07 April 2008

HafizAdam Guiness Book of Record: 12 Hours Non-Stop REM Sleep

Sekarang jam menunjukkan pukul 8. Masih lagi dalam proses menyiapkan TIBBians05. Rancangan asal ingin dicetak esok. Tapi saya rasa sakit mata pulak membaca artikel-artikel nih. So lepak kejap main tenet.



Semalam saya berjaga sampai pukul 5 pagi kemudian TERtido. Bila bangun, jam still menunjukkan pukul 5. Ya, 5 petang. Maknanya saya telah TERponteng semua kelas hari ini. Juga tertinggal solat Zohor.



Baiklah, kebelakangan ini banyak berita yang mengejutkan diterima. Mula-mula, 'anak saudara' saya yang kedua - Syaima' baru je selamat dilahirkan 27 Mac yang lalu. Fateh dah jadi Abang Long. Sama seperti saya. Berita dan gambar boleh dibaca di PERUBATANonline dan blog Abang Muhaimin sendiri.





Kemudian kisah adik saya kahwin. Sebelum nih memang ada tapi mungkin sebab kali nih kat Kaherah so terasa dekat. Padahal tak kenal pun pengantin - Fareez:Husna tuh. 'Abang' hape tak kenal 'adik-adik' nih :P. Apa-apa hal, selamat pengantin baru. Agaknya bila giliran saya untuk menerima ucapan tuh. Kisah panjang dan gambar boleh di baca di blog adik saya - Fathiyyah.





Nak promote sikit, kali nih TIBBians membawakan isu keselamatan serta perkahwinan. Kisah cinta Muhaimin-Faqihah ada dalam tuh. Walaupun tak jiwang namun cukup untuk dijadikan panduan. Juga keselamatan pelajar-pelajar di Mesir nih. Dengan kes bunuh dan raba, mungkin isu kali ini boleh membawa kita lebih peka dengan diri sendiri sewaktu melepak tengah malam di luar rumah.



Yang terbaru, blog Kontroversi Perubatan Mesir nih. Secara peribadi, memang bagus adanya blog nih. Tapi address blog tuh macam menggambarkan persatuan pulak. Memang ada dinyatakan bahawa blog tersebut tidak berkaitan dengan mana-mana persatuan tapi lambat terpapar di muka depan.



Lagipun kalau disalahfaham oleh sesetengah pihak, mereka boleh menggunakannya untuk kepentingan peribadi atau politik. Ataupun kerajaan boleh menarik balik pengiktirafan di sini, lebih awal dari yang dijangka. Apa-apa hal, teruskan usaha my friend. I wonder if we also should make a blog about our allowance?



Okeh sebenarnya upload dan download di rumah saya amatlah lembap. Beribu lemon kemaafan dipinta daripada mereka yang setia menanti tutorial daripada saya tidak kira tutorial peribadi atau PERUBATANonline. Harap dapat bersabar. Kalau boleh, search kat Google untuk tutorial daripada orang lain.



Maaf sesangat. Dua gambar di atas pun telah saya kecilkan saiz supaya dapat di-upload. Tapi untuk tutorial, saya lebih prefer gambar yang besar supaya lebih jelas. Banner baru blog pun belum boleh diupload lagi. Lagipun template baru nih macam ada masalah sikit. Jadi, time to explore coding.



Sempena musim exam yang telah bermula 6 April lepas, saya memohon kemaafan atas kesyaitanan sikap saya semenjak-dua menjak nih. Sebenarnya tu sume gurauan. Tapi mereka yang bergelar pompuan - adik dan kakak serta awek - cepat terasa. Mereka yang baru berjinak-jinak dengan saya pun mudah terasa.





Musim exam adalah musim menjadi baik soleh solehah jadi, sama-sama kita tingkatkan amal, banyakkan stadi. Hehe. Moga-moga kesolehan anda semua berkekalan - although I'm not that type. Jadi sebelum sambung kerja TIBBians nih, renungkan nasihat saya kepada adik saya yang masih mencari tujuan dia memilih bidang kedoktoran nih. Salam sayang.



Kenapa kita nak jadi doktor? Kalau kerana duit, apa akan jadi jika tak dapat duit? Kalau kerana minat, apa akan jadi bila dah hilang minat? Kalau kerana ingin menolong orang, apa akan jadi bila orang tak nak pertolongan? Kalau kerana pandai biologi, apa akan jadi kalau biologi takde kaitan ngan medic? Kalau kerana mak bapak, apa akan jadi bila mak bapak takde? ADAKAH KITA AKAN QUIT DARIPADA MENJADI SEORANG DOKTOR?

[HafizAdam]

7 penghinaan diterima:

Anonymous said...

nape pelu kec0h2 psl bl0g 2??students under agent tade ape2 hal pn 0rg lain lak yg kec0h2...np pelu timbul kn perkare ni lg...

"I wonder if we also should make a blog about our allowance?"==>kt0rg blaja gune duit sendiri...sedar x tax yg parents kt0rg baya tu akn disalur kn gak kt k0rg...

xsume yg ditulis dlm bl0g tu benar...

Anonymous said...

salam...
hmmm...
sy nk komen ckit sal ulasan saudara ttg blog perubatanmesir...
mcm yg kte sume sedia maklum,blog tu da jadi hangat da skrg...
mcm yg saudara katakan...
"Secara peribadi, memang bagus adanya blog nih"...
tapi bg saya, apa yg bgsnyer??
saudara x terfikir ke yang kata2 saudara sedikit sebanyak boleh mengundang kekecohan??
pernah saudara terfikir perasaan budak2 private tu??
walaupun blog tu hanya nk membongkar perkara ttg agensi...
tapi adakah btol 100%?? mana buktinya kalo btol??,ini sedikit sebanyak memberi impak pada mereka yang datang dengan agensi...
dan saya merayu agar saudara deletekn apa-apa yang berkaitan dengan blog perubatanmesir tersebut...
baik di blog saudara ataupun di laman web lain (i luv islam) to be specific...
mgkn bkn niat saudara nk menimbulkan kekecohan, tapi untuk kemaslahatan bersama... sila pertimbangkan... saya merayu... cukup2la dengan masalah yang menimpa mereka... jgn curahkan minyak pada api yang sedang marak...
salam~~

HafizAdam on April 10, 2008 at 1:42 AM said...

hoho..
pendapat tuh secara peribadi..
bukan secara maslahah..

saya sebagai ahli PERUBATAN yang memikirkan kepentingan semua ahli, berpendapat bahawa isu yang sensitif begini mestilah diselesaikan dengan cara yang betul. kalau tak, dah lama kami guna cara aduan suratkhabar untuk menyelesaikan masalah elaun yang tak cukup kitorang hingga terpaksa merempat jual tisu di laluan subway.

yang dah lepas biarlah berlalu. tak dinafikan banyak fakta yang salah. budak agen tak bersalah, budak tajaan pun x salah.

personally saya lebih prefer kalau budak medic tak datang langsung ke Mesir nih. biarlah kesucian tempat nih terpelihara. biarlah golongan azhar sahaja yang menguasai Mesir. kita asyik memikirkan betapa hati kita terluka, sedangkan hati ustaz2 lebih byk terluka dengan kita, kerana sikap kita, kerana akhlak kita, kerana kita menaikkan harga barang dan tambang.

saya tiada kaitan dengan mana-mana admin blog tersebut dan admin iLuvIslam untuk meletakkannya di topblog. saya hanyalah seorang user biasa, yang akan bersara dari admin team PERUBATANonline tak lama lagi.

satu lagi, teguran secara anonymous adalah sama seperti blog yang anda kutuk itu. kalau takde akaun Google, sekurang-kurangnye tinggalkan nama dan alamat utk dihubungi, sebagai tanda anda bertanggungjawab dengan penulisan anda. malah ini adalah etika penulisan.

faridah YD on April 12, 2008 at 8:10 PM said...

hati ustaz2 lebih byk terluka dengan kita, kerana sikap kita, kerana akhlak kita, kerana kita menaikkan harga barang dan tambang

i would like to quote that word..the akhlak part i can accept it..i cant deny it..however, the fare and groceries(or things in general) increase i cant accept that..initially i think the same way as you do but you have to realize price increase occur worldwide..not only in egypt..i think you know that there was a riot in egypt..anyway, i would like to say sorry to you if you find my words offend you

HafizAdam on April 12, 2008 at 8:22 PM said...

i didnt deny that..
but price in Egypt lies in Arab's words..
there is no price tag lol..

dont you know how hard it is for the LE200-zakat-student to find house here?

"malizi?"
"aiwah"

terus LE1000 sebulan..
sbb kite x kesah semahal mane pun kiter still mampu tggung (well, dalam lingkungan r)

but i appreciate your comment..
i'm glad if someone can comment the wrong-facts i used..

we all have a different mind, different way of thinking..
that's why i'm blogging lol..

faridah YD on April 12, 2008 at 11:00 PM said...

im cool reading your reply..no heart feelings..thats norm for blogger

yeah you got a point there cuz we are also having the same problem here..i look at your quote in different way..words can be interpret in different way, right? and yes, i do agree with you on the last part..am looking forward to read more of your posts..lol

HafizAdam on April 13, 2008 at 4:48 AM said...

it's rare to see me writing something 'useful' like this..
i think u need to wait for another year..
muahaha..

p/s: sbnrnye reply kat ats tu x lengkap..i wonder how did u understand..

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template