KakRem:
Bernas2 kakRem..
boikot sebab ia Amerika, bukan sbb Israel..
so kne laa boikot byk lg produk Amerika..
kan? bagus kakRem mmg bijak..

Incik Neng:
info? nih PERSOALAN la sayang..
haha

Boikot:
betul lah tuh..
saya dah jelaskan dalam komen sebelum nih..
Yum Inc memang organisasi yg sangat besar. tapi dalam banyak2 senarai syarikat dia tuh, satu pun saya tak jumpe kenyataan bahawa mereka menyumbang kepada zionis.
amat tak logik InMinds mengabaikan syarikat sebegini besar. maka langkah berjaga2 kita boikot dgn sebab Amerika.

=====
Adik2 abang2 kakak2 sekalian, post di atas bukan menyuruh anda semua tak boikot KFC, tapi sila berhati-hati dalam menyebarkan maklumat. kadang2 yang menyumbang kpd Israel adalah Syarikat Makanan Ringan McDonald tp di sebarkan Syarikat Makanan Ringan hingga KFC pun terlibat sama.
Setakat nih mereka yang mendakwa KFC ada kaitan dengan Israel, takde bukti langsung. Sekadar laungan sahaja.
Samalah dengan laungan "Jangan sebut bye sbb maksudnya adalah di bawah naungan pope".

Sekali lagi, saya tak larang anda semua memboikot KFC, kerana entry ini adalah PERSOALAN, bukan MAKLUMAT. Tapi selagi bukti belum ditemui, perbaiki balik TUJUAN anda boikot KFC; kerana Israel, atau kerana Amerika.

Anonymous said...

"Fanta dan Maggi yang saya rasakan hanya di Mesir dan Malaysia, respectively pun ade disebut, takkan laa KFC yg worldwide takde.." (quote)

Fanta dan Maggi adalah produk seluruh dunia, bukan hanya di Mesir dan Malaysia sahaja. Sila rujuk wikipedia.

Anonymous said...

Pasal KFC perlu boikot atau tak, just rujuk balik lah kepada fatwa perkumpulan Ulama sedunia yg diketuai Dr Yusuf Qaradhawi.

Fatwa mereka meletakkan Israel dan Amerika sebagai wajib diboikot. Apa2 yg berkaitan dengan keduanya wajib diboikot.

Dan seperti yang dikatakan dalam komen2 sebelum ni, dan oleh Author sendiri, janganlah membuta tuli menuduh mana2 organisasi memberi sumbangan "direct" kepada Israel. Jadi senarai barang2 yang perlu diboikot ni perlu dikaji dengan teliti kesahihan dia.

Adapun begitu, produk2 seperti KFC yang dikatakn oleh pihak author sendiri pun perlu diberi perhatian, sebab ia merupakan produk yg samar2 dan kita tak tahu ke mana pergi kewangan mereka. Since kita tak tahu, timbullah syubhah. Klau syubhah tu dekat kepada yg haram, elok kita jauhkan.

Dan mungkin sebab inilah senarai2 ni dimasukkan kedalam senarai boikot. Mungkin mereka yg buat senarai ni perlu lebih prihatin tentang maklumat2 yg mereka sampaikan, dan mungkin mereka boleh masukkan senarai ni tapi sebagai senarai yg "syubhah". Pengguna sendiri la yg tentukan. Allah saja yg tahu.

Bukan niat nak mengharamkan KFC mahupun menghalalkan, cuma kita perlu yakin bahawa kita dapat maklumat dari sumber yg dipercayai dan tahu tentang produk2 yg kita beli tu menyumbang secara terus/secara tak langsung kepada amerika dan Israel.

Anonymous said...

Barang2 yang perlu diboikot berbeza ikut negara. Contohnya, Schwepes di UK termasuk dalam senarai boikot(boleh rujuk inminds: pada lambang Schwepes ada perkataan UK dalam kurungan), tapi di Mesir Schwepes disenaraikan dalam risalah edaran Ikhwanul Muslimin sebagai alternatif bagi Coca-Cola & Pepsi.

Anonymous said...

haha, sori la nak kata en, kawan aku kata:

"ko ingat Mufti leh caya ke? kadang2 mufti mane leh caya.."

aku rasa KFC ni memang sumber die Israel la..

ntah la. yg penting, aku boikot gak :P

haha

Ustaz Abu Hilal on December 16, 2009 at 5:11 PM said...

Assalammualaikum wrb.

banyak pendapat kita dengar pasal boikot kfc ni. sebelum kita betul-betul yakin dengan JANGAN BOIKOT KFC, kita perlu tahu asal usul penubuhan kfc dan susur galur organisasi dia juga. kenapa kita kata kfc malaysia takde kaitan dengan US ISRAEL walhal kfc tetap membayar certain amoun kepda US. kfc kat seluruh dunia ni buka branch melalui sistem francais, kita semua tahu bila sebut francais, maka ia tetap kene bayar royalti sebab 'BRANDING' atau kita sebut sebagai 'PENJENAMAAN'. beberapa tahun lalu syarikat RFC malaysia telah disaman oleh KFC Pusat yang terletak di US hanya kerana menggunakan warna yang sama pada logo restorannya. jadi, boleh ke kita kata kfc malaysia fully owned by Johor Corporation?

Mengapa ia diberi nama kentucky fried chicken? kfc ni awal-awal diusahakan di satu daerah di US iaitu Kentucky. thats why ia diberi nama kentucky fried chiken. semua bisness di US dikehendaki membayar kepada pihak kerajaan US, kita semua tahu kerajaan US melaburkan sebahagian daripada keuntungan negaranya untuk membiayai atau membantu kegiatan ISRAEL. syarikat KFC sahaja menerima sebahagian dari keuntungan melalui rangkaian antarabangsa. cina adalah negara paling banyak cawangan kfc iaitu melebihi 1000 cawangan di seluruh negaranya. sila rujuk sejarah penubuhan kfc di enjin carian google, taipkan 'the history of kentucky fried chiken', you can find so many link yang cerita pasal sejarah kfc ni, salah satunya ialah http://www.answers.com.topic/kfc-corporation.


mengapa kita perlu takut pekerja2 di kfc hilang punca pendapatan sedangkan mereka boleh diberi inisiatif untuk bekerja di tempat lain. sebahagian daripada kita berebut2 nak buat francais kfc sedangkan di Malaysia telahpun diwujudkan RFC (RADIX FRIED CHIKEN) yang fully owned by usahawan Muslim, RFC adalah di bawah HPA. HPA tidak pernah mengimport ayam dari mana2 negara tetapi menternak ayam sendiri. ayam HPA pula diternak mengikut cara ISlam malah reban ayam HPA didendangkan dengan ayat al quran selama 24 jam sehari tanpa henti, ia tidak disuntik dengan ubat hormon seperti mana ayam yang terdapat di pasaran. untuk pengetahuan para pembaca permintaan terhadap ayam di negara kita malaysia ni terlampau tinggi, ayam di negara kita tak cukup untuk menampung permintaan yang tinggi itu, disebabkan permintaan yang tinggi, maka terpaksa lah negara kita import ayam dari luar negara. kita kata JAKIM buat pantauan kat tempat sembelihan ayam Ayamas yang supply ayam ke KFC dan PIZZA HUT, lepas tu dapat HALAL JAKIM, memang betul, adakah kita pernah terfikir, JAKIM pernah tak sampai ke luar negara untuk buat pantauan terhadap cara sembelihan ayam ni. negara jiran kita ialah Thailand, sumber ayam juga boleh didapati dari negara jiran ini, kita sendiri tidak yakin dengan cara penyembelihan ayam ni.

apa nak takut, tak dapat kerja kat kfc, banyak lagi sumber rezeki yang baik2.

kfc is wholy owned by Yum! Brands Inc. wich also operates the Pizza Hut, Taco Bell, long John, Silvery and A&W. pada July 1971, kfc merge dengan Connecticut-based Heublein Inc. a speciality food and alkoholic beverage corporation. sila layari http://www.answers.com.topic/kfc-
corporation untuk maklumat lanjut.

kalau kita kata kfc tidak membiayai ISRAEL, di sini buktinya http://www.jewishvirtullibrary.org/jsource/states/KY.html

tak sesuai jika kita katakan kfc malaysia fully owned by johor Corporation. pada 1986 PepsiCo telah membeli kfc dengan harga $840 billion USD. dalam senarai barang yang harus di boikot, Pepsi adalah salah satu jenama minuman yang harus diboikot kerana membantu ISRAEL.

wallahua'lam.

Dari Kepten LT ustaz Muhammad Kausar http://lt-network.ning.com

5zal19 on June 6, 2010 at 3:17 PM said...

dlm byk2 kmen ni, kmen muhammad plg bernas..skong2..heh3..mmg x dpt dnafikan lg bhawa amerika n israel kan msg2 skutu..so kalo da kate kfc 2 amerika so kre trmskla dlm snarai boikot..duit yg israel dpt amerika salurkan..igtlah kte rsau rkn2 kte khlgn krja di kfc, tp kte x trpkr pun saudara2 Islam kta yg brada di Palestine yg khlgn nyawa..kerja bley cri len tp nyawa tidak boley dtkr gnti..biarla org kate "eleh ko boikot sorg tp rame lg yg mkn x jjs pun" tp igtla skrg2nye ianya dpt djadikan alsn utk kta diakhirat kelak apabila kta dprtnggungjwbkan ke ats kematian saudara2 Islam kta yg lain...wallahualam..

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Simple..
Boikot cara hidup yahudi atau boikot produk yahudi..cari lah yg lebih baik utk boikot krn salah satunya jelas umat islam masih lg mencintainya & lebih baik lg jika dpt boikot kedua2 nya skali kn..

Jgn mempertikaikan soal rezeki krn yakinlah rezeki Allah yg bg..

"Malaikat bertanya lg:" tidakkah bumi Allah itu luas, yg membolehkan kamu behijrah dgn bebas padanya?""

An Nisa', verse 97..

Wallahualam..


 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template