30 December 2009

Saya-Awak

Pertama kali anda bertemu seseorang, mungkin anda menggunakan "Saya-Awak", tapi kalau sahabat karib atau rakan-rakan, apa kata ganti diri yang anda selalu guna?

Sesekali apabila teringat diri saya yang dahulu, membuatkan saya tersenyum seorang diri seperti manusia gila. Antaranya dalam bab kata ganti diri.

Sebab hingga Tingkatan 5, saya menggunakan "saya-Awak" dengan semua manusia. First-timer, kawan lama, teman se-dorm, classmates, semuanya saya bahasakan "Saya-Awak". Comel kan?

Dari Tingkatan 1 hingga 5, suasana sekolah tidak berjaya mengubah saya menggunakan "Aku-Ko". Eh, bukan. "Aku-Mung" bagi Terengganu. Maaf semua, saya memang tak boleh sebut perkataan tersebut pada waktu itu. Kesian Kriey dan semua yang sentiasa mengajar saya menyebut "Aku-Mung", usaha anda hanya sia-sia. Haha.

Sebaik sahaja menjejak kaki di Intec, saya rasa itu adalah perubahan pertama yang saya buat; Menggunakan "Aku-Ko". Kenapa senang nak berubah ekk? Adakah tarbiyah di Intec tidak kuat? Haha. Mungkin dakyah budak KISAS sangat berkesan. Ataupun Iklim Diini di SMKA Tok Jiring sangat best?

Oh tidak, Iklim Diini cuma satu istilah yang tidak semua orang boleh rasa. Kalau tidak, sekolah takkan mempunyai masalah disiplin, takkan ada gangster, perempuan pun takkan ada yang tidak memakai bra atau stokin. Haha. Ianya memang satu suasana yang sesetengah manusia sahaja boleh rasa. Maka mungkin saya salah seorang yang merasainya? Ceh, saya sendiri merupakan pelajar bermasalah. Abaikan point ini.

Sepanjang menggunakan "Saya-Awak", memang banyak cabaran. Apabila diingat balik, banyak juga saya diejek dan diajuk dengan panggilan tersebut. Tapi kenapa masih tegar hingga 5 tahun? Kenapa bertahan hingga tiada lagi bunyi ejekan dan penghinaan? Malah ada yang mungkin segan, maka menggunakan "Saya-Awak" juga apabila berkomunikasi dengan saya. Saya tahu anda semua janggal tapi masih meraikan keadaan saya pada waktu tersebut. Terima kasih.


Sama juga dengan penggunaan "Ana-Anta". Kadang-kadang apabila orang lain menggunakannnya, membuatkan kita teragak-agak untuk menggunakan kata ganti diri yang sesuai, kan?

Dengan kata ganti diri sahaja kita boleh belajar banyak perkara; Hormat, adab sopan, formaliti, keakraban. Ada manusia berpendapat bahawa "Saya-Awak" lebih formal dan digunakan pada awal perkenalan, dan "Aku-Ko" lebih informal, dan digunakan apabila telah rapat. Kebiasaannya, kot.

Apa beza "Saya-Awak" dengan "Ana-Anta"? Macam hina sangat perkataan tersebut. Padahal "Ana" juga bermaksud "Saya" kan? Tak sedap ke? Ceh, rupanya "Watashi" lebih sedap disebut daripada "Saya". Haha.

Mungkin boleh cuba guna semula perkataan tersebut, hehe. Mesti best melihat reaksi manusia. Ke sangat pelik? Takpe, saya memang pelik. Jom try minggu depan.

Btw, dengan perempuan saya lebih suka sebut nama. Oh tidak, bukan "Hafiz-Radin", ianya terlalu gedik. Tapi "Saya-Atiqah". Cuma contoh, sila jangan bergosip.

Kenapa tiba-tiba rasa nak menulis pasal ini? Entah, sesekali teringat nostalgia lama. Mungkin juga sedang mencari keteguhan diri yang lama untuk diserapkan kembali. =)

Tips untuk hari ini, jika anda mula-mula berjumpa dengan seseorang, gunakan "Saya-Awak" terlebih dahulu. Kemudian barulah "Aku-Ko", "Akak-Adik", "Saya-Abang" atau apa-apa yang anda suka setelah tahu siapa manusia tersebut. Jangan menjadi seperti seorang perempuan yang bertemu Senior buat kali pertama, terus membahasakan dirinya "Akak". Mentang-mentang Senior tersebut pendek dan berwajah comel. Nasib baik Senior tersebut sporting, kalau tak, on the spot malu. Kenapa perempuan sungguh gedik inginkan dipanggil "Akak", tapi taknak memanggil "Abang"? Sungguh menjengkelkan. Ya, ini isu lama, panggilan "Abang" spesel untuk suami, jadi saya malas nak membebel di sini. Haha.

Juga jangan memanggil dengan panggilan yang pelik-pelik seperti "Senior", "Musyrif", "Manusia", "Doktor", "Makhluk" atau apa-apa panggilan yang dianggap poyo dan tidak sesuai. Ada manusia bakal terasa hati. Eh, saya selalu buat perkara ini XD. Sori, dah terbiasa.

Dan Atiqah, saya suka kamu panggil saya "Abang Hafiz". Jangan bimbang.

p/s: YouTube ini Autoplay. Hahaha sedap kan? 2NE1 - I Dont Care. Bila dah fedup, kadang-kadang kita rasa malas nak ambil tahu.


Continue Reading

28 December 2009

Kaum Tua vs Kaum Muda

Minggu lepas baru sahaja selesai menghabiskan Shining Inherintance atau nama lainnya Brilliant Legacy. Bagi saya cerita ini ada sedikit persamaan dengan One Percent of Anything, cumanya rating Shining Inheritance lebih tinggi. Tapi development love story tak berapa kukuh, malah kadang-kadang saya merasakan ini kisah cinta heroin (Eun-sung) dengan co-hero (Jun-se). Haha.

Ada sesuatu yang saya belajar daripada drama ini: Matlamat dan dasar sesuatu syarikat.


Saya bakal menulis berkenaan PERUBATAN lagi kali ini. Haha. Jadi mungkin boleh ditukar; Kaum Tua vs Kaum Muda. Lebih banyak subtopik boleh dikarutkan.

Siapa Kaum Tua, siapa Kaum Tua?
Ini cuma istilah yang saya reka sendiri.
Generalnya, Senior - Junior.
Atau Super Senior - Super Junior (jangka masa lebih jauh).
Atau Pengasas - Pelapis.

Perbezaan ini mungkin wujud disebabkan faktor pegangan, atau pemikiran, ataupun pengalaman. Apapun, kamu boleh tafsirkan sendiri.

Kaum Tua vs Kaum Muda: PERUBATAN

Seperti yang saya sebut pada awal tadi, satu pengajaran yang saya boleh ambil iaitu: Matlamat, dasar dan tujuan sesuatu syarikat atau organisasi. Pengajaran ini lebih kepada mastermind, penggerak dan orang atasan, seperti saya yang menggerakkan Jabatan Pentadbiran PERUBATANonline.

Dalam keghairahan memajukan PERUBATANonline, keghairahan mengembangkan program PERUBATAN, kadang-kadang kita terlepas pandang perkara ini. Seperti saya. Idea penswastaan, kekejaman dan yang terbaru; Global, jika tersilap perancangan, mungkin lari daripada matlamat asal PERUBATAN iaitu kebajikan dan kesatuan. Mungkin PERUBATAN telah menukar nama dari Badan Kebajikan kepada Persatuan malah menubuhkan Biro khusus untuk Kebajikan, maka seolahnya PERUBATAN boleh menumpukan kepada banyak aspek, tapi matlamat kebajikan serta kesatuan masih kekal dalam perlembagaan dan masih perlu dijaga supaya tidak hilang.

Sebab itu saya lebih suka kalau PERUBATAN bukan disebut persatuan kebajikan, tapi persatuan pelajar. Maknanya PERUBATAN adalah 'penjaga' kepada pelajar. Kalau di sekolah berasrama, penjaga kita adalah warden. Maka warden mesti sain surat kebenaran mengikuti apa-apa program. Ke di sekolah kamu lain? Haha.

Dalam menggerakkan PERUBATAN, matlamat asal ini yang perlu dipegang. Kerana itu, perlunya serba salah dalam menetapkan yuran yang mahal, menetapkan program yang tidak melibatkan semua ahli, dan sebagainya. Saya yakin PERUBATAN sekarang tidak begitu. Maka ini cuma muhasabah untuk diri sendiri yang kadang-kadang menggila tidak kena pada tempatnya. XD

Kaum Muda mungkin terpengaruh dengan pemikiran manusia lain menyebabkan kita kadang-kadang menggunakan alasan "Orang lain buat begitu, maka kenapa tidak kita buat begitu?" Batch gen6 boleh dikatakan bermulanya era Kaum Muda, ataupun garisan pemisah di antara Kaum Tua - Kaum Muda, menyebabkan sedikit sebanyak kami boleh lihat bagaimana Kaum Tua berfikir dan bekerja. Atas dasar apa mereka melakukan sesuatu, dan bagaimana mereka melaksanakan sesuatu.

Contohnya Sistem Tajaan Ahli. Kenapa mesti ada kuota? Kenapa mesti ada Waiting List apabila dah penuh kuota? Kalau Kaum Muda mesti fikir "Orang nak sponsor, terima je lah. Kenapa mesti masuk Waiting List?" Tapi Kaum Tua berfikiran lain. Mereka nampak 40 tahun ke hadapan. Kalau Sistem Tajaan AHli dibuka sewenangnya, maka nanti untuk next program, semuanya menolak dengan alasan dah taja untuk program sebelum ni.

Kesimpulannya, bak kata Damak Hamdani, "Bekerja berdasarkan etika." Maka dasar dan matlamat takkan lari.

Kaum Tua vs Kaum Muda: Kreatif dan Inovatif

Hari itu bersembang dengan Jackster. Beliau melahirkan rasa kecewa disebabkan sikap gen7,8,9,10,11 yang tidak kreatif dan inovatif. Haha. Mungkin benar, mungkin salah. Ini berdasarkan pemerhatian beliau. Mungkin juga apply kepada sesetengah orang sahaja. Saya tidak tahu.

Sikap. Kaum Muda yang sekali diketuk baru nak masuk. Tak reti bergerak sendiri. Masih bergantung kepada Kaum Tua. Ini semua sangat mengecewakan.
Apabila disuruh baru nak buat. Apabila ditegur baru nak bermesraan. Kalau tak, 'pa ceroh'. Kalau saya limitkan kepada had lingkungan mediaPERUBATAN sahaja, bolehlah dikutuk mula-mula sekali Timbalan Webmaster saya yang baru. Saya tahu beliau lagi hebat daripada saya, tapi tolonglah, kalau nak saya tegur tiap-tiap hari bagi briefing kerja, memang takkan jalan. Nasib baik Jabatan Galeri sangat bagus di bawah Paan Charlie. Jabatan Berita pun sama, saya tahu Atiqah Hanifah dan Fathiyyah Ibrahim sangat rajin. Jabatan Artikel lebih-lebih lagi, Adzim memang sangat aktif. Jabatan AudioVisual memang sukar untuk bergerak maka saya tak kisah sangat. Jabatan Grafik mempunyai Ketua yang hebat, Nash maka apa yang perlu di-expect lagi kan? Haha.

Matlamat saya dalam BPP ketika mula-mula ditubuhkan dahulu, bersama-sama Presiden Sunny adalah untuk mengajar krew-krew bersikap independent. Bukan setakat sukarela, tapi keinginan melakukan sesuatu yang tinggi. Ini dipecahkan lagi pada zaman Damak Hamdani dengan wujudnya banyak cabang-cabang jabatan supaya ahli boleh menjadi krew dalam bidang yang diminati. Kita bukan mengajar gila kuasa, tapi sesekali sila bertanya kepada Ketua "Ada tak kerja pada hari ini?", "Boleh tak saya nak buat liputan isu ini?", "Macam mana kalau kita buat grafik untuk program sekian?" dan sebagainya. Kadang-kadang tak perlu tanya, terus buat komik, submit pada Ketua. Ketua kata "Masyi", selesai, publish. Kewujudan Ketua adalah untuk melindungi pekerja. Maka jangan bimbang. Kalau diterima kerja kita, bermakna Ketua bersedia melindungi kita.

Macam menyimpang dari tajuk. Haha. Tapi mesej utama: "Kaum Muda janganlah bersikap inferior. Be creative."

Kaum Tua vs Kaum Muda: Menjaga maruah.

Dalam sesetengah hal kita mungkin pelik. Kenapa perempuan tak boleh keluar malam? Padahal keluar beramai-ramai. Kaum Tua cukup bengang hal sebegini.
Macam musyrif gak. Kenapa takleh Musyrif sorang, perempuan sorang. Padahal musyrif je pun.

Kaum Tua ibarat ibubapa kita kat sini. Mereka berfikiran seperti ibubapa kita. Tak manis anak dara keluar tengah malam walaupun untuk ke kelas. Kalau ibubapa anda tidak kisah, mungkin ibubapa anda merupakan golongan Kaum Muda. XD Sebab ibubapa saya sangat menitik beratkan cakap orang.

Mungkin kamu ke kelas tapi jiran kamu yang melihat, "Semek rumah sebelah nih asyik keluar tengah-tengah malam, pergi ke mana entah. Mak bapak tak risau ke?" Akhirnya terpalit ke muka ibubapa kamu balik. Kalau jiran sebelah rumah mungkin sedia maklum, tapi jiran di hujung jalan? Tiap-tiap malam dia nampak kamu lalu depan rumah bergelak ketawa tengah-tengah malam, apa perspektif beliau?

Saya kongsikan cerita budak lelaki (Diubah dan disedapkan). Satu hari seorang budak lelaki berjalan-jalan di Tahrir. Ketika pulang melalui Metro, beliau nampak 2 orang perempuan di depan beliau. Dalam kepala beliau, mula-mula sekali yang terlintas adalah, "Eh, tu bukan Exco ke? Jalan tengah-tengah malam kat Tahrir nih buat apa? Berani betul. Mentang-mentang Exco." Lalu beliau pun nak menghampiri perempuan tersebut tapi tiba-tiba beliau nampak lelaki pun ada sama. Maka beliau tahu bahawa Exco perempuan tersebut berteman musyrif dan ada urusan di Tahrir. Prasangka pun hilang.

Sama jugak tak manis lelaki ngan perempuan sorang-sorang, walaupun sebenarnya lelaki itu seorang musyrif. Kaum Muda mungkin tak kisah, tapi Kaum Tua akan berusaha untuk jadikan musyrif 2 orang. Sebabnya? Sama seperti di atas.

Kita hidup bermasyarakat, bukan hidup seorang diri, maka kadang-kadang "Pandangan manusia itu lebih diutamakan."

Kaum Tua vs Kaum Muda: Kelas.

Ini adalah tajuk untuk diri sendiri.
Kaum Tua selalu datang kelas lambat.
Dah laa sampai lambat, then balik paling awal.
Kadang-kadang tak pergi kelas langsung.
Mentang-mentang mengulang tahun.

Sila berubah, XD

p/s: Manusia ini sangat menarik. Kadang-kadang saya teringin mengkaji sikap dan respon manusia terhadap sesuatu. Adakah topik ini di bawah psikologi? Haha

Continue Reading

24 December 2009

Tidak Ikhlas Itu Bagus

Wah sudah lama tidak update blog ini. Hiatus buat seketika. Webmaster yang gila kuasa ini banyak melakukan kerja-kerja luar bidang kuasa beliau. XD

Bagaimana anda hari ini? Cemerlang? Kalau cemerlang sangat bagus. Kebelakangan ini saya sangat tidak cemerlang. Kalau anda merasakan diri anda sama seperti saya, jom kita berubah. Kadang-kadang kita cemerlang, kadang-kadang kita tidak cemerlang, itu lumrah. Cumanya samada kita sedar dan berusaha meningkatkan kecemerlangan itu yang membezakan.

Kali ini saya bawakan satu lagi pemikiran songsang: Tidak ikhlas itu bagus.

Dalam kehidupan seharian kita seringkali kita bertemu perkara yang kadang-kadang berat hati untuk dilakukan. Melihat pinggan mangkuk bertimbun dalam sinki, rasa menyumpah dalam hati "Sape berak tak reti basuh ni?" Ataupun kadang-kadang apabila masuk ke masjid terasa berat nak solat sunat tahiyatul masjid. Maklumlah penat berjalan kaki, rasa nak terus duduk atas karpet yang empuk. Dalam kuliah pulak asyik mengantuk sebab lecturer mempunyai suara buluh perindu. Itu belum dikira wajah member yang tidak comel, memang menjengkelkan untuk datang ke kuliah.

Jika anda berperasaan begini, maka belajarlah untuk memaksa diri anda. Sambil menyumpah-nyumpah, sambil membasuh pinggan mangkuk. Sambil perasaan geram, sambil solat sunat. Sambil mengutuk Ketua, sambil menulis berita. Sambil membebel, sambil memilih brush Photoshop. Sambil mengutuk muka kawan anda yang penuh jerawat batu, sambil mendengar kuliah. XD


Asal ibadah adalah paksaan. Islam adalah agama paksaan. Kejikah? Islam memaksa perempuan bertudung. Islam memaksa lelaki untuk berseluar panjang. Islam memaksa kahwin untuk seks. Islam memaksa tidak makan babi. Islam memaksa menyembelih lembu sebelum dimakan. Islam memaksa penjagaan hubungan lelaki perempuan. Islam memaksa berkata benar. Kalau tak percaya, anda lakukan perkara di atas dan anda bakal mendapat dosa.

Tak kisahlah kalau anda menggunakan alasan "belum sampai seru untuk bertudung", "tidak ikhlas", "tidak lawa berbaju kurung" dan sebagainya, anda tetap berdosa. Islam adalah agama paksaan. Bukan begitu? Padahal rambut anda sangat lawa, lurus rebonding, rugi kalau memakai tudung. Padahal berseluar pendek lebih senang untuk bergerak. Padahal sekarang dah bermacam teknik contraceptive ada, tak perlu kahwin pun, bukannya mengandung. Padahal sembelih ke tak sembelih, last-last masak jugak. Padahal lelaki perempuan sama sahaja, kenapa tak boleh bermesraan? Kan?

Kerana Islam adalah agama paksaan, maka kita meninggalkan semua itu.

Maka mari memaksa diri untuk melakukan kebaikan. Pedulikan ikhlas atau tidak. Itu semua penipuan semata-mata. Tiada siapa boleh kata beliau ikhlas dalam melakukan kebaikan. Kadang-kadang ada manusia menderma kepada makcik di tepi jalan kerana kesian. Kadang-kadang kerana banyak duit kecik. Kadang-kadang sebab orang lain derma. Kadang-kadang kerana perasan diri sendiri ikhlas. Tiada siapa tahu diri sendiri ikhlas atau tidak.

Siapa tahu, anda menaja Seminar kerana permintaan rakan anda itu dikira ikhlas? Haha. Mungkin. Siapa tahu?

Asal setiap perbuatan adalah paksaan, termasuklah berbuat baik. Lama-lama ianya akan jadi kebiasaan. Lama-lama kita akan rasa pelik apabila tidak buat kebaikan. Langkah pertama itu yang perlu dipaksa. Saya perlu menolak adik saya tanpa belas kasihan menuruni gelongsor dan akhirnya beliau turun dengan lancar, dan nak main lagi. XD

Maka jangan segan silu untuk tidak ikhlas. Mari memaksa diri sendiri melakukan kebaikan. Mari memaksa diri sendiri untuk cemerlang. Mari memaksa diri untuk terus bersama mediaPERUBATAN, =P

Salam kecemerlangan daripada saya, sempena keaktifan semula saya di alam maya. Wakaka~

=)

p/s: ceh bercakap pasal cemerlang, arinih ponteng kelas gak. =P

Continue Reading

17 December 2009

Dear Mom

Entry ringkas malam ini.
Tadi exam dengan teruk sekali. 2/10 markah?
Esok pula nak jenjalan dengan Damak (kononnya).

Lagu terbaru SNSD, bersama Super Junior, S.E.O.U.L. Song.


Lagu ini untuk mempromosikan Seoul. Jadi bila dengar lagu ini, teringat lagu Cuti-cuti Malaysia - Siti Nurhaliza.

Bila teringat lagu Cuti-cuti Malaysia, maka akan teringat pada Malaysia. Ada apa dengan Malaysia ye?

Ikan singgang mak. Ataupun sayur kacang goreng. Ataupun sambal ikan bilis.


Sila jangan pelik saya merindukan mak. Sebab saya manusia yang koling Malaysia sekali dalam 6 bulan. Rumah saya rumah orang kampung yang tidak tahu apa itu talian telefon, apatah lagi internet. Kesimpulannya, kalau saya mati, atau orang di sana mati, belum tentu kami akan menerima khabar dengan segera. XD

Maka saya sebenarnya hairan dengan mereka yang homesick setiap 6 hari. "What's the big deal? Kamu telefon rumah setiap 6 hari. Relax sudah. Aku dah 6 bulan tak koling. Entah mati entah hidup family kat Malaysia. Entah-entah dah bertambah seorang."
Haha.

Juga Selamat Tahun Baru Hijrah 1431H.

Resolusi Tahun Baru: Jom menjadi Webmaster PERUBATANonline untuk setahun lagi.

Sebabnya?
1. Saya suka pekerjaan ini walaupun seksa. Haha. Difficulty makes the job worthy. Kalau saya lepaskan jawatan ini, hidup pasti bosan.
2. Saya tak suka tinggalkan kerja separuh jalan. Jom setelkan semua projek yang terbengkalai. Ataupun jom tambahkan projek agar terbengkalai, XD.
3. Saya tak rasa orang lain boleh jadi Webmaster sebaik saya. =P Mungkin masa sudah tiba untuk melatih manusia lain?
4. Saya seorang yang gila kuasa. Harap maklum.

Sempena resolusi baru ini, kita perlu refresh fikiran dengan berjalan ke Alex. Saya ingin melarikan diri dari bilik workplace yang congested ini. Ataupun mencari idea baru, semangat baru, atau sekadar saje-saje mengisi masa lapang. Ceh, kononnya.

Jom, merealisasikan resolusi.

p/s: Entry ini semate-mate nak promote 2 lagu di atas je. Saya bukannya homesick sangat. Haha XD

Continue Reading

10 December 2009

Vote for si Tudung Putih

Hi friends.

Sorry Sorry, but I cant resist the urge to post this. Shit! My devil side got hold of me. Haha. Just for fun, no offense k.

Akhawat-akhawat di bawah adalah selebriti Mesir. Mereka tidak sebijak Radin Rahmah, atau seayu Ayu Amiza, atau sealim Fathiyyah Ibrahim, atau secomel Asyila Ismail, atau sebaik kak Remy (ramai gile bagi contoh) tapi mereka masih lagi akhawat yang boleh dikahwini oleh ikhwah sekalian.

Maka, sila klik sini pastuh jawab soalan berikut...

Soalannya, siapakah gadis pilihan anda dalam Entry tersebut?
1. Tudung Putih
2. Tudung Coklat
3. Baju Stripe
4. Ketiak Putih Baju [I'm Not Paid Enough to be Nice to You]
5. Mamat Nyah Melayu Terakhir
6. Nur Amina (Nur Kasih)
7. Anna Althafunnisa (KCB)




Akhir sekali, saya tak kenal pun individu2 di atas. Entry ini hanya respon bodoh untuk entry yang korang kata bodoh tu. Ye la kan, orang bodoh kita layan ilmiah tak guna gak kan? Maka kita enjoy je kebodohan dia. Tapi saya tak kata blog tuh bodoh, korang yang kata.

Entry ini juga semata-mata demi menaikkan visits. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Kliklah iklan Nuffnang tuh ye. Banner iklan Saya Mahu Hadiah PTS tuh sekali. =)

Enjoy the Vote. Dah abes vote, kite layan Bitter Love plak.

p/s: Saya vote utk si Tudung Putih! yay~

EDIT:
ScreenShot nih dapat dari ShoutBox sana. tapi in case korang takleh tengok gamba FaceBook kan, so saya da tolong buat Image baru. KLIK SINI. tanak komen lebih2. tanak kondem dorang. tanak kata ape-ape kecuali satu soalan: di manakah usaha dakwah mereka yang mengaku sikah tu?
Continue Reading

08 December 2009

Burppp

Burppppppppppppppp....

Begitulah bunyi mhazu setelah berjaya menghabiskan 4 mangkuk besar mee jawa di rumah Ijud semalam. Ada apa di rumah Ijud semalam? Jamuan akhir sesi JPP 2009.

Apabila habis program je mesti buat ucapan dalam blog. Bosan kan? Maka kita skip part tersebut.

Tahun ini JPP kurang menyerlah, satu kekecewaan. Saya bukan mengondem ahli JPP tapi diri sendiri kerana Unit Penerangan sebenarnya penggerak utama kemeriahan Pemilihan. Tapi nak buat macam mana, saya sendiri sebenarnya letih dengan menjadi AJK. Mungkin overlapping, menyebabkan otak tidak betul.

Idea banyak, tapi kerja tarak. Saya memang layak menjadi Penasihat agaknya. Kerja mengomen dan mengkomplen kemudian bagi cadangan. Haha. Tapi tidak mengapa, kita tebus kekecewaan ini dengan Seminar. Yeah!

Kalau anda kebosanan, sempena keputusan yang telah diumumkan, apa kata kita undi siapa pegang biro apa. Jom!

Survey Siapa Untuk Apa
SUBMIT YOUR SURVEY
View Results


Kalau berkelapangan, isi borang muhasabah JPP di sini. Sangat panjang. Setengah jam juga tu. Tapi tak mengapa, demi kemeriahan Pemilihan tahun hadapan.

Last sekali, Pepe-chan sangat cute dalam gambar di bawah. ^^!
Saya kena belajar daripada beliau~


Sori, gambar Scans je. Nanti mintak gmbar asal.

=)

p/s: sakit kepala dan diarrhea makin menjadi-jadi. adakah ada parasit dalam perut aku? lalala~
Continue Reading

06 December 2009

LUCK 1

Bosan. Entry ini sekadar mempromosi blog atau link yang best. Mungkin boleh dijadikan aktiviti mingguan atau bulanan. 10 link setiap entry. Boleh? Bukan senang nak mendapat promosi percuma daripada blog ini. Dengan kunjungan 300+ pelawat setiap hari, dan anggapan bahawa 10% akan klik link yang saya bagi, anda bakal mendapat 30 pelawat secara percuma. Haha~

Ceh, ingin berbanggakah? Tidak. Kadang-kadang sesuatu link itu sangat best untuk dibaca bagi saya. Sekiranya anda merasakan ianya tidak best, baca dulu. Baru komen.

Sekiranya anda membaca entry ini setahun akan datang, mungkin link di bawah telah expired maka Sorry Sorry je lah neh.

Link Untuk di-cliCK (LUCK)

1. Mari Membaca
Mula-mula sekali mestilah Kempen Membaca. Anda WAJIB klik link ini sebelum meneruskan pembacaan. XD. Saya baru sahaja selesai menghabiskan Biar Betul-betul (HM Tuah Iskandar). Kadar pembacaan yang sangat lambat; 1 mukasurat sehari. Melampau sangatkah? Perlu meningkatkan lagi semangat membaca. Btw, 9 Nyawa sudah ditempah. Tidak sabar rasanya menanti ketibaan novel tersebut. Haha.

2. Kenapa Tiada Tuhan Tidak Logik
Semestinya satu lagi entry bermutu daripada Adam Zainuddin. Agak memeningkan tapi satu isu yang sangat menarik untuk difikirkan. Pemikiran logik dan kritikal.

3. Kebiadapan Spiritual
Saya tidak bermaksud untuk memburukkan sesiapa. Kadang-kadang dalam keghairahan kita, kita terlupa soal beradab. Mungkin sebelum ini pernah kita berlawak dengan hukum atau sebagainya, maka teguran yang diberikan sangat menusuk hati. Mesti baca dan tonton. Ada beberapa link tambahan di bawah entry tersebut maka rajin-rajinlah klik.

4. SeTan Professional
Tajuk program kontroversi daripada PERUBATAN pada Februari ini sempena cuti musim sejuk. Masih dalam pembinaan maka kliklah link ini di minggu akan datang. Waktu ini masih lagi kosong belum diedit.

5. Mencari Diri di Sebalik Nur Kasih
Artikel menarik di sebalik drama Nur Kasih yang menjadi fenomena Malaysia. Baru sahaja tamat 26 episod minggu lepas. Bak kata pepatah: Filem adalah refleksi kehidupan. Sepower manapun Sirius black dalam Harry Potter, akhirnya mati jugak walaupun ianya filem fantasi.

Cukup 5 dahulu kot. Tengah mengantuk dan exhausted sebab minggu cuti Aidiladha macam tak cuti. Ataupun memang saya tidak bercuti? Minggu ini perlukan rehat. Lalala~


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!

Continue Reading

02 December 2009

Persatuan dan Kebersamaan

Sebenarnya saya sudah malas berbicara soal politik PERUBATAN. Nanti dikata gila persatuan, ataupun taasub PERUBATAN (walaupun sebenarnya saya memang gila persatuan dan taasub PERUBATAN). Tapi soalan ini kerap bermain dalam kepala. Maka tidak salah berkongsi, mungkin anda boleh meredakan kekusutan dalam kepala saya.

PERSATUAN

Pada sesi 2007/2008, PERUBATAN menukar namanya daripada Badan kebajikan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir kepada Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir dengan penambahan Biro Kebajikan, dan pengasingan bidang kuasa Biro Akademik dan Biro Penerangan Penerbitan serta Biro Perumahan juga beberapa perubahan lain. Cuma yang menjadi persoalan; Kenapa ditukar nama tersebut?

Mungkin perlu saya ingatkan bahawa menukar nama persatuan perlu melalui Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PERUBATAN. Bukan senang untuk mengusulkan sesuatu perkara dalam MAT. Sesuatu usul perlu diluluskan Lembaga Penasihat sebelum dibenarkan dibahas dalam MAT. Bukan semua usul akan diluluskan, terdapat kuota bilangan usul dalam MAT. Usul tidak diluluskan secara bodoh, ia perlu diundi oleh perwakilan.

Adakah menukar nama kepada Persatuan adalah satu isu yang remeh hingga sanggup dibawa ke MAT? Adakah ianya sesuatu yang kecil hingga senang-senang diluluskan Penasihat? Adakah ia tidak berguna sehingga terpaksa dibahaskan oleh perwakilan. Akhir sekali, kenapa pula perwakilan mengundi untuk meluluskan usul ini? Apakah sebenarnya matlamat yang dibawa pembawa usul, dan apakah pula yang bermain di fikiran perwakilan hingga mengundi untuk meluluskan usul ini?

Sedangkan kalau setakat kerana bilangan pelajar yang ramai, tidak perlu menukar nama. Badan kebajikan Anak Negeri lebih ramai ahli, tak tukar nama pun. Kalau setakat pertambahan Biro, juga tidak perlu menukar nama. Bahkan, nama Badan kebajikan adalah lebih gah. Tidak nampak seperti Persatuan Matematik di sekolah menengah. Kan?

Sebenarnya apa perubahan yang ingin dibawa melalui penukaran nama ini? Maaf, saya tidak berada dalam MAT tersebut untuk mendengar hujah-hujah usul ini diluluskan. Tapi saya percaya penukaran nama ini supaya PERUBATAN itu sendiri berubah. Perubahan portfolio Biro sendiri menuntut PERUBATAN supaya fokus dalam pelbagai aspek, bukan sekadar kebajikan.

Menapak ke persada antarabangsa mungkin? Menentang PMRAM dan JPMK mungkin? Meluaskan pengaruh ke Malaysia? Semua ini kita yang tentukan.


KEBERSAMAAN

Dua tahun yang lepas, PERUBATAN menggunakan slogan "Memperteguh Kesatuan, Mengerat Kebersamaan Menyemarak Kecemerlangan". Tahun lepas, Tahun ini "Mengungguli Kecemerlangan, Mengerat Kebersamaan".

Kenapa 'kebersamaan'? Kenapa bukan 'kesatuan'? Kenapa tidak ditukar kepada 'kepaduan'? Ataupun mungkin 'keramaian'?

Kamus Dewan edisi ketiga, 'kebersamaan' bererti 'perihal bersama-sama'. Saya yakin slogan kali ini lebih bersifat 'bersama-sama' dengan ahli.

'Bersama-sama' menjayakan program. 'Bersama-sama' mengejar kecemerlangan. 'Bersama-sama' memantapkan tarbiyah. 'Bersama-sama' menapak ke lapangan antarabangsa.

Tapi mungkinkah 'kebersamaan' itu dicapai jika hanya PERSATUAN yang ingin 'bersama' sedangkan ahli tidak ingin 'bersama'? Mungkinkah sesuatu perkahwinan dikekalkan sekiranya hanya suami yang ingin 'bersama', sedangkan isteri telah mula mencari lain?

Entah, saya tidak tahu. Hanya anda yang boleh menjawabnya.

PERUBATAN bukan persatuan Matematik di Universiti Kaherah. PERUBATAN adalah Kerajaan Budak Medik di bumi Mesir. Tapi tiada parti dalam PERUBATAN kerana PERUBATAN adalah satu contoh Kerajaan Perpaduan yang matlamatnya hanya satu: memperjuangkan nasib pelajar perubatan yang tertindas Bersama dengan pelajar perubatan di bumi Mesir. Tidak mungkin PERUBATAN hanya menjaga kebajikan ahli. Tidak mungkin juga PERUBATAN boleh menaikkan akademik ahli. Mustahil PERUBATAN boleh memperkasa ekonomi ahli. Tidak mungkin juga PERUBATAN mampu mentarbiyah ahli. Tapi PERUBATAN sentiasa boleh bersama ahli.



Memang menakjubkan apabila satu perkataan boleh membawa seribu pengertian, malah mungkin merubah matlamat dan cara. Apa erti PERSATUAN dan apa erti KEBERSAMAAN pada anda? Sama-sama kita fikirkan.

Jom mengundi untuk kepimpinan PERUBATAN Jumaat ini 4 Disember di ARMA. Mungkin merekalah pembawa aspirasi Harapan Baru untuk PERUBATAN. =)



Continue Reading

28 November 2009

Action Movie

Anda semua pernah tengok filem Inggeris?
Mesti pernah. Terutama yang banyak aksi. Letupan di sana sini. Terbakar dengan sound effect yang menggegarkan suasana. Kemalangan kereta terbang-terbang remuk hancur. Semua itu pasti mengujakan anda.

Tapi pernahkah anda menyaksikan kemalangan berlaku di depan mata anda secara dekat? Ia pasti menjadi satu pengalaman yang lebih mengujakan.



Sejujurnya saya memang kaku walaupun dalam fikiran saya pada waktu itu ada 2 perkara:
1. Tahan kereta yang lalu lalang.
2. Bawak makcik itu ke tepi.

Tapi dengan keadaan trafik yang tidak mengizinkan, dan sebenarnya Arab yang lain sudah mula berkerumun, saya batalkan keterujaan itu. (Kononnya)

Padahal saya tergamam tak tahu nak buat apa pada masa tersebut, ditambah dengan bas nombor 136 ke Kasr EL Ainy cuma beberapa saat sahaja tiba selepas kawannya memapah makcik ke tepi, maka saya sebenarnya meletakkan kepentingan peribadi di depan. Sedangkan dalam masa 10 saat terawal, saya mungkin boleh melakukan sesuatu untuk membantu.

Ataupun sebenarnya saya masih lagi shocked dengan peristiwa tersebut. Melihat filem aksi yang ganas-ganas mungkin biasa, tapi jika seorang makcik dilanggar di hadapan anda, melambung 10 meter ke hadapan dengan cermin yang pecah dan bunyi yang real theatre, mungkin anda juga seperti saya. Kaku dan kelu. SIlap-silap menjerit histeria. Tambahan lagi, ianya kali pertama.

Kesimpulannya, kemalangan sangat mengujakan. Boleh berlaku bila-bila masa, pada siapa-siapa, di mana-mana. Maka bersedialah dengan kemalangan. Samada bersedia untuk melanggar, bersedia untuk dilanggar, ataupun bersedia untuk melihat pelanggaran.

Pengalaman hari ini membuatkan saya terasa ingin berada di tempat kejadian. Sepertimana satu quote daripada Code Blue: Tempat kejadian adalah di mana anda mencari erti sebenar menjadi Emergency Doctor.

p/s: takleh tido apabila teringat. haha. =P padahal xleh tdo kalu x tulis lam blog.

Continue Reading

23 November 2009

Apa Kata Kita Swastakan?

Baru je update, dah update lagi. Bosannya blog ini.

Apa khabar hari ini? Tentu luar biasa cemerlang dan hebat. Kalau tidak, anda takkan membaca blog ini. Hehe.

Kadang-kadang saya terfikir sesuatu apabila melihat gerak kerja manusia BPP yang semakin hari semakin kesian terutamanya Jabatan Grafik. Sekali lagi idea gila saya 2 tahun dulu terbit, tapi dengan upgrading; kalau dulu sasaran hanya PERUBATANonline, sekarang seluruh mediaPERUBATAN.

Seluruh warga mediaPERUBATAN, heed my words:
Apa kata kita bergerak secara swasta?

Kesian tengok korang berkejaran ke sana sini dibuli oleh bermacam-macam Biro. Haha. Sila design badge, design jaket, design bookmark, design logo, design kalendar dan bermacam-macam lagi design yang tidak berkesudahan. Sila ambil gambar sini, sana, situ, program ARMA, program Asyir, dan bermacam lagi program yang perlu dicover oleh seorang jurugambar.

Pedulikan semua itu. Kita wujudkan konsep tender. Tender design jaket, tender design planner, tender maintenance website, tender penerbitan majalah, dll dsb. Baru untung. Biarlah kita dikata gila duit, asalkan tangan yang telah keras melepuh melecet akibat bekerja ini berbaloi. Tak nak ambil tender kami, pedulikan. Kami pun boleh stadi. Kalau nak, mesti LE1000 ke atas untuk satu projek.

Antara kebaikan penswastaan adalah konsep persaingan yang sihat untuk membuat yang terbaik. Serta LE1000 yang menjadi booster serta penambah stress kepada pekerja untuk melakukan yang terbaik tepat pada deadline yang ditetapkan. Mungkin juga selepas ini boleh diadakan kelas Photoshop, After Effects, Blender, Fotografi dan sebagainya dengan bayaran LE 500 seorang.

Ini cuma idea gila yang terlintas di fikiran. Ataupun mungkin saya boleh menyeru semua pekerja mediaPERUBATAN untuk meletak jawatan dan kita tubuhkan syarikat Media Perubatan kita sendiri. Maklumlah, kalau persatuan lain boleh berpecah, kenapa kita tak boleh kan? Kita bukan berpecah kerana dasar persatuan, tapi berpecah atas dasar pekerjaan.

Kita tubuhkan Jabtaan Grafik kita sendiri, Jabatan Video kita sendiri, Jabatan Berita dengan kontroversi dan gosip-gosip yang tiada sekatan pihak atasan, Jabatan Artikel dan Jabatan Kartunis untuk penjualan majalah setiap bulan, dll dsb. Kalau bernasib baik, mungkin kita boleh merampas hakmilik PERUBATANonline.

Hahaha~ Satu idea yang boleh dipertimbangkan. Who's with me?

p/s: Sony melancarkan prototaip NXCAM; camcorder professional yang menggunakan Memory Stick ProDuo dengan format AVCHD, bukan tape seperti biasa. Dijangka dipasarkan Januari depan. Mungkin boleh dirembat satu, kalau ada bajet (RM 13,000). Hehe.
Continue Reading

19 November 2009

Antara Dua

Hari ini ramai betul menegur bertanyakan soalan yang sama walaupun tak serupa. 3 orang je pun, tapi dikira jamak (ramai) la ye. Eh, sebelum tu, apa khabar hari ini? Masih cemerlang seperti semalam atau sudah jatuh ke level maqbul? Kalau masih cemerlang baguslah, teruskan membaca entry ini. Kalau sudah jatuh ke level maqbul, tutup browser anda sebelum anda jatuh mendadak rasib tahriri.

Kenapa begitu?

Sebab soalan mereka adalah berkenaan ISMA. kalau tak cemerlang anda akan mudah emosi dan tidak rasional. Kenapa mereka tanya saya? Sebab saya anti-ISMA. Mestilah nak tahu pendapat saya berkenaan persatuan tersebut.

Mula-mula mari kita bercerita kisah asal. Manalah tahu ada yang tidak tahu, saya tolong bagitau. Yang dah tahu buat bodoh je la sambil membetulkan mana-mana maklumat yang tersilap.

Khamis ini akan diadakan program Aman Palestin. Secara kebetulan program Fiqh Korban PERUBATAN pun hari itu juga, diikuti dengan Qiam Jam'ie pada malamnya. Iklan lanjut tentang Aman Palestin kat sini, Fiqh Korban pula di sini.

Konfliknya bermula dengan suara saya: Pertembungan dua program. Kemudian disusuli suara orang lain mengenai tabung derma Aman Palestin. Dan beberapa lagi sembang kosong yang saya tak nak sebut sebab saya takkan sentuh dalam entry ini.

Soalan pertama: Nak pergi program mana ni?
Jawapan saya: Pergilah mana-mana.

Rancang masa, pergilah dua-dua. Sebab dua-dua bermanfaat. Walaupun saya anti-ISMA, saya mungkin pergi kalau tiada aral melintang. Bukan senang nak jumpa figure-figure dalam forum tersebut. Manusia hebat didatangkan khas dari Malaysia. Tambahan lagi, pasal Palestin. Memang mengujakan.

Cumanya saya selalu sebut; rancang prioriti. Kalau kita memang tiada kerja, pergilah Aman Palestin. Kalau kita memang berkaitan dengan Fiqh Korban, maka pergi Fiqh Korban. Kalau kita memang hardo-PERUBATAN, maka pergi program PERUBATAN walaupun sebenarnya kita tiada kaitan pun dengan Fiqh Korban tersebut. Saje suka-suka menambah ilmu.

Eh, kenapa saya yang anti-ISMA pun pergi program ISMA. Ini belot namanya. Ye ke? Tak pun. Contohnya gereja buat forum Hormatilah Orang Tua. Kalau saya memang tiada kerja, tiada program PERUBATAN, memang saya akan pergi. Tapi adakah bermakna kita menyokong ideologi gereja Kristian? Tak. Kita menyokong program itu kerana ianya terbukti baik.

Marah puak ISMA saya samakan dengan gereja. Tak pun. Puak ISMA tak tahu pemikiran puak anti-ISMA. Maka saya beri contoh yang mudah nak faham. Marah lagi ke? Jangan marah, nanti kena jual. Macam kata PRamlee.

Sama juga dengan soalan kedua: Aiseh, derma Aman Palestin pulak. Nak bagi ke tak nak? ISMA nih.
Jawapan saya: Bagi je la. Nak fikir apa lagi?

Kalau gereja kutip derma Mangsa Banjir, kita pun sumbanglah sikit. Sebab kita tahu memang confirm sampai kepada mereka yang memerlukan. Bukannya digunakan untuk bina gereja ke, untuk bayar upah paderi ke. Samalah jugak. Tak rugi menderma. ISMA ke, PERUBATAN ke, UMNO ke, bagi je. Kalau dah anti-ISMA sangat, takyah bagi. Tapi kalau PERUBATAN tak buat derma Palestin, tak rugi kalau kita bagi sikit melalui ISMA.

Heh, pasal tabung pun nak cerita kan? Biarlah. Bukan tabung yang kita tengok, tapi kita tengok pengajaran daripada tabung tersebut. Boleh kan?

Kenapa perlu konfius?

Satu fenomena yang pelik dalam konflik persatuan di Mesir ini adalah menganggap bahawa kita tak boleh bersama walau dengan apa cara sekalipun. Di balik tabir pun tak boleh duduk satu meja. Padahal sama-sama pelajar perubatan, sama-sama pelajar agama.

Saya kongsikan satu kisah benar, di mana ada salah seorang pelajar menolak tanggungjawab menjadi AJK program PERUBATAN dengan alasan beliau ISMA yang kononnya tidak sebulu dengan AJKT Biro. Astaghfirullah al azim. Sama-sama pelajar PERUBATAN pun nak berkira ke? Ini kisah benar, bukan rekaan. Cuma saya tukar situasi supaya tak terlalu spesifik.

PERUBATAN untuk semua, kita dah bernama ahli PERUBATAN maka layaklah memegang jawatan AJK Program tersebut. Tapi janganlah kita yang kononnya hardo-ISMA nih pergi promosi ISMA pulak kat anak buah setelah menjadi AJK PERUBATAN. Siapa tak marah? Akibatnya menjadi imej buruk pada individu dan persatuan itu sendiri.

Mari menjadi sekular. Sekular dalam kehidupan tak boleh, tapi kita menjadi sekular dalam berpersatuan. Maaf, sekular sebenarnya berkaitan agama dan kehidupan, maka penggunaan saya salah di sini. Tapi tak mengapa, maksudnya pisahkanlah. Kita jadi AJK PERUBATAN, mindset kita promosikan PERUBATAN. KIta pergi program ISMA, mindset kita ahli ISMA.

Eh, post ini macam saya ahli ISMA pulak kan? Tak adalah. Selamanya saya anti-ISMA. Tengok amaran kat atas tu. Terang-terang saya menolak ISMA daripada mempengaruhi kehidupan saya. Point terpenting yang saya nak tekankan di sini adalah: Prioriti.

Mungkin sesuai kalau saya paste satu kartun dari blog Ayu Amiza dengan sedikit penambahan. Dalam gelanggang, luar gelanggang. Dalam gelanggang mungkin kita bertumbuk bergaduh bertikam bercakaran, tapi di luar gelanggang kita masih boleh duduk semeja sambil minum Syai bi laban dan main Dam Haji.



Dalam hal yang kita bertentang pendapat, kita pertahankan pendapat kita. Tapi dalam hal yang tiada kaitan dengan perselisihan kita, mari bersama memajukannya. Dan pihak ketiga, jangan memandang buruk mereka yang bergaduh sakan bertikam lidah, mana tahu di belakang anda, mereka sebenarnya hidup sebumbung masih makan dari talam yang sama sambil bergurau tentang bila nak kahwin. Ingatlah, gelanggang Wrestling WWF adalah hiburan semata-mata. Kita cuba bergelak ketawa daripadanya.

Last sekali, kalau kita hardo-PERUBATAN, usah pedulikan program ISMA. Kalau kita hardo-ISMA, usah pedulikan program PERUBATAN. Apabila bertembung 2 komuniti ini, kita tahu mana perlu kita setia. Mudah kan? Wakaka. Adakah hina menjadi hardo-PERUBATAN? Tak pun.

Untuk pembaca Malaysia, di sebelah kanan ada promosi gempak daripada PTS Publication sempena Kempen Membaca. Klik sini untuk maklumat lanjut. Kalau saya di Malaysia memang hari ini terus ke Pustaka Seri Intan untuk membeli buku dan join peraduan tersebut. Set mini perpustakaan, memang impian saya sejak kecil sebab saya jeles dengan ayah saya yang ada rak buku beliau sendiri.

Pastikan hari ini lebih cemerlang daripada semalam. Kalau mampu, pastikan hari ini lebih cemerlang daripada hari esok. Sebab hari esok belum tentu kita sampai, tapi hari ini kita sedang sampai. Manfaatkan setiap masa untuk menjadi cemerlang.

Salam kecemerlangan daripada saya.

=)

Continue Reading

16 November 2009

KCB

Salam sejahtera.

Apa khabar hari ini?
Tentu luar biasa hebat dan cemerlang.
Baguslah kalau begitu.

Beberapa post sebelum ini asyik berkaitan persatuan, kita beralih ke topik lainlah ye. Pembaca blog ini bukannya budak medik Mesir je. Kita raikan mereka walaupun sebenarnya saya ada sesuatu yang menarik tentang Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN). Yang dah tahu jangan spoil-kan mereka yang belum tahu.

Baru-baru ini Mesir dilanda influenza KCB. Yang menariknya, masyarakat Melayu je yang demam dengan kroniknya. Orang Mesir tak kena pape pun. Immuniti mereka tinggi kot. Tak tau apa itu KCB? Haih~

Ketika Cinta Bertasbih.

Dah basi pun cerita ni. Adik saya di Indonesia dah lama tengok. Kat pawagam lagi. Berapa lama beratur nak beli tiket? Dari Asar sampai Isyak. Nasib baik ABC, kalau tak, berdosa free je. Nak bagitau bahawa Indonesia waktu tu pun demam KCB. Nanti kita tayang masa Rumah Terbuka Aidiladha PERUBATAN. Boleh? Baru macam pawagam sikit.

Tapi KCB dalam post nih adalah Kempen Cepat-cepatlah Berkahwin. Kempen ini untuk anda di luar sana. Bukan saya. Saya anti-perempuan dan anti-kahwin. Anda semua sudah ada couple dan pasangan masing-masing.

Semua saya nak anti, matilah. Sebenarnya Mak saya marah kahwin kat Mesir. Entah-entah dia dah ada calon kot. Patutlah beria-ria suruh saya balik baru-baru ini. Nasib baik tak dapat mesej beliau, hehe. Kalau tak, tak pasal-pasal haru jadinya. Kahwin paksa macam Adam dalam Nur Kasih. Tapi bahagia jugak ape. Hehe.

Kalau saya kahwin jugak kat Mesir? Tak berkat. Kerana seorang perempuan entah dari mana, mak saya kecik ati, kejadahnya? Tak berbaloi langsung. Lainlah kalau perempuan tu memang jaga saya dari kecik sampai besar. Beli gula-gula dan Gundam serta patung Barbie versi SNSD untuk saya, mungkin saya akan consider. Tapi kalau dah jodoh nak buat camne, kita teruskan je. Mintaklah izin kan? Selesai.

Kenapa perlu kahwin awal? Sebab yang paling utama, perkahwinan bakal mencemerlangkan anda. Tak percaya tengok pasangan yang dah berkahwin. Semuanya cemerlang. Habis tu yang tidak cemerlang masih ada? Itu sebab mereka sendiri yang tak nak cemerlang. Di mana ada lauk, di situ ada lipas. Rajin sungguh lipas nih. Kita kena contohi beliau, kuat kemahuan dan rajin keusahaan.

Yang kedua, orang kahwin rezekinya jadi double. Tak kisahlah dari segi material rohani. Tak caya kita tengok video nih.



Mari berusaha menjadi cemerlang seperti seorang pemenang. Selagi belum tiba di garisan penamat, teruskan berlari.

Eh, tadi saya kata nak beritahu sesuatu pasal PERUBATAN kan?

Cuba anda semua buka Google dan search "persatuan pelajar perubatan". PERUBATAN berada di ranking pertama! Hebat kan PERUBATAN? Siapa kata menjadi ahli PERUBATAN itu hina? Kalau dah tahu sebelum ini, saya ingatkan balik. Kalau belum tahu, bolehlah mula berbangga. Kenapa mesti fikir yang negatif?

Fikirlah secara positif. PERUBATAN adalah yang terbaik. Bukan ISMA atau PMRAM. Maka, marilah bersama memajukan lagi PERUBATAN.

Salam kecemerlangan daripada saya.
Continue Reading

14 November 2009

Hinakah Bersama PERUBATAN?

*PERUBATAN di sini secara general, tidak semestinya Persatuan PERUBATAN. Entry ini mengandungi beberapa istilah yang sensitif dan mungkin menyinggung sesetengah pihak, maka seperti biasa, baca amaran di atas.

Apabila bertembung program PERUBATAN dan PMRAM, maka semua memberi cadangan,"Kita pergi PMRAM dulu, bila petang baru pergi PERUBATAN." Akhirnya batang hidung pun tak nampak.

Apabila PERUBATAN mengadakan program, maka mulalah dicipta alasan untuk tidak hadir, "Kami ada usrah dengan abang kakak ISMA. Habis lewat maka tak dapat nak join."

Apabila diminta sumbangan derma, maka mulut laju mengatakan "Kami dah menderma kepda tabung UMNO tadi. Akhirnya orang yang sama juga dapat. Derma sekali sudah."

Hinakah bersama PERUBATAN?

Adakah lebih mulia mereka yang pergi usrah ISMA, dibandingkan dengan mereka yang pergi circle PERUBATAN? Maybe sebab PERUBATAN tak buat 'usrah', tapi 'circle' kot. Silibus pun tak tinggi mana. Orang kata, tak meningkatkan iman, tak membina ukhuwah.

Adakah lebih banyak pahala mereka yang pergi program anjuran PMRAM, dibandingkan dengan mereka yang pergi program anjuran PERUBATAN? Maybe sebab program PERUBATAN ikhtilatnya tak terjaga kot. Tak meriah, takde persembahan nasyid. Bercelaru dan kelam kabut, tidak tersusun.

Adakah lebih cemerlang mereka yang join kelab UMNO, dibandingkan mereka yang join PERUBATAN? Maybe sebab UMNO lebih establish kot, PERUBATAN apalah sangat, Presiden bukan Perdana Menteri Malaysia. (hape kaitan perenggan nih?)

Jika jawapan anda TIDAK, kenapa mereka boleh fanatik PMRAM, ISMA, KONSIS, UMNO, PAS, MINHAD, tapi tidak fanatik PERUBATAN? Kenapa tiap-tiap minggu buat program di bawah nama ISMA, KONSIS, PMRAM, UMNO, PAS tapi bukan di bawah nama PERUBATAN? Kenapa tiap-tiap hari fikir idea untuk ISMA, KONSIS, PMRAM, UMNO, PAS tapi tak pernah sekali pun fikir untuk PERUBATAN?

Kenapa ya? Agaknya PERUBATAN ini terlalu hina. Maklumlah, exconya bukan ustaz. Tak tsiqah pun. Ikhtilat je lebih. Nama je huffaz tapi perangai kalah kaki disko. Peralatan PERUBATAN pun tak cukup, asyik pinjam BKAN je kerjanya. Duit pun sikit, buat program mega "anjuran PERUBATAN" tapi cuma sumbang LE1000 je. Program pulak tak best, takde unsur rohani, segalanya duniawi.

Memang hina apabila menyokong PERUBATAN. Penghinaan ini, adakah salah pelajar atau salah PERUBATAN?




Mari kita buka Komuniti PERUBATAN nih. Satu laman yang bagus untuk melihat update blogger-blogger PERUBATAN. Semuanya dikumpulkan dalam satu tempat. Semua orang perlu bookmark dan promote di blog masing-masing selepas ini.

Lihat satu-satu blog yang ada. Namanya blog budak perubatan tapi artikel berkaitan perubatan cam haram nak ada. Yang ada, tazkirah, gambar, repekan, pasal komputer, kutukan, bisnes dan sebagainya. Satu je blog medik yang bakal dijumpai: Budak Medik.

Bila ditanya kenapa tak buat artikel perubatan, maka jawapannya mudah je; "Saya baru Tahun Dua, tak layak nak ajar pasal perubatan nih."

Maka saya dengan spontannya menjawab, "Kepala hotak engkau. Tu artikel agama banyak nak mampus. Kamu baru Tahun Dua, boleh je tulis?"

Beliau pun cuba menyerang balik, "Saya tak tafsir hadis. Saya kaitkan hadis quran dengan kehidupan. Ringan-ringan je. Lagipun hal agama ini semua orang kena terlibat untuk sebarkan. Tak boleh ke?"

Maka saya hanya senyum sebab manusia macam ni memang pandai menjawab. Menggunakan agama untuk justify tindakan sendiri. Maklumlah, ayat Quran dan Hadis kalau kita lawan, dikatanya kafir sebab tak nak ikut, tak nak percaya.

"Tahu pun menjawab. Try buat artikel pasal perubatan yang berkonsepkan serupa. General dan ringan. Ilmu itu bukankah untuk disebarkan? Ada saya kata tak boleh?"

Sekadar bertanya hinakah ilmu perubatan?

Mungkin perubatan ini satu bidang yang low-class, tak ramai baca sebab payah nak faham dan sukar nak ingat nama-nama istilah yang entah ape-ape. Ataupun sebenarnya hina apabila menulis tentang perubatan. Ye lah kan, mana ada nama Allah dalam buku perubatan. Semuanya nama orang kafir; Starling, Hendersson, Penicillin. Hadis tentang Niat pun takde, yang ade hanyalah hadis pasal Aksi Acetyl Choline. Ramai yang lupa, bahawa saya pernah berpesan, "Pandanglah semua benda di dunia sebagai ayat-ayat Allah." (haha lupa sape pesan) Maka ilmu perubatan bukan ayat Allah kah?

Bila lagi ingin diketengahkan ilmu perubatan yang ada. Seawal tahun satu sudah boleh bercerita tentang kardiovaskular sebenarnya walaupun belum lengkap sepenuhnya. Manusia yang hebat ilmunya adalah mereka yang boleh menjelaskan subjek Tingkatan 5 kepada budak darjah 5. Jika ayat Quran dan Hadis boleh kita kaitkan dengan kehidupan, aplikasi dalam amalan, kenapa tidak perubatan? Maka jadilah masyarakat itu mereka yang bodoh dan tertipu dengan mitos-mitos perubatan.

"Semua amalan itu dengan niat." Kemudian bercerita tentang kepentingan niat dalam amalan. Niat tidak menghalalkan cara, dll dsb. "x264 adalah lebih tinggi kadar compression berbanding XviD". Kemudian diikuti dengan nasihat jika inginkan kualiti video yang tinggi dengan saiz yang kecil, gunakan x264. XviD sesuai untuk render yang pantas dll dsb. Ataupun "Exposure mengawal cahaya yang masuk". Sila gunakan Exposure yang tinggi di kawasan gelap. Jangan overexposure dll dsb.

Kenapa tidak boleh dengan "Theophylline sukakan Besi" ? Jangan minum teh selepas makan. Minum selepas 2 jam, dll dsb. Bila lagi bakal kita melihat artikel seperti 44 Bicara Kesihatan, Neurotransmitter Cinta, dan Misteri Tidur?

Mungkin sebenarnya subjek perubatan ini banyak sangat. Tak cukup belajar Physiology tahun 1 sahaja. Salah bagi ubat, nanti mati. Kalau salah tafsir hadis, murtad je pun. Tahun depan boleh bertaubat. Ataupun sebenarnya perubatan ini tidak sesuai untuk semua orang, hanya pakar yang layak bersembang tentang perubatan. Al-Quran tu benda remeh-temeh yang semua orang boleh sembang. (No wonder ada Haji Kahar).

Sememangnya hina apabila belajar perubatan. Penghinaan ini, adakah salah pelajar atau salah subjek perubatan?




Bila menjelang Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN yang baru, semua AJKT nak turun. Status di Yahoo Messenger semuanya menyatakan kekecewaan dan kesedihan menjadi AJKT, semuanya ingin melepaskan diri daripada jawatan masing-masing.

Oh ya, perlembagaan sekarang dah ditukar, 4 orang AJKT wajib dikekalkan. Tapi yang dikekalkan ini semuanya nak memilih Biro/Jawatan yang pada hemat mereka senang dan mudah. Takpelah. Sekurang-kurangnya mereka masih lagi memegang jawatan kan?

Tak ramai yang berfikiran seperti Madsha, mencapab untuk menjadi Presiden. Tak ramai yang seperti saya, masih kekal dengan jawatan Webmaster selama 3 tahun. Tahun seterusnya saya masih menimbang untuk turun. Hrapnya Allah tetapkan hati ini.

Kenapa semua tidak ingin memegang jawatan? Sedangkan terbukti mereka Mumtaz dalam exam, Biro yang dipegang maju, banyak pembaharuan dan sebagainya. Lainlah kalau saya, Web makin lembap dan bodoh, result pun teruk, memang patut turun.

Adakah mereka takut dikatakan gila kuasa? Tiada orang yang gilakan jawatan AJKT yang tak dapat sesen pun. Ataupun tanggungjawab tersebut sangat berat? Beritahu saya satu tanggungjawab yang tidak berat dalam dunia ini. Jadilah seorang yang cemerlang, berdepan dengan cabaran. Biasanya alasan yang diberi adalah "berilah peluang kepada orang lain". Insaflah, dalam beribadat tiada istilah 'bagi kat orang lain dulu'. Lupa, kita kan sekular, berkhidmat untuk manusia bukan ibadat. Ibadat kita di masjid. Maaf, saya terlupa. Maklumlah, saya bukan ustaz.

Ataupun sebenarnya menjadi AJKT PERUBATAN tidak berkat, tak macam PMRAM, dapat banyak pahala. PERUBATAN takde tarbiyah, menjadi AJKT hanya merosakkan diri sendiri. Oh, sebenarnya menjadi AJKT nih takde pahala, sebab buat program lagho dan maksiat. BPI je kot buat kuliah agama sikit, tak cukup untuk menampung dosa-dosa Biro lain. Ataupun sebenarnya menjadi AJKT PERUBATAN ni tidak mampu menyumbang kepada pelajar medik. Huru hara dan kucar-kacir je jadinya. Bukannya menambah pahala, menambah dosa je sebab budak medik tak tsiqah, menjadi pemimpin mereka hanya menambah dosa.

Sungguh hina menjadi Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN. Penghinaan ini, adakah salah AJK tersebut, atau salah jawatan tersebut?

*haha idea datang sempena Pilihanraya. =)*
Continue Reading

10 November 2009

Tips Untuk Pemilihan AJKT

Disebabkan bilangan ahli PERUBATAN sangat ramai, berikut saya senaraikan 5 tips untuk memilih, samada sewaktu Pencalonan atau Pengundian.

1. Berpotensi

Ini telah dijelaskan dalam entry sebelum ini. Pilihlah mereka yang berpotensi, cuma belum dirangsang potensi itu. Jangan pilih mereka yang telah menonjolkan kepemimpinan mereka. Ini hanya merugikan persatuan. Terutamanya anak buah BPP. Semangat kesukarelawanan mereka amat tinggi. Tidak perlu memaksa mereka menjadi AJKT. Sekiranya mereka naik, siapa bakal mengganti?

Pilihlah insan yang belum pernah menjadi AJK, ataupun mereka yang telah menjadi AJK Program hanya sekali. Potensi yang ada dalam diri mereka perlu digilap secara paksaan. Pilihlah mereka supaya mereka wajib naik dan menampakkan taring mereka. Ini akan meramaikan lagi bakat-bakat PERUBATAN.

2. Mumtaz

Teori Relativiti menyatakan bahawa kemumtazan berkadar songsang dengan jawatan. Bermakna semakin tinggi jawatan, semakin rendah keputusan.

Pilihlah mereka yang terkenal dengan kemumtazan mereka. Apabila menjadi AJKT mungkin Mumtaz mereka hanya menjadi Jayyid Jiddan. Tapi jika anda memilih mereka yang Maqbul, nescaya result mereka akan jadi Rasib Tahriri.

Juga jangan dipilih mereka yang mengulang tahun. Kita rasa mereka banyak masa FREE. Ambik 1 subjek sahaja tapi percayalah, mereka yang mengulang tahun (termasuk saya) adalah manusia yang bengap. Sekiranya dipilih menjadi AJKT, pasti mereka akan semakin bengap, dan mengulang tahun lagi.

3. Suka mencapab

Kita memerlukan pemimpin yang suka mencapab seperti Madsha. Ini untuk menggalakkan hubungan antara PERUBATAN dan persatuan lain seterusnya menaikkan nama PERUBATAN di persada antarabangsa. Pemimpin seperti ini tidak segan untuk mempromosikan PERUBATAN kepada Perdana Menteri apabila ada peluang.

Mana tahu, tiba-tiba Perdana Menteri sponsor program seminar. Bolehlah kita buat seminar di Hotel Grand Continental. XD

4. Berani dan agresif

Keberanian adalah sangat penting. AJKT yang penakut memang tidak diperlukan. Mereka yang anti-ISMA, anti-PMRAM, dan anti-JPA sangat diperlukan. Mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menghalang anasir dakyah ISMA dan PMRAM daripada masuk ke dalam PERUBATAN. Selain itu mereka juga berani mempertahankan PERUBATAN daripada diperkotak katik katakkan oleh pihak-pihak tertentu seperti JPA. Mentang-mentang JPA sering menyumbang wang kepada program PERUBATAN, maka PERUBATAN dengan mudahnya dipermainkan.

Ini akan menyebabkan PERUBATAN berdikari dan tidak bergantung kepada pihak luar dari segi tarbiyah dan kewangan seterusnya memantapkan dua bidang ini.

5. Muda

Pemimpin yang tua adalah satu kelemahan. Kita memerlukan pemimpin yang muda supaya nampak lebih segar. Golongan tua kerepot telah semakin pupus. Yang bermaharajalela sekarang adalah golongan muda bermula Gen6 dan ke bawah. Pemimpin yang muda bakal menjadikan pemimpin lebih mesra rakyat serta mempunyai pemikiran yang sama.

Antara Sunny, 20 tahun dan Ajap, 40 tahun, tentunya Sunny lebih sesuai untuk mendokong aspirasi Harapan Baru Untuk PERUBATAN.



Manfaatkan kuasa kesatuan. Berpakatlah beramai-ramai untuk menaikkan seorang di kalangan kamu. Setiap orang ada satu undi. 50 undi untuk seorang calon (seorang calon dapat 50 undi) lebih baik daripada 50 undi untuk sepuluh orang calon (seorang calon dapat 5 undi).

Kuasa Kesatuan, Kuasa Kebersamaan
"Harapan Baru Untuk PERUBATAN"




Link ini sangat bermanfaat:
Blog rasmi Jawatankuasa khas untuk Pemilihan jawatankuasa PERUBATAN (JPP)
Forum: Exco Idaman Anda

Continue Reading

09 November 2009

Memilih Secara Songsang

Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN bakal bermula.

Ketepikan soal PERUBATAN.

Mari menulis secara general. (Tapi last2 masuk bab PERUBATAN gak)

Seringkali apabila pemilihan kepimpinan diadakan, maka yang menang adalah individu yang telah menonjol dalam kepemimpinan dan kededikasian mereka.

Tidak kira pemilihan ketua kelas, atau ketua batch, atau ketua Jabatan, atau ketua-ketua yang lain.

Ciri-ciri berikut pasti menjadi rujukan untuk membuat pilihan:
  • Senioriti
  • Pengalaman
  • Keupayaan/bakat
  • Ciri lain yang membuatkan mereka menonjol

Satu point kita lupa.

Iaitu kuasa kesatuan dan kuasa kebersamaan.

Adanya kuasa ini, maka demokrasi akan menjadi milik kita.

Point kedua yang kita lupa, demokrasi yang kita amalkan bersifat mutlak.

Ringkasnya, keputusan secara demokrasi melalui pilihanraya bakal menyebabkan seorang itu naik secara PAKSA. Tiada kompromi malah tiada langsung peluang untuk menarik diri. Tak percaya, lihatlah pemilihan ketua kelas kamu. (btw, JPP tahun ini memberi peluang menarik diri XD)

Persoalannya,
Kenapa DIPAKSA mereka yang telah terkenal dengan sikap kesukarelawanan mereka?

Tidak bolehkah DIPAKSA mareka yang terkenal dengan sikap berdolak dalih, tidak pernah menjadi AJK Program, malas berpersatuan, dan lain-lain sikap negatif dalam berpersatuan?

Takutkan PERUBATAN runtuh? Padahal AJKT sendiri tak nak berkembang maju. Cukup sekadar memenuhi garis kerja. Tak pernah mencuba sesuatu yang baru. Pendek kata, kalau AJKT yang dipilih atas dasar hebat, menonjol, berkepimpinan ini pun HANYA bekerja berdasarkan buku, maka tiada beza kalau kita naikkan mereka-mereka yang mandom ini. Cukuplah level mereka untuk kerja-kerja berdasarkan buku. Tidak akan runtuh PERUBATAN kerana mereka.

Mereka-mereka yang rajin, berdedikasi dan berotak idea gila seharusnya diletakkan sebagai AJK Kecil kerana mereka memang sukarelawan, tak perlu DIPAKSA, mereka akan buat kerja. Tak perlu dipaksa mereka akan terus bersama PERUBATAN.

Apabila insan-insan sukarelawan ini DIPAKSA menjadi AJKT, maka hilanglah sukarelawan untuk AJK Kecil. Betapa payahnya mencari sukarelawan pengganti. Kerana semua insan lain menolak. Maklumlah, AJK Kecil TIDAK DIPAKSA.

Mari berfikir secara bijak. Kita PAKSA yang mandom untuk aktif, kita BIARKAN yang aktif untuk berkembang. Barulah yang aktif menjadi ramai, bukannya muka yang sama setiap kali mesyuarat, akhirnya orang pun bosan dengan muka saya. Naik pangkat bukan segalanya. Kesenioran tidak bermaksud mereka perlu menjadi Presiden. Telah memegang Biro Ekonomi tidak bermaksud mereka perlu tukar memegang Biro Sukan.

Kuasa Kebersamaan, Kuasa Kesatuan.
Harapan Baru Untuk PERUBATAN.

Biarlah orang kata saya tidak telus dalam JPP, nama-nama anak buah saya dalam mediaPERUBATAN, saya akan buang dari senarai pencalonan. Sila calonkan orang lain!


Continue Reading

08 November 2009

Harapan Baru Untuk PERUBATAN

Takde pape yang istimewa.

Jawatankuasa khas untuk Pemilihan jawatankuasa PERUBATAN (JPP) akhirnya mula bergerak. Yeah! Meeting pertama minggu ini.

Klik sini untuk membincangkan Exco Bayangan anda!



Adakah JPP tahun ini bakal menggegar seperti tahun lepas? Kita nantikan. Haha~



[UPDATED 2200]

Apa itu Harapan Baru Untuk PERUBATAN?

Asalnya slogan ini cuma sekadar permainan, tapi setelah mesyuarat JPP kali pertama sebentar tadi, mungkin slogan ini boleh dimasukkan di bawah unit saya, Unit Penerangan dalan usaha mempromosi Kempen Kesedaran Memilih.

Kempen Kesedaran Memilih, iaitu satu kempen yang dicadangkan dalam post-mortem 2 tahun lepas untuk meningkatkan kesedaran dan kemahuan di kalangan pelajar PERUBATAN untuk memilih, seterusnya mencalon dan mengundi barisan kepimpinan PERUBATAN yang baru. Ini disebabkan barisan kepimpinan inilah yang akan mencorak halatuju persatuan, dan membimbing ahli ke arah kejayaan.

Slogan "Harapan Baru Untuk PERUBATAN" dilihat sangat sesuai, memandangkan Exco-exco sekarang yang hampeh PERUBATAN kini perlu mengorak langkah lebih jauh dalam mencapai matlamat utama penubuhan persatuan; kebajikan, kebersamaan dan pencapaian.

Nantikan aktiviti seterusnya kempen ini di blog Jawatankuasa khas untuk Pemilihan jawatankuasa PERUBATAN 2009. Saya malas nak buat yang baru. Yang lama sangat sesuai memandangkan format pilihanraya majoritinya berdasarkan tahun lepas.

Tunggu apa lagi? Mulakan lobian anda sekarang!

"Harapan Baru Untuk PERUBATAN"

p/s: poster di atas bakal ditukar. haha

Continue Reading

04 November 2009

Duit Dari Blog

Saya tahu ini bukan sesuatu yang boleh dibanggakan, kerana blog di luar sana mendapat pendapatan yang lebih banyak daripada saya. Cumanya ingin berkongsi sesuatu yang saya kira bermanfaat untuk blogger-blogger sekalian sementara kamu semua masih mampu berblog.

Setelah mem-publish entry sebelum ini; Jangan Percaya Kepada Internet pada petang semalam, saya tergerak untuk memeriksa akaun Nuffnang, walaupun pada pagi semalam saya telah memeriksanya. Saje mengade-ngade nak tengok padahal sebelum ni saya cuma periksa pada hujung minggu.

Earning waktu pagi yang berjumlah RM330 telah berubah menjadi RM440. Sudah tentu mengejutkan! Haha~ Itu je yang saya nak cerita.

Sejarah menggunakan Nuffnang bermula pada tahun 2008, lebih tepatnya 28 April 2008. Pada mulanya ia cuma untuk suka-suka, disebabkan ramai blogger yang meletak iklan pada blog masing-masing. Jadi kononnya ingin testing, "Adakah benar Nuffnang memberikan duit?"

Cash-out yang pertama dibuat 2 minggu sebelum balik ke Malaysia pada bulan Ogos, dan RM50 yang saya cash-out sampai ke rumah dalam bentuk cek. Ternyata Nuffnang tidak menipu, walaupun untuk mencukupkan RM50 sangat lama dan susah; 4 bulan. Dengan itu akaun Nuffnang saya kembali ke permulaan; RM0. Setelah setahun 3 bulan, jumlahnya RM440, cukup untuk membeli satu domain dan kekal selama 11 tahun, haha. Itu perkiraan berdasarkan Internet Webhosting yang menawarkan nama domain RM40 setahun. XD


Adakah bermanfaat meletakkan iklan di blog? Jawapan saya mudah: Sekiranya anda rasa blog anda ramai pelawat, tidak rugi mencuba. Lagipun anda tidak perlu buat apa-apa pun selain daripada kadang-kadang iklan tersebut melembapkan blog anda kerana masalah server. Selain daripada itu, takde masalah.

Persoalan samada iklan tersebut halal atau tidak, Nuffnang yang berpengkalan di Malaysia menetapkan pilihan kepada pengguna Muslim untuk melarang iklan arak, ataupun sekiranya anda berpandangan tobacco adalah haram, ia juga boleh dihalang. Cuma mungkin perkara-perkara boikot masih terlepas, dan perkara lain yang umum. Tapi segalanya masih boleh dikawal dengan memeriksa akaun anda. Sebagai contoh, sekiranya iklan Hong Kong Disneyland di atas adalah haram pada pandangan anda, maka bolehlah ditolak jumlah RM1.27 tersebut daripada akaun anda dan disedekahkan kepada masjid.

Selain itu, Nuffnang juga mempunyai Analytics yang tersendiri, walaupun saya lebih gemarkan Google-Analytics. Analytics bertujuan mengetahui statistik pelawat, minat, trend serta artikel yang sering dibaca. Selain itu, pola pelawat juga mungkin membantu anda menetapkan masa yang sesuai untuk publish sesuatu entry. Ringkasnya, Analytics sangat berguna dalam Marketing Strategy.


Pada mulanya blog saya cuma mempunyai purata visits 50 sehari. Setelah saya mengade meletak download Nur Kasih yang bukannya high quality pun, download dari TV3 jugak, gambar huduh, tapi ia telah menyebabkan visits naik mendadak setiap hujung minggu dan seterusnya kekal pada purata 100 visits sehari. Entah kenapa, saya pun tidak tahu. XD

Tapi secara jujurnya, 2-3 menjak ini baru saya menyedari bahawa peningkatan pelawat ke blog ini bukan semata-mata kerana Nur Kasih. Haha. Ini menyebabkan kumpulan sasar penulisan menjadi sedikit tersasar seterusnya menimbulkan kesalahfahaman dalam pembacaan. Takpelah. Tak kisah pun. Selepas ini kita tulis sesuatu yang lebih terbuka. Mungkin mengutuk ISMA atau PMRAM. Kali ini pasti semua orang baca, dan target artikel sampai. Membuka blog baru untuk mengutuk orang kurang berkesan dan memerlukan usaha promosi yang banyak. Maka kita manfaatkan kepelbagaian pelawat ke blog ini. Yeah!

Akhir sekali, Nuffnang dan Google Analytics, 2 benda yang saya rasa sangat bermanfaat untuk blogger-blogger. Jangan tertipu dengan skim cepat kaya yang lain, Nuffnang adalah lebih baik untuk anda. Tidak perlu letak banyak-banyak code Statistik, Google-Analytics sangat power dan ringan.

Jangan lupa melawat blog Hardo Business untuk iklan-iklan barangan yang menarik.

@Adli: masih lupe untuk pegi tengok jam tuh. ko tempah je la dulu neh. aku tak kesah sangat rupanye huduh atau comel. =)

Continue Reading

03 November 2009

Jangan Percaya Kepada Internet

Dek kerana promosi Ustaz Nazrul Nasir dalam kuliahnya, maka titipansuara menjadi popular. Di sana-sini membincangkan perihal titipansuara. Sedangkan bukan pertama kali pertembungan PMRAM-ISMA muncul. Tapi kali ini bukan setakat sembang belakang, status Yahoo Messenger, entry blog dan segalanya menulis tentang titipansuara. Oh, mungkin ini pertama kali ada blog menulis secara jelas ke-anti-PMRAM-an mereka. Mungkin.

Blog yang kononnya diceritakan adalah akhawat, berdasarkan sekeping gambar. Juga seorang ahli ISMA berdasarkan logo ISMA yang tertera. Tapi maklumat lain adalah tidak diketahui. Saya syak ini adalah blog Sazana Safiah berdasarkan gambar tapi mungkin juga ianya blog Fathiyyah Ibrahim yang anti-PMRAM, ataupun sebenarnya ia blog Radin Rahmah yang pro-PERUBATAN, cuba melagakan PMRAM-ISMA seterusnya menangguk di air keruh. Siapa tahu?


Dunia internet tiada siapa tahu kebenarannya. Entry-entry di blog Ustaz Nazrul Nasir mungkin nampak serius dan keji tapi jika anda ke kuliah beliau, anda akan mati sakit perut kerana gelak ketawa. Madsha mungkin berani menulis entry-entry serius berkaitan politik tapi kalau kita semua suruh beliau berceramah politik saya rasa beliau akan mati terlebih dahulu ketakutan. Pemenang mungkin menyebarkan ideologi songsang, tapi beliau masih lagi seorang yang normal. Post-post saya di iLuvIslam mungkin keji, garang dan sebagainya tapi I sebenarnya seorang yang lembut maknyah taw~

Kesimpulannya, Sila Jangan Percaya Kepada Internet.

Kalau tak dihuraikan, orang akan marah. Mereka akan kata, saya larang mereka mengambil fakta-fakta dari internet. Tipu. Tidak betul. Fitnah dan sebagainya. Kemudian kutuk saya dalam blog. Manusia begini sangat menarik. Tapi saya gembira, kerana penulisan saya membawa impak pada mereka. Mungkin juga penulisan saya telah naik taraf "wajib buat", maka dikeji dan dikutuk kalau bersalahan dengan mereka. Haha. Padahal berbeza tafsiran ayat je pun. Saya sampaikan lain, mereka faham lain.

Kalau saya katakan saya tak percaya pada Allah, adakah saya murtad? Tidak. Lihatlah cuaca ketika ini, aman damai angin lembut sepoi bahasa, tiba-tiba je boleh jadi ribut pasir panas terik. Sebab tuh saya tak percaya dengan Allah. Atau mudahnya, "Saya tak percaya dengan jangkaan saya terhadap Allah". Beliau boleh buat apa sahaja. Mana kita tahu, kan? Susah kalau saya membakukan loghat.

Mungkin contoh tersebut terlalu extreme. Contoh lain, saya tidak percaya dengan komputer saya. Sekarang mungkin masih lancar menggunakan FireFox tapi tiba-tiba boleh kuar End Task. Tapi di lain masa saya guna FireFox, OK plak. Saya juga tidak percaya dengan Kelantan. Sekarang mungkin maju menewaskan lawan yang kuat, tapi esok mungkin kecundang dengan pasukan lemah. Maka, Jangan sekali-kali percaya dengan perkara yang kita tidak pasti.

Mereka yang menulis entry kemudian delete, mungkin tidak sedar entry mereka telah direkod di internet. Contohnya entry ini yang telah didelete, tapi saya masih boleh baca dan ambil screenshot (rujuk gambar di atas sekali). (Sewaktu entry ini ditulis, mungkin unpublish tapi selepas ini mungkin dipublish balik. Saya tak percaya dengan pemilik blog tersebut, Ayu Amiza. Haha) Maka jangan sekali-kali percaya dengan internet. Di situ mungkin ada perkataan Delete, Unpublish dan sebagainya, tapi siapa tahu samada ia benar-benar hilang atau tidak? Haha~


Dek kerana ini juga, muncul satu lagi blog parodi suaratitipan. Sangat kelakar. Memang mati kalau baca entry-entry dalam tuh. Segalanya hampir serupa. Yalah, namanya parodi kan? Sekali lagi, pemiliknya adalah unknown. Mungkin saya, mungkin dia, mungkin anda. Mungkin juga individu lain yang bertujuan mengeruhkan lagi keadaan, atau hanya seorang blogger yang suka membuat lawak. Siapa kita untuk tahu semua perkara tersebut di sebalik dunia internet?

Lebih baik anda membaca entry-entry sewaktu blog saya belum popular dulu, lebih bermanfaat. Ataupun membaca koleksi-koleksi iklan di YMSpammer, banyak yang agak bermanfaat. Pelajar perubatan pula, baiklah kita bergosip di forumPERUBATAN. Lagi bagus dan tidak mengaibkan nama persatuan. Tapi sekali sekala layan Drama OK gak kan?

Drama perpecahan umat.

Kenapa ustaz-ustaz ini bergaduh, berbalah kutuk mengutuk saya tidak tahu dan tak nak ulas. Mungkin secara peribadi, kita tidak setuju berdasarkan keilmuan dan kefahaman kita, tapi mereka mempunyai hujah berdasarkan keilmuan, dan kefahaman mereka. Mereka yng berdiam diri apabila diserang juga ada hujah berdasarkan keilmuan dan kefahaman mereka. Maka kita yang TIDAK termasuk dalam perbalahan ini, layan je sambil makan Shibsi dan minum Fanta serta gelak-gelak dengan kerenah mereka.

Dan Madsha menulis sesuatu yang menarik di blognya. Do take a look. Dan fikirkan siapakah punca ASAL semua ini berlaku. Kadang-kadang bila kita letak anak kambing dalam sangkar harimau, kita akan salahkan harimau kerana membaham anak kambing, tapi kita tak sedar kitalah yang salah dan bodoh kerana meletak anak kambing dalam sangkar harimau.

Cheers, and enjoy the show. =)

p/s: nama-nama yang disebutkan hanyalah untuk promosi. sila jangan percaya!
Continue Reading

31 October 2009

Hasil Itu Penting, Bukan Usaha

Abu mencari-cari nama di papan kenyataan yang memuatkan keputusan peperiksaan tempoh hari. Satu demi satu diteliti. Atas ke bawah, kiri ke kanan, huruf-huruf Arab membuatkan matanya berpinar mencari angka giliran miliknya. Akhirnya jumpa. Serta merta air mukanya berubah.

"Gagal lagi," desis hatinya.

"Takpelah, kau dah usaha kan. Gagal tuh nombor dua. Allah tak pandang hasil, Allah pandang usaha. Kalau dah rajin belajar, pergi kuliah insyaAllah banyak pahala kau," Ahmad di sebelah cuba menenangkan Abu.

Namun begitu, di sebalik ayat tersebut, Abu sebenarnya telah gagal sebanyak 40 kali. Malah pandangan Allah yang lebih terhadap usaha, tiada kaitan langsung dengan kepentingan usaha melebihi keputusan. Sebenarnya HASIL adalah lebih penting daripada USAHA.

Usaha stadi bersungguh-sungguh tapi Hasilnya gagal dalam peperiksaan bakal menyebabkan kamu dibuang Universiti. Tapi melepak tidak stadi kemudian Hasil mumtaz, anda bakal naik tahun dan menyambung pengajian.

Usaha bekerja bersungguh-sungguh bagai nak mati tapi Hasil belum boleh membayar bil bakal menyebabkan kamu berhutang. Tapi bekerja berehat-rehat di rumah dengan Hasil membayar bil setiap bulan, bakal menyebabkan kamu mempunyai simpanan.

Usaha membuat anak selama 40 tahun tapi Hasil yang tidak mengandung, bakal menyebabkan kamu digelar mati pucuk. Tapi One Night Stand terus Hasil mengandung kembar, bakal memberi kamu gelaran lelaki gagah.

Usaha beramal setiap malam tapi Hasil masuk Neraka, maka sia-sialah hidup di dunia. Tapi adakah beruntung mereka yang kerjanya mencuri tiap-tiap malam, tapi Hasil di akhirat dia ke Syurga?


Contoh-contoh ini sekadar beberapa yang terlintas, betapa Hasil, Keputusan, Result adalah lebih penting daripada Usaha. Kita melompat ke subtopik seterusnya, Benarkah kita perlu mengabaikan Usaha kerana Hasil adalah lebih penting?

Menderma LE50 dengan tidak ikhlas adalah lebih baik daripada menderma LE0.50 dengan ikhlas. Ini disebabkan oleh Hasil derma tersebut, banyak yang boleh dibeli oleh peminta sedekah tersebut. Buat apa kita ikhlas menderma LE0.50 tapi akhirnya beliau mati kelaparan. Nak beli 3isy pun tak lepas? Inginkan amalan kita diterima Allah? Maka kamu sebenarnya telah menjual ikan (selfish). Adakah benar keikhlasan kamu itu?



Kesimpulannya, kita mestilah gabungkan kedua-duanya; Usaha yang Optimum beserta dengan (jangkaan) Hasil yang Terbaik. Marilah kita manfaatkan konsep ini untuk perkara-perkara yang positif.

Sampai di dewan kuliah adalah sangat penting (Hasil). Biarlah kamu lewat pun (Usaha). Tak perlu malu pun kan? Tapi Usaha yang optimum adalah dengan bangun awal, kerana (jangkaan) Hasil adalah sampai di dewan kuliah dengan awal.

Habis bacaan buku adalah satu kewajiban (Hasil). Biarlah kamu baca sikit-sikit atau banyak-banyak (Usaha). Tak kisah, asalkan buku tersebut habis dibaca. Tapi Usaha yang optimum adalah membaca dengan kefahaman supaya (jangkaan) Hasil adalah penyerapan ilmu sejajar dengan penghabisan buku.


Saya tahu entry ini agak pening maka abaikan. Ini hanyalah salah satu daripada pemikiran songsang ideologi Pemenangisme yang saya anuti.

Wakaka~

Nota: Usaha bolehlah didefiniskan sebagai; "Apa yang kita buat" dan Hasil sebagai; "Kesan atau akibat". Terima kasih.

Continue Reading

23 October 2009

Jangan Jadi Kanak-kanak

Peperiksaan bakal bermula sebulan lagi. Hafiz sedang leka bermain game Final Fantasy. SUdah dicuba 8 kali melawan bos terhebat ini tapi masih belum berjaya. Petang tadi sudah 5 episod Surgeon Bong Dal Hee dihabiskan. Alangkah ruginya, kalau 5 jam menonton itu digunakan untuk bermain game, tentu malam ini dia tidak perlu bersusah payah melawan raksaksa bos itu lagi.

Sunny baru balik dari masjid. Melihat perangai Hafiz dia jadi marah. Pagi petang siang malam main game atau tengok movie. Malas nak study. Kali ini dia tekad. Apa nak jadi, jadilah. Dia melangkah ke bilik Hafiz.

"Piz, dah lah tuh main game. Study pulak. Kamu kan budak medik. Exam dah dekat nih. Game ngan movie tuh bukannya masuk exam. Aku risau laa tengok kau. Buang semua-semua tuh, stadi. Kalau fail sape susah? Mak kau jugak. Nanti kena bayar balik JPA hape sume. Tak kesian ke? Diorang bersusah-susah nak bayar balik hutang ko nanti. Nih, elaun nih. Duit rakyat tau. Kau pulak pegi beli Playstation 4. Membazir. Buang masa. Mkan tidak, tidur entah ke mana. Kerja ko hanya main game dan tengok movie je. Tak macam budak medik aku tengok. Macam drug addict ade laa. Blablabla"

Panjang bebelan Sunny. Hafiz hanya diam. Sesudah membebel selama 30 minit, Sunny pulang ke biliknya. Hafiz pula mengambil PS4 nya dan mencampak ke luar tingkap. Pecah berderai PS4 berharga RM4000 yang dibelinya bulan lepas. DVD game semuanya dipatahkan. Hard disk berisi 1 Terabyte movie Korea dan Jepun yang separuh belum ditonton dicampak ke atas jalanraya. Dilenyek roda kenderan yang lalu lalang. Dia ingin berubah, sesuai dengan nasihat Sunny. Hatinya tenang.

SILA JANGAN MENJADI KANAK-KANAK

Hanya orang bodoh seperti Hafiz melakukan tindakan bodoh sedemikian. Teguran dan nasihat memang bersifat exaggeration. Maka sila pertimbangkan untuk diambil atau tidak. Nak ikut membuta tuli, atau ada maksud tersirat di sebalik panjangnya bebelan tersebut.

Sewaktu kecil, masih bersekolah rendah, saya agak baik dengan jiran hinggakan rumah mereka macam rumah sendiri. Masuk keluar bila-bila masa tak perlu bagi salam. Asalkan pintu terbuka terus masuk.

Maka kadang-kadang emak akan mengamuk dengan melampaunya, lebih-lebih lagi hari itu barang jiran sebelah pecah dek saya terlanggarnya. Sambil memukul-mukul dengan rotan, saya masih ingat emak membebel melampau-lampau tak ingat dunia, "Nanti jiran buat repot polis, masuk mahkamah. Mung jadi pencuri. Sampai ke tua orang kenal sebagai pencuri. Nanti jiran tuh mengumpat dengan rakan-rakan dia, semua orang kenal mung sebagai pencuri. Tak bagi masuk rumah diorang. Bila raya tak boleh beraya, takut barang dicuri atau dipecahkan. Jangan masuk rumah orng tak minta izin, berapa kali aku nak cakap? Bebel bebel bebel."

Saya yang masih KANAK-KANAK terus mengikut nasihat tersebut hingga tidak berani untuk memijakkan kaki di kawasan pagar mereka. Satu hari, jiran tersebut bertanya kenapa dah tak datang bermain di rumahnya. Dan kanak-kanak, jawapannya tentulah, "Mak marah..."



Itu pemikiran kanak-kanak. Mereka menerima bulat-bulat. Kita yang sudah dewasa, berfikirlah secara matang. Timbang-timbang nasihat orang ramai, apakah isi tersirat atau perkara utama yang ingin disampaikan.

Jangan pula setelah membaca teguran abang Bobby, kamu meletak jawatan dari Exco, tak mahu buat website, berblog pun tak nak, kawan datang Mesir terus tak nak bawak jalan-jalan, kamera Nikon terus dijual dan sebagainya. Fikirkan perkara utama yang ingin disampaikan beliau. Iaitu prioriti dalam STUDY.

Jangan pula membaca repekan emosi saya terhadap diri sendiri, terus tak nak tulis blog, alasannya kerana saya marah buat blog gambar, tazkirah dan komputer. Tulislah apa yang kamu mahu, tapi sesekali cubalah develop kualiti kita sebagai seorang pelajar perubatan. Asyik dengan cerpen cinta, cubalah bertukar genre. Sesekali saya juga teringin membaca cerpen berkaitan perubatan, dan kamulah yang akan menulisnya.

Saya pada awalnya ingin menjelaskan bahawa kamu boleh "ambil" atau "buang", tapi kalaulah datang seorang lelaki menasihati kamu agar tidak berpelukan dengan perempuan, mungkin kamu akan memilih "buang" (tidak mengendahkan nasihat tersebut). Maklumlah, kamu semua masih kanak-kanak. Oleh itu saya membuat keputusan untuk memilih tajuk "Jangan Jadi Kanak-kanak". Moga-moga kamu semua mendapat manfaat. Kanak-kanak memang comel, tapi kadang-kdang boleh menyakitkan hati.

JJK: Membuat keputusan dengan matang.

Sekian, untuk segmen JJK kali ini. Dan ini adalah entry ketiga untuk hari ini. Memang benar-benar menggila. Haha.
=)

Continue Reading

Mengapa Mencari Alasan?

Setelah memulakan mesyuarat, Pengarah meminta setiap Unit membentangkan gerakerja yang telah dibuat sejak mesyuarat yang lalu. Setelah beberapa Unit selesai membentang, maka tibalah giliran Unit Iklan.

"... Maklumlah, kami kuliah awal pagi pukul 7, balik pukul 5. Nak masak ape sume, pastuh pukul 12 dah tido. Kul 8 dah gelap, takut nak jalan sorang-sorang fotostat. Maka tiada masa untuk mengedarkan iklan bercetak."

Situasi ini tentunya biasa kan?
Walaupun saya biasa buat tapi sebenarnya ini adalah alasan bodoh.

Satu, kalau dah tahu sibuk, kenapa tak cari orang lain tolong?
Kedua, lebih penting lagi, kalau dah tahu tak mampu, jangan jadi Ketua.
Ketiga, kalau takut jalan sorang-sorang, ajak musrep!
Lempang kang~ *melempang diri sendiri*

Alasan biasanya diberi kalau gagal melakukan sesuatu. Seolah-olah kesalahan itu dialihkan ke bahu orang lain, dan kita tidak bersalah. Apabila gagal peperiksaan, biasanya persatuan akan menjadi mangsa. Padahal diri sendiri malas nak study, asyik main game dan menonton movie. Apabila gagal melakukan sesuatu, makhluk lain akan jadi mangsa. Bas rosak, driver mati, makanan beracun, kertas koyak, mesin fotostat meletup, ribut pasir melanda dan sebagainya. Padahal malas nak bergerak, mengharap orang lain tolong buat untuk kita.

Sukarkah mengatakan,"Ya, ini salah saya." ?

Mengapa mencari alasan? Menurut satu kajian, alasan dicipta untuk mengelakkan diri sendiri terluka. Kononnya boleh menenangkan diri sendiri, "Ini bukan salah aku." Kadang-kadang kalau segalanya telah perfect, maka yang menjadi mangsa adalah rezeki. "Bukan rezeki kita..." Padahal dosa zaman dulu terlepas pandang. Masih tidak mahu mengaku.



Itu dari aspek diri sendiri. Dari aspek orang lain, biasanya mereka akan tolong mencipta alasan untuk golongan yang gagal ini.

"Hah, tu laa. Buat website lagi."

"Hari-hari meeting, mana tak gagal..."

"Sibuk sangat ngan circle dia tuh. Nasib engko la labu..."

Padahal tuan punya badan memang pemalas. Kalau tak study, main game atau tidur je kerjanya. Baiklah mereka itu membuat website, meeting dan pergi circle. Ada manfaat pada masyarakat. Tapi seperti biasa, alasan tetap diberi.

Mari mengakui kesilapan diri sendiri, kerana Gagal itu Bukan Aib.
Mari menjadikan kegagalan sebagai pengajaran.
Mari menjadikan masalah sebagai peluang.
Mari menjadikan negatif sebagai positif.

Mengulang tahun sebagai peluang untuk menjadi Dewa Mikrobiologi.
Masalah tiada duit sebagai peluang untuk berbisnes.
Tiada masa sebagai peluang untuk menjadi pantas dan tepat.
Kesibukan sebagai peluang untuk mengatur kehidupan.

It's easier to run, but it'll be harder everytime we run.

__^*Easier to Run - Linkin Park*^__
4Shared | YouTube | Lyric


Continue Reading
 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template